berita, sekolah, umum, Unit ICT SMK SANZAC

Lawatan Audit oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Pada 30 Jun 2020 yang lalu, Ketua Unit Audit Dalam (ICT), Encik Ali Hassan bin Barahim telah hadir ke SMK SANZAC bagi melaksanakan pemeriksaan fizikal terhadap perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan yang telah dilakasanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada tahun 2019.

Ahli unit ICT SMK SANZAC yang diketuai oleh Pn. Suriani Hashim (Ketua Bidang Teknik dan Vokasional) hadir bersama Dr. Shirley Tay Siew Hong (Pengetua Cemerlang Jusa C), Cik Ho Nyuk Ting (Penolong Kanan Kokurikulum), Pn. Nowenna Willie D Tamsin (Guru Penyelaras Bestari), Pn. Noor Ashikin binti Ani (Ketua Panitia ASK/SK), En. Alfian Dualin (Juruteknik), Pn. Emma Francisca Luis dan Cik Salbiah Jainal sepanjang masa pemeriksaan audit.

Encik Ali Hassan hadir ke sekolah untuk memeriksa Kew.Pa 3, dokumen penyelenggaran dan semua bekalan ICT yang telah diterima pada 27 November 2019. Secara keseluruhan, Encik Ali Hassan amat berpuas hati dengan dapatan pemeriksaan audit di Makmal Komputer dan juga di Pusat Akses SMK SANZAC. 

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Unit ICT SMK SANZAC.

berita, sekolah, umum

Kasih sayang guru menyemai peribadi yang mulia

Hari ini, hari pertama dalam kalendar bagi bulan Julai, guru kelas Encik Binting Bin Abidin bersama dengan guru Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK SANZAC Cik Asnimah Binti Asliey dan Encik Lee Su Tat telah membuat kunjungan ke rumah seorang murid Tingkatan 5. Guru kelas murid berkenaan agak risau atas ketidakhadiran murid berkenaan sejak sekolah dibuka pada 24 Jun yang lalu, iaitu hari pertama pembukaan semula sekolah selepas Perintah Kawalan Pergerakan. Semasa kunjungan tersebut guru kelas yang juga merupakan guru subjek Bahasa Melayu murid berkenaan menyampaikan bahan Pengajaran dan Pembelajaran . Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Binting Abidin, Cik Asnimah binti Aslie, dan Encik Lee Su Tat atas usaha murni ini.

Batik baharu lakaran melati,
Dipakai puteri elok sepadan,
Kasih guru tulus berbakti;
Ilmu diberi tiada sempadan.

#SANZACdiHati

berita, sekolah, umum

Sumbangan cecair dan peralatan pensanitasi kepada SMK SANZAC

SMK SANZAC telah menerima sumbangan pensanitasi daripada Encik Timmy Huang, Pengarah Urusan TK Solutions Enterprise pada 24 Jun 2020. Sumbangan beliau adalah 2 unit penyembur, 2 gelen pensanitasi dan cecair pembersih tangan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Timmy Huang atas sumbangan beliau kerana sumbangan tersebut membantu warga SMK SANZAC bagi mencapai matlamat SOP yang telah ditetapkan bagi memerangi virus Covid-19.

berita, sekolah

Pendaftaran masuk asrama SMK SANZAC

Pada 23 Jun 2020 yang lalu, pendaftaran masuk asrama untuk Murid Tingkatan 5 & 6 telah diadakan di Bilik Prep 1, Bangunan Asrama SMK SANZAC. Sesi pendaftaran dan taklimat diadakan mengikut kumpulan berdasarkan masa yang telah ditetapkan bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Semasa pendaftaran, Pengetua Cemerlang JUSA C, Dr. Shirley Tay Siew Hong dan Penolong Kanan Kokurikulum, Cik Ho Nyuk Ting turut hadir bersama bagi memberi suntikan semangat kepada murid asrama. Murid diingatkan agar sentiasa mematuhi penjarakan sosial, memakai pelitup muka jika bergejala, kerap mencuci tangan dengan sabun dan air serta sentiasa menjaga kebersihan. Pemantauan oleh pihak PPDKK turut dilaksanakan oleh En. Abdul Zani bin Hassan dan Puan Suzana Awang Husin. Sebelum pendaftaran dimulakan, barangan peribadi murid telah dinyah kuman menggunakan cecair disinfeksi dan murid diarahkan mencuci tangan atau menggunakan cecair sanitasi tangan. Selain itu, penjarakan sosial turut dipatuhi bermula dari kedudukan dalam bilik pendaftaran, proses mengangkat barangan sehingga murid berada dalam dorm masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Asrama SMK SANZAC.