berita, guru, kebangsaan, pembelajaran, pencapaian individu

Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein satu-satunya guru dari Negeri Sabah yang terpilih sebagai panel Webinar Bicara Profesionalisme KPM

Siaran secara langsung melalui YouTube Webinar Bicara Profesionalisme Kementerian Pendidikan Malaysia membincangkan topik menarik iaitu Normal Baharu Guru Satu Realiti. Bersama Yang Berusaha Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Dianjurkan oleh Bahagian Profesionalisme Guru pada 5 Jun 2020 hari Jumaat pukul 10.00 pagi. 8 orang panel yang telah dijemput terdiri daripada guru-guru sekolah menengah, sekolah rendah, SJKT, SJKC, Pra sekolah & PPKI. Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein satu – satunya guru dari Negeri Sabah yang terpilih sebagai panel. Pihak KPM telah memilih Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein sebagai panel yang pertama semasa Bicara Profesionalisme tersebut. Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein merupakan Ketua Bidang Kemanusiaan SMK SANZAC, Guru Cemerlang Geografi & Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Sabah. Semasa Bicara Profesionalisme tersebut Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein banyak berkongsi pengalaman beliau sepanjang melaksanakan PdPJJ semasa PKP dan lebih menariknya beliau berkongsi mengenai Project Based Learning (PBL) semasa PKP dalam PdPJJ beliau. Pada hari ke-4 selepas Bicara Profesionalisme tersebut YouTube telah ditonton mencecah 160,146 kali dan mendapat 10 ribu yang menekan tanda suka.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein!

atas talian, berita, pembelajaran, sekolah, umum

Pembelajaran dalam Talian Murid SANZAC – 23 Mac 2020 (Isnin)

Contoh-contoh tugasan yang diberi oleh Cikgu Lyziah bersama murid-murid dengan menggunakan Zoom, WhatsApp dan hands-on:

Contoh-contoh lain tentang tugasan yang dikongsikan antara guru dan murid SANZAC mengikut kronologi:

Terima kasih atas usaha guru-guru dan kerjasama murid-murid SANZAC dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, bersama-sama kita pertingkatkan ilmu minda murid dan kuatkan diri semua.

atas talian, berita, pembelajaran, sekolah, umum

Cubaan Pembelajaran dalam Talian Murid SANZAC – 22 Mac 2020 (Ahad)

Tahniah kepada guru-guru SANZAC yang membuat persediaan kelas maya dalam talian walaupun masih bercuti.

Terima kasih, cikgu.

Pihak sekolah berharap semua murid walaupun duduk di rumah, anak-anak masih berusaha memperoleh ilmu dalam alam maya dengan pelbagai kaedah. Sehubungan itu, pihak sekolah juga berharap ibu bapa atau penjaga dapat memantau pembelajaran anak-anak di rumah.