berita, negeri, pencapaian pasukan

Bellatrix SANZAC raih Anugerah Perak dalam Pertandingan Young Innovator Challenge Negeri Sabah

12 Oktober – 3 pasukan Young Innovators Challenge (YIC) Arduino SMK SANZAC telah dibimbing oleh Cik Ho Nyuk Ting, Pn. Emma Francisca Luis dan Pn. Noor Ashikin Binti Ani telah menyertai Pertandingan YIC.

Pertandingan peringkat negeri Sabah ini telah berlangsung di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Sabah.

Berikut merupakan nama projek yang telah dihasilkan menggunakan Arduino oleh 3 pasukan SMK SANZAC.

KUMPULANPROJEK
BellatrixWenduBox
MakeroidLED Indicator for Vehicle System (LIVeS)
Starter2eas

Pasukan Bellatrix telah memenangi Anugerah Perak dengan projek WenduBox yang mengesan suhu dan memberi amaran kepada nelayan tentang tahap kesegaran hasil tangkapan laut/ sungai.

Tahniah kepada semua pasukan Arduino SMK SANZAC.

berita, umum

Majlis Tamat Tingkatan 5 SMK SANZAC

5 Oktober 2019 – Seramai 141 murid Tingkatan 5 diraihkan di Majlis Tamat Tingkatan 5. Murid-murid ini telah menerima  Sijil Tamat Tingkatan 5.  Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Marajoh Bin Haji Unding, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Marmaz Group Holdings Sdn. Bhd.

Tahniah kepada semua penerima graduasi.

berita, kebangsaan, ko-kurikulum, pencapaian individu, UNICEF

#ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli

Program ini telah diadakan pada 1hb – 3hb Oktober 2019 di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, UNICEF Malaysia dan Projek ID (Impianku Destinasiku). Objektif umum program ini adalah “Ke arah mencegah gejala buli di sekolah”, dan objektif utama buli di sekolah adalah untuk memperkasa suara kanak-kanak (murid) di forum umum mengenai isu buli di sekolah. Aktiviti ini juga menyokong SDG4 (Education 2030) yang memfokuskan SDG4.7 (Kewarganegaraan Global) – Keamanan dan hak kanak-kanak.

Dalam Saringan 1 yang menyediakan video atau esei bertemakan buli. Lebih 100 penyertaan telah diterima oleh penganjur dan hanya 40 peserta yang dipilih ke saringan kedua. Dua peserta yang terpilih adalah dari SMK SANZAC iaitu:

  • Mohd Afiq Iskandar – Tingkatan 4
  • Nur Aisyah binti Jalalemping – Tingkatan 4

Semasa Saringan 2 : #ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli, semua peserta telah menyuarakan pengalaman mereka berkaitan gejala buli, impian mereka untuk belajar dengan aman, mencadangkan usul-usul untuk menangani gejala buli dari pelbagai perspektif serta harapan jika usul-usul mereka diterima untuk dijadikan polisi. Kem ini merupakan tapisan untuk memilih 15 orang murid sahaja ke peringkat yang lebih mencabar.

Adik Mohd Afiq Iskandar dari SMK SANZAC berjaya melayakkan diri ke kem lanjutan dan akan menyertai kem tersebut pada 18 November 2019 hingga 21 November 2019. Adik Mohd Afiq bersama-sama 14 rakan yang lain akan menjadi wakil kepada suara kanak-kanak Malaysia di Parlimen pada 20 November 2019 sempena sambutan ulangtahun ke-30 Konvensyen Hari Kanak-Kanak yang dtandatangani Malaysia pada tahun 1989. Kumpulan ini akan menyuarakan usul dan hasrat kanak-kanak Malaysia berkaitan dengan gejala buli di Parlimen.

berita, pencapaian individu

Kolokium Akademik SMK SANZAC 2019

25 Sep – Syabas SMK Sanzac yang julung-julung kalinya menganjurkan Kolokium Akademik kali Pertama. Majlis yang diadakan adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu akademik .

Antara sekolah yang hadir dalam Kolokium Akademik ini:

  • SMK Inanam
  • SM Tinggi Kota Kinabalu
  • SMK Tebobon
  • SM All Saint
  • SMK Agama

Majlis telah dirasmikan oleh Puan Jahiah @ Jalilah Apiang, Pegawai SIP+ PPD KK, wakil kepada Puan Tah Nia Hj. Jeman, Pegawai Pendidikan Daerah KK.

PEMBENTANGTAJUK
Norlyziah Binti Ali HussienPeningkatan Kompetensi Guru Mata Pelajaran Geografi Menengah Rendah
Janimah Suhaimin Peningkatan Kompetensi PDPc Guru Sejarah
Rusana AbdullahLonjakan Kompetensi Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Kamsiah DurinPeningkatan Kemahiran Guru Mata Pelajaran Matematik
Quek Lee SinMeningkatkan kemahiran Murid Tingkatan 1 Anggerik Dalam Menambah Dan Menolak Dua Atau Lebih Ungkapan Algebra Melalui Aplikasi “A-Board ”
Suzana Jumat Penggunaan Kipas Kronologi Dalam Meningkatkan Penguasaan Fakta Dan Konsep Subjek Sejarah Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam SMK SANZAC