berita, kebangsaan, ko-kurikulum, pencapaian individu, UNICEF

#ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli

Program ini telah diadakan pada 1hb – 3hb Oktober 2019 di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, UNICEF Malaysia dan Projek ID (Impianku Destinasiku). Objektif umum program ini adalah “Ke arah mencegah gejala buli di sekolah”, dan objektif utama buli di sekolah adalah untuk memperkasa suara kanak-kanak (murid) di forum umum mengenai isu buli di sekolah. Aktiviti ini juga menyokong SDG4 (Education 2030) yang memfokuskan SDG4.7 (Kewarganegaraan Global) – Keamanan dan hak kanak-kanak.

Dalam Saringan 1 yang menyediakan video atau esei bertemakan buli. Lebih 100 penyertaan telah diterima oleh penganjur dan hanya 40 peserta yang dipilih ke saringan kedua. Dua peserta yang terpilih adalah dari SMK SANZAC iaitu:

  • Mohd Afiq Iskandar – Tingkatan 4
  • Nur Aisyah binti Jalalemping – Tingkatan 4

Semasa Saringan 2 : #ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli, semua peserta telah menyuarakan pengalaman mereka berkaitan gejala buli, impian mereka untuk belajar dengan aman, mencadangkan usul-usul untuk menangani gejala buli dari pelbagai perspektif serta harapan jika usul-usul mereka diterima untuk dijadikan polisi. Kem ini merupakan tapisan untuk memilih 15 orang murid sahaja ke peringkat yang lebih mencabar.

Adik Mohd Afiq Iskandar dari SMK SANZAC berjaya melayakkan diri ke kem lanjutan dan akan menyertai kem tersebut pada 18 November 2019 hingga 21 November 2019. Adik Mohd Afiq bersama-sama 14 rakan yang lain akan menjadi wakil kepada suara kanak-kanak Malaysia di Parlimen pada 20 November 2019 sempena sambutan ulangtahun ke-30 Konvensyen Hari Kanak-Kanak yang dtandatangani Malaysia pada tahun 1989. Kumpulan ini akan menyuarakan usul dan hasrat kanak-kanak Malaysia berkaitan dengan gejala buli di Parlimen.

Change Malaysia, pencapaian pasukan, umum

2 Projek SANZAC dipilih ke Peringkat Semi Final Design for Change Malaysia 2019

Pertandingan I CAN School Challenge 2019 yang dianjurkan oleh Design for Change Malaysia tahun ini, menggalakkan murid sekolah menyelesaikan masalah bersama komuniti secara berkumpulan dalam bentuk projek.  

Projek murid SANZAC yang terpilih ke peringkat Semi Final baru-baru ini adalah:

  1. Caring Hearts… Cleaner Society
  2. C’mon Let’s Read!

Ayuh, anda dijemput melihat hasil projek murid serta berilah sokongan anda dengan klik LIKE pada Youtube tersebut.


Crowd-funding di NGOhub

Laman berikut adalah crowd-funding bagi Projek Caring Hearts… Cleaner Society. Anda boleh menyalur sumbangan ke NGOhub (https://www.ngohub.asia/campaigns/caring-hearts-cleaner-society?fbclid=IwAR1F-frl3hGESrjiL201TklPh2bRHvqbwvKImz5Dc2jkiSL7eUGKiU1lXI4)

daerah, negeri, pencapaian pasukan, umum

SMK SANZAC Johan Keseluruhan PBL Daerah Kota Kinabalu Sempena Karnival PAK21 STEAM

SMK Sanzac telah menghantar 28 pasukan untuk menyertai pertandingan Project-Based Learning (PBL) peringkat daerah Kota Kinabalu pada 24, 25, dan 31 Julai 2019. Keputusan pertandingan PBL adalah seperti berikut :

TARIKHTEMPATKEPUTUSAN
24-25 Julai 2019SM Lok Yuk11 emas, 7 perak, 2 gangsa
31 Julai 2019SM All Saints1 platinum, 2 emas, 5 perak

Sempena Karnival PAK 21 STEAM peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SM Lok Yuk pada 3 Ogos yang lalu, SMK SANZAC telah menghantar 23 pasukan pemenang PBL ke Karnival ini. Rombongan ini merangkumi seramai 140 orang murid dan 25 orang guru.

Pasukan Makeroid dari sekolah kami merupakan salah satu kumpulan terbaik yang membentangkan hasil PBL telah diberi pengikhtirafan untuk membentangkan PBL di hadapan Perasmi, YBhg Dr. Mistrine Radin (Pengarah Pendidikan Negeri Sabah).  Sekolah kita juga dinobatkan Johan Keseluruhan PBL anjuran SM Lok Yuk.

berita, kebangsaan, ko-kurikulum, pautan, pencapaian pasukan, uniform

Tiga Kadet Polis SMK SANZAC terpilih untuk mewakili Kontinjen Sabah ke peringkat Kebangsaan di Selangor

Skuad Elit Kadet Polis SMK SANZAC sekali lagi telah mengharumkan nama SMK SANZAC pada tahun ini. SMK SANZAC telah menghantar wakil ke Perkhemahan peringkat Negeri di Tagal, Kampung Karangan Beaufort pada 25 April 2019 sehingga 29 April 2019 yang lalu. Seramai 26 ahli kadet dan 2 orang guru pengiring yang telah mengikuti perkhemahan tersebut.

Sebanyak 22 daerah yang mengambil bahagian, termasuk MRSM. Kontinjen dari daerah Kota Kinabalu mendapat Naib Johan dalam acara kawad berpasukan yang diketuai oleh SJN/K Mohd Hazzi Bin Halim, seorang kadet polis dari SMK SANZAC. Dalam acara kawad individu lelaki pula SJN/K Mohd Hazzi Bin Halim telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.

Faktor daripada kejayaan yang diperolehi di Perkhemahan Peringkat Negeri, 5 orang ahli dari kontinjen Kota Kinabalu telah terpilih untuk mewakili Kontinjen Sabah ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di Selangor. Ahli kadet dari SMK SANZAC yang terpilih untuk mewakili kontinjen Sabah ialah Mohammad Hazzi Bin Halim (5 Semarak), KPL/K Nur Fadzlyana Rusyadah Biti Rozaidi (4 Teratai) dan KPL/K Mohd Amirul Adzrim Bin Redzme (4 Teratai) dan 2 orang lagi adalah kadet dari SMK Tebobon .

Latihan pusat telah dijalankan di SMK Limbanak pada 24 Jun 2019 sehingga 12 Julai 2019.

Kontinjen Sabah berangkat ke Selangor pada 15 Julai 2019 sehingga 21 Julai 2019. Kontingen ini diiringi DSP/K Sudirman Sinti dari SMK SANZAC.

Diharapkan Kontingen Sabah akan kembali membawa pulang kejayaan yang diimpikan.

Bank Rakyat, berita, pautan, umum

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA IMAM MUDA ASHRAFF

Bank Rakyat sekali lagi melalui Yayasan Bank Rakyat telah mengadakan program Ikon bersama Ikon jemputan iaitu Imam Muda Ashraff bagi tahun 2019. SMK SANZAC telah dijemput untuk menghadiri Program ini pada 9 Julai 2019 (Selasa) yang lalu di Dewan Saadah, Tingkat 2, Wisma Muis. Tujuan program ini diadakan adalah salah satu CSR Bank Rakyat dalam menghargai sumbangan dan sokongan sekolah sebelum ini. Semasa program motivasi, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan baru berikutan ia akan disampaikan oleh salah satu ikon yang berpengalaman dan terkenal di Malaysia iaitu Imam Muda Ashraff. Seramai 40 orang pelajar bersama 3 guru pengiring telah hadir untuk menjayakan program ini.

Terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat atas jemputan yang bermakna ini.

berita, daerah, kelab, ko-kurikulum, negeri, pautan, pencapaian individu, pencapaian pasukan, persatuan, sukan, umum, Uncategorized, UNICEF, uniform

Perjalanan kejayaan SMK SANZAC

 

Program KOTAK (Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok)

Program KOTAK telah dijalankan di Dewan Tertutup SMK SANZAC pada 9 Julai 2019 yang lalu oleh Dr. Norazuwa Hazwan, Pegawai Pergigian Ug44, Penyelaras Program KOTAK, Klinik Pergigian Luyang. Program ini adalah bertujuan untuk menurunkan prevalen merokok di kalangan murid menerusi pencegahan dan intervensi. Program ini juga merupakan lanjutan daripada pemeriksaan dan rawatan pergigian yang telah diadakan di sekolah. Melalui pemeriksaan dan rawatan gigi, pelajar-pelajar dapat dikesan merokok dan telah membuat pengakuan kepada doktor pergigian yang merawat mereka bahawa pelajar sememangnya merokok. Dengan program ini, ia merupakan salah satu intervensi bagi membantu membanteras atau membantu pelajar untuk berhenti daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat iaitu merokok.

BERHENTI MEROKOK KE ARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT SERTA KESIHATAN ORAL YANG TERPELIHARA.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KLINIK PERGIGIAN LUYANG.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PERKHEMAHAN BADAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH

            Aktiviti perkhemahan tahun ini telah dilangsungkan di Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC pada 26, 27 dan 28 April 2019 dan dikelolakan oleh Unit Kokurikulum sekolah. Para guru penasihat daripada unit PKBM sekolah telah diberi mandat untuk menyelaraskan program perkhemahan ini. Aktiviti perkhemahan ini telah berlangsung dengan lancarnya dengan penyertaan dari 9 buah badan beruniform iaitu Persatuan Pengakap, Kadet Polis, Kadet Bersatu Malaysia (Darat), Kadet Bomba, Bulan Sabit Merah Malaysia, St. John Ambulance, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Persatuan Puteri Islam Malaysia serta dua kelab iaitu Silat Gayung Patani dan Taekwondo bersama guru-guru penasihat masing-masing. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Pertolongan Cemas, Rentas Halangan, Ikhtiar Hidup, Kawad Kaki, dan Malam Kebudayaan.

            Melalui program ini telah dapat menyerlahkan kerjasama yang erat sesama peserta perkhemahan, dengan para guru, Ajk PIBG, Anggota Bomba, Anggota St. John Ambulance dan kakitangan yang terlibat. Program telah berjalan dengan lancar dan ahli jawatankuasa yang dibentuk telah memainkan peranan masing-masing dengan baik. Program ini juga telah dapat menyerlahkan bakat para peserta perkhemahan melalui aktiviti yang diadakan. Selain daripada itu para peserta telah mendapat banyak pendedahan melalui aktiviti yang dijalankan. Penganjur ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Pengetua, Timbalan YDP, barisan pentadbir, semua guru, anggota bomba, anggota St. John Ambulance, urusetia perkhemahan,  dan semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SMK SANZAC.

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

KURSUS DALAMAN PEMERKASAAN PT3

Kursus dalaman pemerkasaan PT3 bagi guru-guru tingkatan 1, 2 dan 3 SMK SANZAC telah dijalankan dengan jayanya pada 13 Julai 2019 (Sabtu) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Utama SMK SANZAC. Seramai 54 orang guru yang mengajar subjek PT3 di bawah panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, RBT, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan Asas Sains Komputer telah hadir pada hari Sabtu yang lalu.

Kursus ini berobjektif sebagai langkah awal untuk memantapkan lagi pemahaman dan menyediakan guru-guru sebelum pelaksanaan pemerkasaan PT3 pada tahun 2020. Aspek yang dibincangkan semasa kursus termasuklah dasar dan format PT3, PBD dan Pendidikan Sivik.
Ceramah dan taklimat telah disampaikan oleh guru-guru yang terdiri daripada JU Daerah Kota Kinabalu, guru-guru yang telah menghadiri kursus peringkat PPD dan Pn Hjh Noraini Abdullah selaku Penolong Kanan Pentadbiran SMK SANZAC. Kursus diakhiri dengan pelaksanaan bengkel pembinaan item mengikut panitia masing-masing untuk memastikan objektif kursus dapat dicapai.

Tahniah guru-guru hebat SMK SANZAC atas penganjuran kursus dalaman ini.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Pertandingan Project Based Learning (PBL) 2019 Peringkat Sekolah

28 Pasukan Murid SMK SANZAC menyertai

Pertandingan Project Based Learning (PBL) 2019 Peringkat Sekolah

Begitulah peribahasa ‘Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan’ yang berlaku di SMK SANZAC pada 8 Julai 2019 (Isnin). 26 guru dan 168 murid telah mengambil bahagian serta melakukan penerokaan ilmu untuk menjayakan majlis ini.

Program ini diadakan untuk menggalakkan warga SANZAC melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek. Pembelajaran berasaskan projek atau lebih dikenali dengan panggilan “Project Based Learning” adalah satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri yang kompleks bagi menyelasaikan persoalan dunia sebenar yang akhirnya akan menghasilkan suatu output pembelajaran yang efektif.

Kriteria penilaian termasuk penglibatan murid, penerokaan, penjanaan konten, rekabentuk dan inovasi, serta pembentangan. Pemenang pertandingan akan dipilih untuk meneruskan perjuangan di pertandingan PBL peringkat Daerah yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

Pihak sekolah amat menghargai penilaian dan bimbingan yang diberi oleh jemputan hakim: Encik Azmy bin Ahmad, Encik Benny Kong Tze Loong, Encik Jalalemping bin Kihampau, Puan Angela Tundim dan Encik Julin Erus @ Erusi.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Haji Janis bin Abdullah, YDP PIBG SMK SANZAC. Tuan Haji Janis berkata, beliau teruja dengan bakat yang ditonjolkan pelajar dalam pertandingan PBL itu. Beliau berharap pertandingan seperti itu diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang berbakat besar dalam bidang pembelajaran berasaskan projek. 12 pasukan telah diberi anugerah Emas dan 18 pasukan yang lain memperolehi anugerah Perak dalam pertandingan ini.

Tahniah kepada SMK SANZAC atas penganjuran hebat di peringkat sekolah ini.

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Majlis Penutupan Bulan Bahasa SMK SANZAC 2019

Majlis Perasmian Penutupan Bulan Bahasa SMK SANZAC 2019 telah diadakan pada 11 Julai 2019 (Khamis) di Dewan Sri Gemilang SMK SANZAC. Majlis ini diadakan untuk meraihkan pelajar-pelajar yang telah memenangi pertandingan yang mereka telah sertai pada Bulan Bahasa SMK SANZAC. Pertandingan telah dianjurkan oleh 5 Panitia di bawah Bidang Bahasa iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Perancis, Panitia Bahasa Kadazan Dusun dan Panitia Bahasa Arab.

Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada Pengerusi Majlis, diikuti dengan penyampaian hadiah para pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan oleh semua panitia oleh Ketua Bidang Bahasa SMK SANZAC, Encik Mohd Othman Yunus. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan dari beberapa pertandingan yang telah dianjurkan. Majlis diakhiri dengan titipan doa kepada dua pasukan pelajar SMK SANZAC yang akan mewakili Negeri Sabah ke pertandingan Pesta Pantun dan juga CAKNA bagi peringkat Kebangsaan.

 

Pertandingan di bawah anjuran Panitia Bahasa Melayu:

Pertandingan mendeklamasikan sajak.

Pertandingan melagukan syair.

Pertandingan koir.

Pertandingan menulis teks ucapan Hari Guru.

Pertandingan drama komsas.

Pertandingan pesta pantun.

Pertandingan syair.

Pertandingan forum.

Pertandingan pidato.

 

Pertandingan di bawah anjuran Panitia Bahasa Inggeris:

Poster Drawing Competition (Theme: Kindness)

English Corner Competition

Story-Telling Competition

Spelling-Bee Competition

SANZAC GOT Talent Competition

 

Pertandingan di bawah anjuran Panitia Bahasa Perancis:

Pertandingan La Lecture (Membaca) Bahasa Perancis

Pertandingan La Dictee (Mengeja) Bahasa Perancis

Pertandingan L’expose de la gastronomie francaise (Pembentangan Makanan Perancis)

Pertandingan La Mode Francaise (Fesyen Perancis)

 

Pertandingan di bawah anjuran Panitia Bahasa Kadazan Dusun:

Pertandingan Kuiz Kadazan Dusun Tingkatan 1

Pertandingan Kuiz Kadazan Dusun Tingkatan 2

Pertandingan Kuiz Kadazan Dusun Tingkatan 3

 

Pertandingan di bawah anjuran Panitia Bahasa Arab:

Pertandingan Hiwar.

Pertandingan Kuiz Bahasa Arab.

 

  

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

5 Pelajar SMK SANZAC terpilih untuk Ujian Permata Pintar UKM2.

Program PERMATA PINTAR adalah untuk mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terdapat pelajar pintar intelek semulajadi ini yang tidak mencapai kejayaaan cemerlang dalam akademik di sekolah. Justeru, semua pelajar Tingkatan 1 – 3 dari SMK SANZAC diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) di Makmal Komputer SMK SANZAC antara 1 Februari hingga 31 Mei pada tahun ini dibawah penyelarasan Guru Penyelaras Bestari SMK SANZAC, Puan Nowenna Willie D. Tamsin.

Berikut merupakan 5 pelajar SMK SANZAC yang telah berjaya melepasi ujian Permata Pintar UKM1 2019 dari SMK SANZAC. Mereka adalah antara pelajar yang terpilih daripada semua pelajar Tingkatan 1 hingga 3 yang telah menduduki Ujian UKM1 di SMK SANZAC.

 

1. Nur Aleya Syamira Binti Mohd Ali (1 Anggerik)

2. Nur Natashya Binti Mohd Effendy (2 Bougainvillea)

3. Irmah Fatihah Binti Irwan (2 Anggerik)

4. Muhammad Imran Hisham (2 Anggerik)

5. Nursyazwani Binti Sabdani (3 Bougainvillea)

 

Pelajar-pelajar ini akan menduduki Ujian UKM2 di SK Sri Gaya pada 11 Julai 2019.

Harapan SMK SANZAC adalah agar pelajar-pelajar ini berjaya untuk ke peringkat seterusnya di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada 5 pelajar SMK SANZAC ini yang pintar intelek semulajadi ini.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Kunjungan Rombongan SMK SANZAC ke Istana Negeri Sabah

Pada 20 Julai 2019, SMK SANZAC akan melancarkan persatuan alumni sempena sambutan jubli emas yang ke 50 tahun. Encik Noor Salleh Tamanong, Pengerusi Alumni SMK SANZAC menjelaskan bahawa tujuan penubuhan persatuan adalah untuk mengumpulkan semua bekas pelajar sekolah di samping dapat mengeratkan silaturahim sesama ahli.

Persatuan Alumni ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan akan dilancarkan pada Majlis Makan Malam Jubli Emas SMK SANZAC oleh isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni yang juga merupakan alumni sekolah berkenaan pada tahun 1978. Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusuf Yacob juga turut diundang pada Majlis Makan Malam Jubli Emas SMK SANZAC.

Sesi penggambaran bersama Toh Puan Norlidah (tengah, depan) merakamkan gambar album bersama Noor Salleh (kiri) dan Dr. Shirley Tay Siew Hong (kanan).

Noor Salleh (kiri) bersama rombongan ketika membuat kunjungan terhadap Toh Puan Norlidah (kanan).

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Kem Malaysia Future Leaders School (MFLS)

Anjuran : kementerian Belia dan Sukan
Tarikh: 17 – 26 Jun 2019 ( 10 hari )
Tempat : Outbound School, Kinarut
Peserta :
1. Mohammad Shamrien Bin Abdul Bakir 4A
2. Mohammad Oldham Bin Azmie 4A
3. Syarleena Binti Shahren 4A
4. Nurul Afiqah Binti Rudy 4B
5. Nurul Iffat Binti Abdullah 4B

 

Pada 17 hingga 26 Julai 2019, SMK SANZAC telah menghantar seramai 5 orang murid  ( 3 orang murid Perempuan dan 2 orang murid Lelaki ) Tingkatan 4 kategori cemerlang untuk menyertai Program Malaysia Future Leaders School kohort 4., bertempat di Outward Bound School , Kinarut, Papar.
Program ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) adalah merupakan program yang bertujuan untuk memupuk jati diri dan melahirkan belia berwawasan seterusnya menjadi rakan strategic pembangunan negara.

 Majlis Penutupan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Kohort 4 Negeri Sabah telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Utama Outward Bound Kinarut, Sabah. Majlis Penutupan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Encik R.Effendi Bin Razali, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

English in Camp Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

SMK SANZAC telah menjadi tuan rumah bagi English in Camp peringkat daerah Kota Kinabalu pada 15 Jun 2019 yang lalu bertempat di Dewan Seri Gemilang SMK SANZAC. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih 4 peserta terbaik untuk mewakili daerah Kota Kinabalu ke pertandingan peringkat negeri Sabah di Tenom. English in Camp ini telah disertai oleh pelajar-pelajar terpilih dari 16 buah sekolah menengah dalam daerah Kota Kinabalu. Tahniah kepada penganjur English in Camp iaitu guru-guru Bahasa Inggeris SMK SANZAC di bawah pimpinan Pn. Rosalind Gima, Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK SANZAC. Peserta yang terpilih ke peringkat negeri Sabah adalah adik Joyce Valerie Mail- SM Lok Yuk, adik Ramona Roslan Dally -SMK St. Francis Convent, adik Sharvinran Subramaniam – SM La Salle dan adik Rafeeq Aidil Firdaus Bin Razi Azlan – SMK Tebobon.

Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih ke English in Camp, peringkat Negeri Sabah.

PT Daerah bagi English in Camp, Puan Jackellin sedang memberikan taklimat kepada peserta English in Camp 2019.

Aktiviti pemanasan badan telah dijalankan oleh pasukan Dance-robic SMK SANZAC di bawah bimbingan Puan Nowenna Willie.

Aktiviti Group Discussion untuk YELL Creation and Group Logo & Motto.

Guru-guru Bahasa Inggeris SMK SANZAC

Aktiviti “Leading the Blind.”

 

Aktiviti “Fill the Bottle Challenge.”

Aktiviti “Guess the song.”

Aktiviti “Game of Charades”

Aktiviti “10 seconds secret message.”

Aktiviti ” Newspaper excerpts.”

Majlis penutupan English in Camp yang telah disampaikan oleh Pk Kokum SMK SANZAC dan Pegawai PPD KK.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC TUAN RUMAH PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU 2019

SMK SANZAC telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan catur peringkat daerah Kota Kinabalu pada 12 dan 13 Jun 2019 yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Utama dan Dewan Tertutup SMK SANZAC. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk memilik peserta terbaik untuk mewakili daerah Kota Kinabalu ke pertandingan peringkat negeri Sabah. Pertandingan ini telah disertai oleh 18 buah sekolah menengah dalam daerah Kota Kinabalu. Tahniah kepada penganjur Pertandingan Catur SMK SANZAC di bawah pimpinan En. Sapri bin Lakim, Penolong Kanan Kokurikulum SMK SANZAC.

Persediaan rapi dibuat sebelum hari pertandingan berlangsung.

AJK Pendaftaran mula bertugas seawal pukul 7.00 pagi.

Pertandingan berjalan dengan lancar.

Pertandingan catur tengah berlangsung.

Selesai  satu sesi pertandingan.

Para peserta menampakkan kesungguhan semasa bermain.

Pertandingan kategori Lelaki bawah 18 tahun.

Pertandingan kategori Lelaki bawah 15 tahun.

Para peserta pertandingan semasa majlis penutupan diadakan.

Perasmi tengah berucap dan merasmikan majlis pertandingan catur MSSD Kota Kinabalu.

Peserta menerima sijil penyertaan yang disampaikan oleh En. Sapri Lakim, PK Kokurikulum.

Setiap sekolah yang menghantar peserta telah menerima sijil penyertaan.

Para peserta dan guru pengiring tengah bedebar menanti keputusan pertandingan.

Antara peserta yang memenangi pertandingan.

Peserta dari SMK SANZAC turut menerima sijil penyertaan.

Penyampaian sijil kepada arbiter.

Semua pemenang menerima piala dan sijil.

Penyampaian cenderahati kepada perasmi.

Para peserta bergambar beramai-ramai sebelum majlis bersurai.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi SMK SANZAC di MUIS

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Pada hari ini, 3 Julai 2019, Koperasi SMK SANZAC Sdn Bhd telah menyerahkan zakat perniagaan 2017/2018 berjumlah RM3480 kepada Pejabat Majlis Ugama Islam Sabah. Penolong Kanan Pentadbiran SMK SANZAC, Puan Hajah Noraini binti Abdullah mewakili Koperasi SMK SANZAC bagi penyerahan zakat perniagaan ini. Turut hadir bersama pada majlis ini adalah Ahli Jawatankuasa Koperasi SMK SANZAC, En. Sapri bin Lakim,  Puan Suriani Hashim, Puan Lily Suryani Beki dan Puan Habidah Sulaiman.

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC terpilih untuk mengadakan Pameran Beyond The Moon: Apollo 50th Anniversary

SMK SANZAC telah dipilih untuk mengadakan Pameran Beyond The Moon sempena memperingati 50 tahun pendaratan Apollo 11 ke bulan di Perpustakaan Tanjung Aru, pada 28 dan 29 Jun 2019 (Jumaat dan Sabtu).

Pasukan murid yang terdiri daripada:

Muhammad Ainul Saffwan (5B)

Mirzamahathir (4A)

Nur Farah Aisah binti Paimin (4A)

Ahmad Daniel Daud (3A)

Muhammad Hakim (3A)

Pameran ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan orang awam tentang projek Arduino yang dihasilkan oleh murid semasa pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan. Persembahan murid mendapat kunjungan Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir pada hari perasmian majlis (Jumaat).

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC merupakan Johan Anugerah Guru Inovatif (AGI) kategori kumpulan peringkat negeri Sabah.

Pada majlis Sangom Pengentoman Hari Guru Peringkat Negeri Sabah di Semporna bertarikh 2 Mei 2019 yang lalu, 3 Guru Inovatif SMK SANZAC telah menjadi Johan bagi Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah.

“APT (Aku Pun Tahu) – Ruler” bagi Kategori Kumpulan. Produk ini adalah hasil usaha kreatif 3 orang guru inovatif bernama

Cikgu Lim Yi Wei, Surin Jalaludin dan Kuit Vui Ket.

APT Ruler merupakan alat yang membantu murid untuk meningkatkan kebolehan dan potensi diri dalam menyelesaikan soalan Integer yang abstrak. APT Ruler atau “aku pun tahu” bukan sahaja untuk matapelajaran matematik malahan untuk matapelajaran lain seperi RBT, Sains, geografi, GKT dan Rekabentuk. APT Ruler mempunyai fungsi 6 dalam 1 iaitu mengira integer, membina dan mengukur sudut, melukis bulatan, membina garis serenjang dan mempunyai panjang 30cm.

TAHNIAH GURU-GURU INOVATIF SMK SANZAC YANG TELAH BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SMK SANZAC DENGAN MENJADI JOHAN PERINGKAT NEGERI BAGI PERTANDINGAN INI.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Mendeklamasi Sajak & Penyampaian Syair 2019

SMK SANZAC telah dilantik oleh PPD KK sebagai tuan rumah untuk pertandingan Mendeklamasi Sajak & Penyampaian Syair bagi tahun 2019 pada 25 April yang lalu. Sebanyak 18 sekolah d Daerah KK telah menyertai pertandingan ini.

Pertandingan telah diadakan di Dewan Tertutup SMK SANZAC. Program bermula dengan pertandingan Mendeklamasi Sajak
manakala bagi sesi kedua adalah kategori pertandingan penyampaian syair.

Hakim-hakim yang dilantik adalah seramai 3 orang iaitu :
1. En. Mohd Almiey Bin Mohd Ali (DBP)
2. Pn Jaliha Jaman (DBP)
3. En. Ramajah Mijar (SMK. Pekan Kota Belud)

Keputusan pertandingan.

SAJAK:
1. SMKA KK
2. SMK PEREMPUAN LIKAS
3. SMK TEBOBON
4. SMKA TUNAS
5. SMK INANAM

SYAIR :
1. SMKA KK
2. SM LOK YUK
3. SMKA TUNAS
4. SMK SANZAC
5. SMK TINGGI KK

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pn. Sharifah Ali, Penolong Pegawai Bahasa Melayu, Unit Pengurusan Akademik PPDKK.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Cikgu Kuit, SMK SANZAC Kota Kinabalu Sabah, terpilih untuk Regional Training Course for Teachers to introduce Nuclear Sciences in Secondary School.

Cikgu Kuit Vui Ket, seorang guru Sains daripada SMK SANZAC telah terpilih untuk menghadiri 12 hari berkursus untuk mengenali Nuclear. Hanya dua orang guru dari Malaysia sahaja yang terpilih untuk menghadiri kursus ini.

Regional Training Course For Teachers To Introduce Nuclear Sciences In Secondary Schools Through Innovative Approaches diadakan bermula 1 Julai sehingga 12 Julai 2019 bertempat di Hotel RHR, Kajang, Selangor.

Program ini bertujuan untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada guru-guru sains terutamanya dalam pelaksanaan kurikulum sains yang terkini.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zulkifli Bin Mohamed Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Program Penyelidikan Dan Pembangunan Teknologi, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Turut hadir sama YBrs. Dr. Abdul Muin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Program Perkhidmatan Teknikal, Nuklear Malaysia dan wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBrs. Puan Lanita Md Yusof dan YBrs. Puan Siti Aisyah Shahdan.

TAHNIAH CIKGU KUIT KERANA TELAH MENJADI SEORANG GURU YANG TERPILIH BAGI KURSUS INI.

#sainsuntukkesejahteraan #jangantakutnuklear #ilovenuclear

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Karnival Project Based Learning SMK SANZAC 2019

SMK SANZAC adalah sebuah sekolah yang dikenali dengan inovasi. Pada 8 Julai 2019, Karnival Project Based Learning akan diadakan di SMK SANZAC bagi memilih peserta yang akan ke peringkat Negeri dalam pertandingan Project based Learning. Taklimat kepada semua guru-guru yang akan membimbing pelajar telah diadakan di SMK SANZAC. Guru-guru SMK SANZAC amat komited dalam memberikan sepenuh kerjasama dan komitment dalam membimbing pelajar ke arah daya pemikiran positif dan kreatif.

Project Based Learning atau dengan akronim PBL adalah pemanfaatan projek dalam proses belajar mengajar, dengan tujuan memperdalam pembelajaran, di mana pelajar menggunakan pertanyaan-pertanyaan investigatif dan juga teknologi yang relevan dengan hidup mereka. Projek-projek ini juga berfungsi sebagai bahan menguji dan menilai kompetensi pelajar pada mata pelajaran tertentu, bukan dengan menggunakan ujian bertulis konvensional sahaja.

Tahun lalu, SMK SANZAC adalah juara keseluruhan bagi pertandingan PBL peringkat daerah Kota Kinabalu di SM Lok Yuk. Harapan pada tahun ini, SMK SANZAC akan sekali lagi menjadi juara keseluruhan dalam peringkat negeri.

Tahniah SMK SANZAC kerana anda komited ke arah kemenjadian murid.

Promosi PBL kepada murid-murid sidang pagi tentang info terkini serta tarikh tutup dan tarikh pertandingan,
initiatif berjumpa dengan guru pembimbing, dan faedah menyertai pertandingan PBL.


 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Kelab Interact SMK SANZAC telah menerima Anugerah Gangsa

Pada 29 Jun 2019 yang lalu, Guru Penasihat Kelab Interact SMK SANZAC, Puan Nowenna Willie D. Tamsin dan Naib Pengerusi Kelab Interact, Mohd Afiq Iskandar telah dijemput untuk menghadiri Jamuan Makan Malam bersama Rotary Club International di Kimanis Ballroom, Hyatt Regency Hotel. Pada majlis tersebut,  Kelab Interact SMK SANZAC telah menerima Anugerah Gangsa bagi projek yang telah dikendalikan oleh Kelab Interact Daerah Kota Kinabalu pada tahun 2018 dan tahun 2019. Projek yang telah dikendalikan oleh SMK SANZAC adalah dengan memulakan projek tarian berunsurkan baik hati dan juga mencipta serta mengetuai Lagu “We are Love” yang berunsurkan kebaikan di sekolah untuk “National Kindness Week 2019”. Anugerah ini telah ditandatangani dan disahkan oleh Encik Henry Tan, Gabenor Daerah Kota Kinabalu. Presiden Rotary Club Kota Kinabalu 2018/2019 Philip Koh, mengucapkan tahniah kepada SMK SANZAC kerana telah memenangi anugerah ini walaupun Kelab ini baru sahaja ditubuhkan pada tahun lalu. Hanya 3 buah sekolah di daerah Kota Kinabalu ini yang telah memenangi anugerah dan SMK SANZAC merupakan salah satu daripada sekolah yang telah menerima anugerah.

Tahniah diucapkan kepada Kelab Interact SMK SANZAC.

Di samping itu, dalam majlis ini, Datuk Seri Panglima Prof Dr Kamaruzaman Hj Ampon telah dilantik untuk menjadi Presiden Rotary Club Kota Kinabalu yang ke 68 bagi tahun 2019/2020. Tahniah Datuk Seri atas lantikan ini.

 

Guru Penasihat Kelab Interact SMK SANZAC telah dijemput untuk menerima Anugerah Gangsa atas projek yang telah dikendalikan.

Sesi fotografi bersama Datuk Seri Panglima Prof Dr Kamaruzaman Hj Ampon dan Datin Seri.

Puan Nowenna Willie D. Tamsin, Guru Penasihat Kelab Interact SMK SANZAC.

Mohd Afiq Iskandar, Naib Pengerusi Kelab Interact SMK SANZAC.

Board of Directors Rotary Club Kota Kinabalu 2019/2020 di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima.

Guru Penasihat Kelab Interact Kota Kinabalu bersama pelajar-pelajar yang telah dijemput.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Muhammad Rafiuddin Faiz dari SMK SANZAC, Jaguh acara Kumite Individu Junior Male

Pada 29 dan 30 Jun 2019 bertempat di Stadium MPSJ Serdang Jaya, Selangor telah berlangsungnya Kejohanan “6th Legend International Karate Club Championship” anjuran Kibokan Karate Do Malaysia.

Muhammad Rafiuddin Faiz b. Razmi, seorang pelajar tingkatan empat dari SMK SANZAC telah memenangi Pingat Emas acara Kumite Individu Junior Male below 76 kg  dan pingat Perak bagi acara berpasukan Kumite Junior Male.

Negeri Sabah juga telah menjuarai acara keseluruhan dalam kejohanan ini.

TAHNIAH MUHAMMAD RAFIUDDIN FAIZ! ANDA SEMEMANGNYA HEBAT!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Program Integrasi Budaya 2019 SMK SANZAC

Tarikh: 27 Jun 2019 ( Khamis )

Tempat: Dewan Seri Gemilang,  SMK SANZAC

Masa: 7.30 – 1.00 tengahari

Pengisian Program:

1. Pertandingan dan Permainan Sukan Raya :

Anyam Ketupat

Busana Cinta Raya

Samping Champion

Tudung Versatile

2. Pertandingan Hiasan Gerai Integrasi Budaya.

3. Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Raya Kaamatan.

4. Jamuan.

Program Integrasi Budaya 2019 merupakan program tahunan di sekolah ini yang menerapkan unsur pendidikan dan nilai murni dalam kalangan warga SANZAC.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai kebudayaan dan tradisi kaum yang ada di negara Malaysia amnya, dan di negeri Sabah khususnya. Selain itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan konsep dan penerimaan antara kaum disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kaum.

Program ini bertepatan dengan SKPMg2 Standard 2.6, iaitu pemahaman, penerimaan, dan penghayatan terhadap kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa masyarakat Malaysia diurus untuk memupuk perpaduan. Di samping itu juga, program ini bertepatan dengan objektik subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang dipelajari oleh murid di sekolah iaitu, memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegar yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Dengan adanya program seperti ini, diharapkan akan dapat meningkatkan ukhuwah dalam kalangan warga SANZAC, PIBG, Alumni dan komuniti. Program ini juga dapat membantu membentuk penjanaan adab, sahsiah dan disiplin secara menyeluruh seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025(Anjakan 9).

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SAMBUTAN HARI GURU SMK SANZAC BERTEMAKAN ORANG KAMPUNG SEMERAH PADI 2019

Tarikh: 20 Jun 2019

Hari: Khamis

Tempat: Dewan Sri Gemilang, SMK SANZAC

Masa: 7.30 pagi – 12.30 tengahari

Anjuran: Kelab Staf SMK SANZAC

Setiap tahun, Hari Guru akan mengisi kalendar sekolah sebagai satu acara tahunan yang perlu dilaksanakan. Tahun Tema Hari Guru bagi SMK SANZAC pada tahun “Orang Kampung Semerah Padi.” Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan menyemarakkan semangat guru dan menghargai jasa guru-guru.

Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Berikut merupakan objektif Hari Guru SMK SANZAC adalah untuk meraikan guru-guru  SMK SANZAC sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2019, Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan. Kedua adalah untuk mengenang dan membalas jasa-jasa guru-guru yang mencurahkan bakti dalam mendidik murid. Selain itu, memupuk perasaan perpaduan ikhtisas, muhibah dan semangat kekeluargaan di antara guru. Terakhir sekali adalah untuk merapatkan hubungan siratulrahim antara guru-guru dengan pihak pentadbiran.

SELAMAT HARI GURU WARGA PENDIDIK SMK SANZAC & JUGA KEPADA SEMUA PENDIDIK DI MALAYSIA!

Berikut merupakan gambar-gambar sewaktu Sambutan Hari Guru SMK SANZAC 2019

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC MEMECAHKAN REKOD DENGAN MENJADI JUARA BAGI PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI SABAH

Pesta Pantun Peringkat Negeri Sabah 2019

Tarikh: 25 – 27 Jun 2019

Tuan rumah : PPD Tawau.

Nama Peserta:
1. Noor Cheyam Azwaliza Bt Mohd Wali
2. Nur Fathi Ibtisam Bt Sofizul Anizam
3. Amisha Farhana Bt Anwar
4. Sarah Adybah Bt Mohd Yaaqub
5. Hanie Yushaira Bt Nordin

Pemantun Terbaik :
– Noor Che Yam Azwaliza Bt Mohd Wali

Jurulatih pasukan:

Pn. Fauziah Hj. Moksin

Guru Pengiring :
Pn. Merhalyn Ansawi

Pesta Pantun Peringkat Negeri telah dijalankan di daerah Tawau baru-baru ini. 11 daerah telah terpilih untuk bertanding dan daerah Kota Kinabalu merupakan salah satu daerah yang bertanding dalam pesta pantun ini. Kumpulan pemantun SMK SANZAC ini telah menyertai pertandingan pantun ini sejak mereka berumur 13 tahun. Dengan berkat usaha mereka selama 4 tahun, pada tahun ini, mereka telah berjaya menjadi juara di peringkat daerah dan terus menjadi Juara bagi peringkat Negeri dan bakal mewakili Sabah di peringkat Kebangsaan pada 19 Julai 2019 di SK & SMK Jugra, Pantai Morib, Selangor.

Semoga pasukan mantap SMK SANZAC dapat membanggakan negeri SABAH, KOTA KINABALU dan SMK SANZAC di pentas Kebangsaan.

TAHNIAH PASUKAN PANTUN SMK SANZAC!

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PASUKAN SMK SANZAC MEMENANGI DUA ANUGERAH EMAS DALAM PERTANDINGAN ONE PLANET POCKET GARDEN

PERTANDINGAN ONE PLANET POCKET GARDEN

Penganjur: SM St. Peter, Telipok, Kota Kinabalu

Tarikh: 15 Jun 2019 (SABTU)

Tempat: Dewan Terbuka, SM St Peter, Telipok, Kota Kinabalu

Masa: 8.00 pagi- 1.30 petang

Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti perdana PLC2 anjuran SM St Peter, Telipok yang merupakan antara usaha untuk mendedahkan Pendidikan STEM serta menyemai kesedaran persekitaran dalam kalangan murid-murid. Sebanyak 15 daripada 23 buah sekolah telah bertanding. Sekolah telah menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada 1 pasukan menengah rendah dengan tema “Smart Garden” yang diwakili oleh Muhammad Danish bin Agunawan, Adriana Batrisha binti Mohd Maseri, Siti Nur Hanisah binti Omar Hashim, Nurul Ellyssa A/K Douglas dan Nuralya Amani binti Nadzri di bawah bimbingan Pn Roziah Rusdin; dan 1 pasukan menengah atas dengan tema “Herba” yang diwakili oleh Nur Shamirah Bt Mohd Fadzil, Dayang Nur Elyana Bt Zamri, Angel Vels Jafery Majakin, Nur Na’ilah Maziyyah Binti Sarifudin dan Wan Syahirah Azlyn Bt Wan Sazaly di bawah bimbingan Pn Sylvia Edwin Boklin. Kedua-dua pasukan telah berjaya memperolehi anugerah emas.

Wajah-wajah ceria kumpulan menengah rendah bersama Dr. Shirley Tay Siew Hong, Pengetua Cemerlang SMK SANZAC semasa menerima anugerah emas yang disampaikan oleh Pn Shirney Lim, wakil PPD Kota Kinabalu diiringi oleh En Jackson Bin Siga, Pengetua SM St. Peter, Telipok, Kota Kinabalu.

Anugerah emas turut diterima oleh kumpulan menengah atas yang disampaikan oleh Pn Shirney Lim, wakil PPD Kota Kinabalu diiringi oleh En Jackson Bin Siga, Pengetua SM St. Peter, Telipok, Kota Kinabalu.

Kumpulan menengah rendah bersama En. Lee Su Tat

Kumpulan menengah atas bersama Pn Sylvia Edwin Boklin

Nuri Binti Suharmin, Pelajar Tingkatan 1 SMK SANZAC mewakili Sabah ke Kejohanan Olahraga Thailand Open Track and Field 2019

Seorang pelajar SMK SANZAC yang bernama Nuri  Binti Suharmin, pelajar tingkatan 1, telah membanggakan warga sekolah dan mewakili Sabah ( Majlis Sukan Sabah ) ke Kejohanan Olahraga Thailand Open Track & Field pada 16 – 22 Mei 2019 yang lalu.

Pencapaian adik Nuri adalah, beliau telah mendapat pingat Gangsa bagi acara 4 x 400 meter.

Negara menyertai kejohanan tersebut :
1. Thailand
2. Laos
3. Cambodia
4. Singapore
5. Malaysia
6. Chinese Taipei
7. Korea
8. China

Tahniah diucapkan kepada adik Nuri! SANZAC amat berbangga dengan pencapaian anda!

Majulah SUKAN untuk NEGARA!

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Pameran Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Kadazandusun

Pada 24 dan 25 April 2019 yang lalu, Panitia Bahasa Perancis, Bahasa Arab dan Bahasa Kadazandusun SMK SANZAC telah mengadakan Pameran Bahasa bertempat di Pondok Santai Ilmu SMK SANZAC. Pameran yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan pada waktu rehat sidang pagi (9.30 – 10.30 pagi) dan waktu rehat sidang petang (2.30 – 3.00 petang).

Pameran ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua warga SMK SANZAC terhadap budaya dan pengetahuan asas ketiga-tiga bahasa tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti membaca, mewarna bendera, meneka nama makanan, kuiz dan permainan bahasa. Melalui pameran ini, murid dapat melihat beberapa replika bangunan bersejarah di Perancis, pakaian tradisional kaum Kadazandusun dan bendera pelbagai negara di benua Arab.

Secara keseluruhan, pameran ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga sekolah. Diharapkan agar pameran seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

TAHNIAH PANITIA BAHASA PERANCIS, BAHASA ARAB DAN BAHASA KADAZANDUSUN SMK SANZAC!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC mendapat pencapaian tertinggi dalam Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 2019

Tarikh: 13 April 2019

Masa: 7.00am – 5.oopm

Tempat: Oceanus Waterfront Mall.

Sempena Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 2019, Karnival CIP telah dilaksanakan sepanjang majlis. Pameran CIP adalah berdasarkan 1 sekolah 1 Projek. Setiap sekolah perlu mempamerkan minimum 1 projek pada hari karnival tersebut. Namun begitu, SMK SANZAC telah mempamerkan 4 projek pada hari tersebut. Projek yang telah dipamerkan adalah mengikut peringkat.

Peringkat Antarabangsa: A Plate of life, SEAMEO RECFON

Peringkat Kebangsaan: Malaysia’s Kindest School Project

                                           Cleaner Hearts Caring Society

Peringkat Negeri: Sindex Innovation Competition.

Penganugerahan telah dijalankan pada pukul 2.00pm di Pentas Oceanus Mall dan berikut merupakan anugerah-anugerah yang telah dimenangi oleh SMK SANZAC dalam Majlis Apresiasi & Karnival CIP PPD KK:

ANUGERAH ORGANISASI:

1. Johan Pameran Terbaik (Sekolah Menengah)
2. Anugerah Penglibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK) Cemerlang 2018 ( Sek. Men)
3. Anugerah Emas Pembelajaran Abad Ke-21 (SM) 2018
4. Anugerah Inovasi Pendidikan 2018 (SM)
5. Sijil Penghargaan Peningkatan Prestasi GPMP SPM 2016- 2018 (Bahasa Melayu)
6. Sijil Penghargaan Peningkatan Prestasi GPMP SPM 2016- 2018 (Matematik)
7. Anugerah Khas Kokurikulum 2018 (Kategori SM)
8. Anugerah Sekolah Pencapaian Antarabangsa Terbaik.

ANUGERAH INDIVIDU:

A. Anugerah Emas Karisma Pemimpin 2018
1. Dr. Shirley Tay Siew Hong
2. Norlyziah bte Ali Hussein
3. Noraini binti Abdullah

B. Anugerah Perak Karisma Pemimpin 2018
1. Dg. Rosnizah binti Pg. Jaafar
2. Hjh. Rusana binti Abdullah

C. Anugerah Khas Pengurusan Hal Ehwal Murid 2018
1. Ag. Deramat bin Ag. Mattiassin

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA WARGA SMK SANZAC KOTA KINABALU!

      

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Kadet St. John Ambulans SMK SANZAC menyertai perkhemahan kawasan Pantai Barat Selatan.

PERKHEMAHAN KADET ST.JOHN AMBULANS MALAYSIA, KAWASAN PANTAI BARAT SELATAN ATAS TAHUN 2019

Tarikh : 19 – 21 April 2019 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Padang SMK. Membakut
Guru Penasihat SJAM : Pn. Rosneh Abidin

Ahli SJAM :
1. Nurainnah Binti Ngalijan (5T)
2. Nur Azahrinah Binti Jahaan (5T)
3. Birlmah Binti Biraldi (5A)
4. Nurul Hayati Binti Jamaludin (5B)
5. Nurkhairani Shahrena (5A)
6. Nurshafiana Binti Shamsuddin (5A)
7. Ferninah Binti Kodi (5C)
8. Muhammad Faizzudin (4C)
9. Hanisah Batrisyia Binti Durahman (2B)
10. Rebecca Richard (4T)

Buat julung kali Persatuan SJAM SMK. SANZAC menyertai perkhemahan di luar daerah Kota Kinabalu untuk mendapatkan pengalaman dan ilmu yang berharga bersama-sama kadet SJAM dari sekolah SMK. Membakut, SMK. Membakut 2, SM. Saint Patrick, Membakut dan SMK. Likas. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah ice breaking, mendirikan khemah, taklimat NCO & Lencana Kecekapan, Pertolongan Cemas, gerai ilmu, kawad kaki, merentas halangan, dan malam kebudayaan.

Integrasi antara sekolah mampu melahirkan ahli/kadet SJAM yang sentiasa berkolaborasi dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Ilmu yang diperoleh sudah pasti akan dikongsikan kepada ahli-ahli SJAM yang lain di SMK.SANZAC. Kesungguhan ahli SJAM SMK.SANZAC mengikuti perkhemahan ini wajar dibanggakan kerana mereka sanggup membayar sendiri yuran penyertaan dan mengorbankan cuti Good Friday demi pengalaman dan pelbagai bidang ilmu dalam perkhemahan SJAM kali ini.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Cikgu Norlyziah, Guru Ikon SMK SANZAC dijemput ke London.

London – International Conference on Research in Social Science and Humanities (ICRSSH)

Tarikh : 8 – 9 April 2019
Tempat : Canada Water Theatre and Library, 21 Surrey Quays Road, London, UK
Guru : Pn. Norlyziah binti Ali Hussein

Cikgu Norlyziah telah terpilih untuk membentang kajian beliau yang bertajuk “The Application of IziiGrid in Facilitating Students Mastery of The Geographic Grid Among in Malaysian Secondary Education” di bawah anjuran Eurasia Research. Dalam pembentangan tersebut Cikgu Norlyziah telah membentangkan kajian tindakan beliau yang pernah dibentangkan di peringkat kebangsaan. Cikgu Norlyziah merupakan wakil dari Negeri Sabah sekaligus wakil untuk Negara Malaysia. Cikgu Norlyziah telah ditaja oleh Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) sebanyak RM5000.00 kerana Cikgu Norlyziah merupakan pemenang Anugerah Kajian Tindakan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) Peringkat Kebangsaan pada Tahun 2018. Pembentang-pembentang lain terdiri daripada beberapa buah negara seperti Jepun, Taiwan, Portugal, USA, Nigeria, Jerman, Afrika, Iran, Jordan, Pakistan, Kuwait, Sudan, Filipina, Kanada, Israel, India, Turki, Netherlands, Bangladesh, United Kingdom, Thailand, Jerman, Kenya & China.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

YOUNG MAKERS CHALLENGE! SMK SANZAC PEMENANG GRAND PRIZE!

Pada 15 April 2019, Isnin yang lalu, bertempat di Universiti Malaysia Sabah. Pasukan D’Catalysts, SMK SANZAC yang telah diwakili oleh Mohd Ainul Saffwan (5 Bougainvillea), Syed Zeeman (5 Cempaka) dan Ahmad Daniel (3 Anggerik) telah membawa sebuah project yang dinamakan L.I.V.e.S telah memenangi GRAND PRIZE peringkat negeri Sabah bagi peringkat negeri Sabah. Pasukan pelajar ini telah dibimbing oleh dua orang guru, Cikgu Kuit Vui Ket dan Cikgu Ho Nyuk Ting.

Pasukan ini akan mewakili Negeri Sabah untuk mara ke pertandingan Peringkat Kebangsaan ke Young Make Challenge @ di Universiti Teknologi Malaysia, di Kuala Lumpur pada 2 Mei 2019. Pasukan SMK SANZAC akan dijadualkan bertolak ke KL pada 01 Mei 2019 dan kembali pada 03 Mei 2019.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC – MALAYSIA’S KINDEST SCHOOL.

Coretan akhbar 2018 telah menyaksikan bahawa SMK Sanzac, Sabah, berjaya mengatasi lebih 120 sekolah untuk menjadi sekolah pertama yang dinamakan “Malaysia’s Kindest School 2018”. Projek menilai nilai murni Kebaikan atau Baik Hati #StandTogether mereka, yang terdiri daripada satu minggu yang penuh dengan aktiviti seperti “plogging”, gabungan jogging dan memetik sampah, mengagumkan panel hakim yang termasuk wakil Unicef ​​yang hadir ke Malaysia, Madam Marianne Clark-Hattingh.

“Matlamat kami adalah untuk membuat kebaikan budaya utama bukan hanya di sekolah tetapi di daerah dan diharapkan di seluruh negeri. Sehubungan itu, masih banyak lagi yang perlu dilakukan.” Tetapi ia adalah kesederhanaan dan kebolehkerjaan projek mereka, bertajuk “Being A Buddy, Not A Bully”, yang memenangi hati Clark-Hattingh.

“Saya suka bahawa pembentangan mereka mengandungi satu siri projek kecil yang dapat bersama-sama membuat kesan besar,” katanya. Ketua pasukan projek kebajikan SMK Sanzac, Nursalwani Sabdani, 17, berkata: “Kami merasakan perkara-perkara kecil adalah penting kerana mereka cukup mudah untuk dilakukan setiap hari tetapi belum membuat perubahan dalam jangka masa panjang.”

Adik Saiful Ikhwan, 19 adalah seorang duta besar SMK SANZAC yang telah dijemput untuk ke UNICEF Afrika pada tahun 2018 juga telah menyuarakan bahawa:

Di seluruh dunia, dilaporkan bahawa satu dalam setiap dua pelajar antara 13-15 adalah mangsa buli. Sekolah saya tidak berbeza. Sekolah saya di Kota Kinabalu, Sabah terletak berhampiran dengan rumah setinggan yang dikenali sebagai kawasan yang buruk. Ia mempunyai reputasi untuk gangsterisme, buli dan vandalisme. Orang yang biasa merendahkan pelajar dari sekolah saya berfikir kita tidak akan mempunyai masa depan yang baik. Saya dengan bangganya boleh mengatakan bahawa sekarang adalah pada masa lalu. Para pelajar di sekolah kami bersikap lemah dan agresif. Tidak kerana kita orang jahat, tetapi kerana kita begitu kerap dirawat seolah-olah kita tidak penting dan apa-apa yang kita lakukan akan berjumlah apa-apa. Tetapi suatu hari, keadaan berubah. Para guru mula menjadi lebih ramah kepada kami. Tidak hanya dalam kempen satu kali, tetapi setiap hari. Dan perlahan-lahan, tindakan kebaikan kecil ini membuat kami merasa lebih dihargai dan dihormati. Kami mempunyai seseorang menunggu kami di pintu sekolah yang mengakui kami dan membuatkan kami merasa seperti kami. Dan kami diberi peluang untuk menunjukkan kebaikan kepada orang lain. Itulah ketika transformasi bermula.

PADA TAHUN INI, 2019, pasukan Baik Hati SMK SANZAC tidak mengakhiri usaha untuk mengubah sekolah ke arah kebaikan serta masih menerapkan nilai-nilai murni terutamanya “Baik Hati” pada setiap apa yang dilakukan di sekolah. Dengan Motto tahun ini, “LOVE FULLY, DON’T BULLY!” SMK SANZAC telah sekali lagi berjaya untuk masuk ke TOP 10 Best Schools di Malaysia di dalam usaha untuk mendapatkan nama sebagai “Malaysia’s Kindest School” sekali lagi pada tahun ini.

USAHA SAMA WARGA SANZAC MENGORAK LANGKAH KE ARAH KEBAIKAN DAN JUGA KE ARAH KEJAYAAN YANG MENYELURUH DI SEKOLAH. TAHNIAH SMK SANZAC!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Mural baru hasil rekaan pelajar berbakat PSV SMK SANZAC.

Projek menghasilkan 2 buah mural ‘Doodle Art’ bertemakan ‘Kindness’.

Tarikh : 27-30 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat :  Dinding blok bangunan pentadbiran lama dan Dinding makmal komputer SMK SANZAC

Cikgu Mushariani bt Ismail yang merupakan Ketua Panitia PSV, bersama 9 orang pelajar tingkatan 1, 4 dan 5 telah bertungkus lumus selama 4 hari bagi menyiapkan 2 buah  mural besar yang akan menjadi lambang ekspresi seni tentang kasih sayang dan sifat baik hati  dikalangan pelajar. Lakaran idea mural yang menggunakan genre seni contengan (Doodle Art) ini telah dihasilkan oleh dua orang pelajar yang sangat berbakat dalam bidang seni visual iaitu adik Nurkhairani Shahreena bt Samad dari tingkatan 5A dan adik Refdowsen Robin dari tingkatan 4T.
Projek ini merupakan  aktiviti kedua dibawah Program No Bully Art sempena pertandingan Stand Together 2019.

TAHNIAH PELAJAR DAN GURU PSV SMK SANZAC YANG BERDEDIKASI!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

DUA ATLIT BOLING SMK SANZAC SEKALI LAGI MERAIH KEJAYAAN DALAM KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSM 2019

Pada 24 – 29 Mac 2019 yang lalu seramai 2 atlet boling dari SMK SANZAC telah terpilih untuk mewakili pasukan Boling Tenpin Negeri Sabah ke Kejohanan Boling Tenpin MSSM yang telah diadakan di Sunway Megalane, Selangor.  Sepanjang kejohanan tersebut kedua-dua atlet berkenaan telah menunjukkan prestasi yang agak membanggakan dimana beberapa acara telah mereka menangi.  Berikut adalah 2 atlet boling SMK SANZAC:

BIL NAMA KELAS KATEGORI

 

 

 

1 Intan Qistina bt. Tamring 4C PB18
2 Nurul Amirah bt. Amirul 3T PB15

Dan pencapaian mereka adalah:

BIL NAMA PESERTA ACARA

 

 

 

PENCAPAIAN
1 NURUL AMIRAH BT AMIRUL BEREGU PB15 JOHAN
PASUKAN BEREMPAT PB15 NAIB JOHAN
2 INTAN QISTINA BT TAMRING PERSEORANGAN PB18 NAIB JOHAN
ALL EVENTS PB18 KETIGA
MASTERS/STEP-LADDER PB1 JOHAN

TAHNIAH KEPADA BOWLERS SMK SANZAC YANG HEBAT!

Beberapa gambar adik Intan Qistina semasa kejohanan.

Beberapa gambar adik Nurul Amirah semasa kejohanan.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR DAN PERSIDANGAN MODEL UNITED NATIONS DI FALU FRIGYMNASIUM SWEDEN

Tarikh:  7-19 Mac 2019

Tempat: Falu Frigymnasium, Falun, Sweden

SMK SANZAC sangat bertuah kerana telah dijemput untuk menyertai program pertukaran pelajar ke luar negara iaitu Negara Sweden dan melalui persidangan Model United Nations di Falun, Sweden. Bulan bertuah iaitu bulan Mac tahun 2019, SMK SANZAC dan beberapa sekolah lain di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Papar dijemput untuk menyertai Model United Nations yang dianjurkan oleh Falu Frigymnasium di Falun, Sweden.

SMK SANZAC  telah diwakili oleh Daleela Hanna binti Khairil (pelajar)  dan guru pengiring Puan Rosalind Gima. Program selama 4 hari ini melibatkan aktiviti seperti pembentangan resolusi setiap komiti, melobi, perdebatan terbuka dan Perhimpunan Agung di mana objektif program ini adalah simulasi pendidikan dan aktiviti akademik di mana pelajar dapat belajar mengenai diplomasi, hubungan antarabangsa, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersama pelajar-pelajar dari luar Negara. Selain itu, rombongan  juga dibawa melawat Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sekolah Falu Friigymnasium , Falu Copper Mine dan Falu Energi & Vatten iaitu tempat pengumpulan kitar semula yang terbesar di Falun.

TAHNIAH KEPADA ADIK DALEELA HANNA DAN JUGA GURU PENGIRINGNYA PUAN ROSALIND ATAS KEJAYAAN YANG AMAT MEMBANGGAKAN SELURUH WARGA SMK SANZAC.

 

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (DARAT) SMK SANZAC semakin cemerlang.

Perkhemahan PKBM (DARAT)
Peringkat Negeri Sabah 2019

Tarikh : 7-12 April 2019 (Bakal berlangsung)
Tempat : Kem Paradise Kota Belud Sabah.
Guru Penasihat : Mohamad Azudin Abdullah (Ketua Guru Penasihat), Ajmi Mahajul, Herman Bahar, Surin Jalaludin dan Ustazah Norafidah.

SMK Sanzac telah berjaya dan bersedia untuk mengikuti perkhemahan PKBM peringkat Negeri Sabah dengan kekuatan 30 orang kadet yang akan dijalankan di Kem PLKN Sinar Jaya Kota Belud.

Latihan sebagai persiapan telah dijalankan dan dilatih oleh Staf dari Kem Lokawi. Latihan telah bermula sejak bulan Januari 2019 sebagai persediaan mantap bagi pertandingan yang bakal disertai. Beberapa pertandingan akan disertai oleh pasukan kadet SMK SANZAC pada perkhemahan tersebut.

Berikut merupakan acara yang akan dipertandingkan:

  1. Kawad Senjata
  2. Rentas Halangan
  3. Pandu Arah
  4. Menembak
  5. Kawad Kaki

Marilah kita sama-sama berdoa agar Pasukan Kadet PKBM (DARAT) SMK SANZAC akan kembali ke sekolah dengan kejayaan.

TAHNIAH PASUKAN KADET PKBM SMK SANZAC DAN SEMOGA BERJAYA!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

 

Bengkel Kokurikulum bagi warga pendidik SMK SANZAC.

Bengkel Kokurikulum telah diadakan di Institut Aminuddin Baki cawangan Sabah pada 23 Februari 2019. Bengkel tersebut bermula pada 8.00 pagi dan tamat pada 2.00 petang.

Salah satu objektif bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab, intergriti dan kebolehlaksanaan program serta kesedaran keselamatan aktiviti kokurikulum dalam kalangan guru. Selain itu, objektif bengkel tersebut adalah untuk mengasah kemahiran mengurus organisasi dalam kalangan guru dan meningkatkan pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti. Di samping itu, objektif bengkel tersebut juga adalah untuk meningkatkan tahap kualiti pengurusan organisasi dalam kalangan guru berdasarkan SKPMg2 dan membina kerjasama erat dalam kalangan guru dan pentadbir mengurus aktiviti kokurikulum.

Seramai 4 orang penceramah dan fasililator iaitu Encik Norman bin Sani, Encik Salleh bin Ismail Kong, Encik Madzani @ Saidie Nusa dan Dr. Sainah Limbasan telah memberi ceramah dan memberi bimbangan kepada guru semasa penyediaan RPH bagi aktiviti perjumpaan Unit Beruniform. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bengkel adalah seperti ceramah, perbincangan kumpulan tentang penyediaan RPH perjumpaan Kokum dan sesi praktikal semasa perjumpaan Kokum.

TAHNIAH UNIT KOKURIKULUM SMK SANZAC!

Penceramah sedang memberi ceramah

Guru sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan

Penolong Kanan Pentadbiran sedang menjawab soalan penceramah

Cikgu Norismairwan mengemukakan soalan semasa sesi soal jawab

Fasilitator sedang memberi bimbingan semasa aktiviti kumpulan

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

 

Cikgu Norlyziah, Guru Hebat SMK SANZAC.

Cikgu Norlyziah telah terpilih untuk membentang kajian beliau yang bertajuk “The Application of IziiGrid in Facilitating Students Mastery of The Geographic Grid Among in Malaysian Secondary Education” di bawah anjuran Eurasia Research di Universiti Chatuchak Bangkok, Thailand pada 18 Mac yang lalu. Dalam pembentangan tersebut Cikgu Norlyziah telah membentangkan kajian tindakan beliau yang pernah dibentangkan di peringkat kebangsaan. Cikgu Norlyziah merupakan wakil dari Negeri Sabah sekaligus wakil untuk Negara Malaysia.

UCAPAN TAHNIAH KEPADA CIKGU NORLYZIAH ALI HUSSEIN YANG TELAH MEMBANGGAKAN SELURUH WARGA SMK SANZAC SERTA NEGERI SABAH!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Bengkel Kokurikulum bagi warga pendidik SMK SANZAC.

Bengkel Kokurikulum telah diadakan di Institut Aminuddin Baki cawangan Sabah pada 23 Februari 2019. Bengkel tersebut bermula pada 8.00 pagi dan tamat pada 2.00 petang.

Salah satu objektif bengkel tersebut adalah untuk meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab, intergriti dan kebolehlaksanaan program serta kesedaran keselamatan aktiviti kokurikulum dalam kalangan guru. Selain itu, objektif bengkel tersebut adalah untuk mengasah kemahiran mengurus organisasi dalam kalangan guru dan meningkatkan pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti. Di samping itu, objektif bengkel tersebut juga adalah untuk meningkatkan tahap kualiti pengurusan organisasi dalam kalangan guru berdasarkan SKPMg2 dan membina kerjasama erat dalam kalangan guru dan pentadbir mengurus aktiviti kokurikulum.

Seramai 4 orang penceramah dan fasililator iaitu Encik Norman bin Sani, Encik Salleh bin Ismail Kong, Encik Madzani @ Saidie Nusa dan Dr. Sainah Limbasan telah memberi ceramah dan memberi bimbangan kepada guru semasa penyediaan RPH bagi aktiviti perjumpaan Unit Beruniform. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bengkel adalah seperti ceramah, perbincangan kumpulan tentang penyediaan RPH perjumpaan Kokum dan sesi praktikal semasa perjumpaan Kokum.

TAHNIAH UNIT KOKURIKULUM SMK SANZAC!

Penceramah sedang memberi ceramah

Guru sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan

Penolong Kanan Pentadbiran sedang menjawab soalan penceramah

Cikgu Norismairwan mengemukakan soalan semasa sesi soal jawab

Fasilitator sedang memberi bimbingan semasa aktiviti kumpulan

Penyediaan RPH bagi aktiviti Kokurikulum

Sesi praktikal bagi RPH yang telah dirancang

Sesi praktikal memasang khemah

Penyampaian sijil penghargaan bagi penceramah bengkel

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2019

TARIKH: 9 MAC 2019 (SABTU)

MASA: 7.30 PAGI

TEMPAT: DEWAN SERI GEMILANG, SMK SANZAC

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Noraini binti Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK SANZAC.

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti luar. Selain itu, mesyuarat ini juga diadakan untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi menjana kemajuan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah secara holistik dari aspek akademik, sahsiah, disiplin dan kokurikulum dalam kalangan warga sekolah. Mesyuarat ini juga telah memberi ruang kepada pihak sekolah untuk mendedahkan kepada ibu bapa aktiviti-aktiviti bertemakan “Malaysia’s Kindest School” yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru, sesebuah sekolah itu tidak akan mencapai kejayaan. Jalinan hubungan yang terbentuk antara kedua-dua pihak ini diharapkan akan menjadi platform yang akan memangkinkan kejayaan dan kegemilangan SMK SANZAC pada tahun 2019.

Suasana yang dirakam semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK SANZAC 2019.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SANZAC Johan dan Naib Johan Kejohanan Boling Tenpin Peringkat MSS Negeri Sabah 2019

KEJOHANAN BOLING TENPIN PERINGKAT MSS NEGERI SABAH TAHUN 2019

Pada 05 hingga 07 Mac 2019 Kejohanan Boling Tenpin MSS peringkat negeri Sabah telah berlangsung di CPS Bowl, Center Point Kota Kinabalu.  Seramai dua orang atlit boling dari SMK SANZAC telah terpilih untuk mewakili Daerah Kota Kinabalu.

Bowlers SANZAC:

Nurul Amirah binti Amirul (3T)

Intan Qistina binti Tamring (4C)

Guru Pengiring :

Cikgu Sinorita Mait

Keputusan :

NAMA KATEGORI JUMLAH PURATA RANK
Nurul Amirah binti Amirul PB15 2149 179.08 2
Intan Qistina binti Tamring PB18 2331 194.25 1

Kedua-dua atlit terpilih untuk mewakili negeri Sabah ke Kejohanan Boling Tenpin peringkat MSSM.

Nurul Amirah binti Amirul : Kategori PB15 (Naib Johan)

Intan Qistina binti Tamring : Kategori PB18 (Johan)

TAHNIAH BOWLERS SANZAC! 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Pasukan SMK SANZAC telah menjadi Johan dan mendapat Anugerah Pemantun Terbaik pesta pantun PPD KK bagi tahun 2019

 

Pemantun SANZAC:

1.Noor Cheyam Azwaliza Bt MohdWali
2.Nur Fathi Ibtisam Bt Sofizul Anizam
3.Amisha Farhanah Bt Anwar
4. Sarah Adybah Bt Mohd Yaaqub
5. Hanie Yusairah Bt Nordin

Jurulatih : Cikgu Fauziah Hj. Moksin
Guru pengiring : Cikgu Merhalyn Ansawi

PELAPORAN PERTANDINGAN:

Pertandingan dipertandingkan secara “double knock out”.
Pasukan yang kalah di peringkat awal kedua akan tersingkir.

Pada 6 MAC 2019 (RABU)
Pasukan SMK. SANZAC :
Awal 1 : Menang vs SMK Pulau Gaya
Awal 2 : Menang vs SM. Lok Yuk
Suku Akhir : Menang vs SM. ST. Francis Convent
Separuh Akhir : Menang vs SMK. Tebobon

Pada 7 Mac 2019 ( KHAMIS)
9.45 pagi – Dewan Sekolah Agama Tun Ahmad Shah,
Acara Akhir dipertandingkan.

Peringkat Akhir:

Pasukan SMK. Agama Kota Kinabalu vs SMK. SANZAC

Tahniah kepada pasukan SMK. SANZAC kerana telah menjadi JOHAN pesta pantun PPD KK bagi tahun 2019.
Pemantun TERBAIK juga daripada SMK. SANZAC iaitu Nur Fathi Ibtisam Bt. Sofizul Anizam Yusuf.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pentadbir, warga SMK Agama Tun Ahmad Shah dan semua guru yang terlibat dalam penganjuran pesta pantun PPD KK 2019.

SMK SANZAC AKAN MARA KE PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI. TAHNIAH!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Iskandar atlit Octathlon SMK SANZAC berjaya meraih pingat GANGSA di Kejohanan Olahraga MSSD Kota Kinabalu

Kejohanan Olahraga MSSD Kota Kinabalu kali ke-51 Tahun 2019.

Pada 23 sehingga 28 Febuari 2019 yang lalu, acara Kejohanan Olahraga MSSD Kota Kinabalu kali ke-51 tahun 2019 telah dilangsungkan di Sekolah Sukan Malaysia dan di Stadium Likas. Iskandar Zulkarnain bin Ramlee, seorang pelajar SMK SANZAC dari Tingkatan 4 Teratai telah berjaya mendapat tempat ketiga (GANGSA) dalam acara Octathlon (lelaki terbuka).

TAHNIAH ISKANDAR ZULKARNAIN! MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

7 Pelajar SANZAC Cemerlang dalam peperiksaan STPM Penggal 1 sesi 2018-2019

Tarikh : 4 Mac 2019
Masa : 7.30 am
Tempat : Dewan Sri Gemilang SMK SANZAC

Seramai tujuh orang pelajar Tingkatan 6 SMK SANZAC telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM Penggal 1 sesi 2018/2019. Saudara Mohd Haziq bin Zamani merupakan pelajar terbaik keseluruhan. Beliau memperoleh 3A&1B+ dengan PNGK 3.90. Tuan Pengetua Dr. Shirley Tay Siew Hong, menerusi ucapan beliau telah merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar tersebut sambil mengingatkan semua pelajar supaya sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan mencatat keputusan yang cemerlang bagi melayakkan diri melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Beliau turut berkenan menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada para pelajar tersebut. Hadiah tersebut telah disumbangkan oleh Kelab Keusahawanan Tingkatan 6 SMK SANZAC di bawah kelolaan Encik Mohd Noorsham dan Pn Vivien Liew.

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA WARGA PRA-U SMK SANZAC!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Program Penutupan Borneo Art Newcomers (BANCO) 2019.

Tarikh : 25 – 27 Februari 2019
Masa : 9.00 – 4.00 pm
Tempat :  Dewan serbaguna UCSF dan Bilik Kuliah UCSF.

Cikgu Mushariani bt Ismail telah mengiring 10 orang pelajar daripada tingkatan 1, 2,  4 dan 5  untuk menyertai Program Penutupan BANCO anjuran UCSF, Kota Kinabalu Sabah.

Program ini berlangsung selama 4 hari dan menyediakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang seni visual.

Berikut merupakan program yang diadakan sepanjang 4 hari:

Hari Pertama:
9.00 – 12.00 : ‘Art Talk’ bersama Pn. Jeniffer P. Linggi, Pn. Christianne Goonting dan En. Jerome Manjat.
2.00 – 4.00 : Bengkel Batik Botanikal

Hari Kedua:
9.00-12.00: Bengkel Upcycling bersama En. Japson Wong
2.00- 4.00: Pertandingan ‘Creative Recycling competition’

Hari Ketiga:
9.00 – 12.00: Pertandingan ‘ Doodle Art’
2.00-4.00: Pertandingan mewarna Batik Kit.

Hari keempat:
9.00-12.00: Majlis penutupan.

Pelajar SMK SANZAC telah menyertai ketiga tiga jenis pertandingan yang berlangsung selama 3 hari dan berikut adalah keputusan bagi pertandingan pertandingan itu:

1. Pertandingan “Creative Re-cycling”
JOHAN: UCSF
NAIB JOHAN: SMK SANZAC
TEMPAT KETIGA: UCSF

2. Pertandingan “Doodle Art”
JOHAN: SMK BONGAWAN 2
NAIB JOHAN: SMK SANZAC
TEMPAT KETIGA: SMK TANSAU

3. Pertandingan mewarna Batik Kit
JOHAN: SMK SANZAC
NAIB JOHAN: UCSF
TEMPAT KETIGA: SMK SANZAC

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar SMK SANZAC yang telah berjaya membawa kejayaan pulang ke SMK SANZAC.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kota Kinabalu Tahun 2019.

Tarikh : 27 Februari 2019
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : SMK Inanam.
Guru pengiring : Encik Rizuan Pulah
Peserta : NUR AISYAH BINTI JALALEMPING (Tingkatan 4B)

Sebanyak 16 sekolah telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PPD Kota Kinabalu dan setiap sekolah hanya diwakili oleh seorang peserta sama ada daripada tingkatan 4 ataupun 5.
Peserta kita telah menyampaikan pidato umum yang bertajuk “Perpaduan Asas Kemakmuran Negara” dan diikuti dengan pidato spontan bertajuk “Sukarelawan Berhati Mulia”.

Keputusan pertandingan :

Johan : SEKOLAH MENENGAH AGAMA KK
Naib Johan : SMK SANZAC
Ketiga : SMK PEREMPUAN LIKAS

Diharapkan kejayaan ini akan membakar semangat pemidato SANZAC untuk lebih menyerlah pada masa akan datang.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

INTERACT CLUB SMK SANZAC TELAH MEMBANGGAKAN NAMA SEKOLAH DI SURIA SABAH.

Pada 23 Febuari 2019 yang lalu, seramai 46 pelajar dalam pasukan Interact Club SMK SANZAC yang telah dibimbing oleh Puan Nowenna Willie dan Puan Emma Francisca Luis telah mengharumkan nama sekolah di Suria Sabah Shopping Mall dalam satu program yang dikenali ramai iaitu International Understanding Bazaar Day. Pasukan Interact Club SMK SANZAC mengikuti program ini buat julung kalinya.

Program International Understanding (IU) Bazaar Day ini adalah satu program belia di bawah Rotary International, menekankan tentang kefahaman antarabangsa. Terdapat 10 sekolah di Sabah yang telah mengambil bahagian dalam acara ini. Salah sebuah sekolah ialah SMK SANZAC. Kami menyelidik dan mengkaji sejarah, latar belakang, budaya dan makanan di negara yang dipilih iaitu Negara Mesir, “Egypt”. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan kefahaman antarabangsa di kalangan pelajar dan belia. Setiap sekolah mempamerkan hiasan tapak pameran, maklumat, pelbagai makanan dan tarian budaya negara pilihan mereka.

Pertandingan yang disertai oleh pasukan Interact Club SMK SANZAC adalah Pertandingan Tapak Pameran, Pertandingan Informasi, Pertandingan Busana Negara Mesir, Pertandingan Makanan dan Pertandingan Tarian Kebudayaan Mesir.

Berikut merupakan keputusan yang telah dimenangi oleh pasukan Interact Club SMK SANZAC yang pertama kali mengikuti pertandingan-pertandingan dalam program tahunan ini.

NAIB JOHAN – TAPAK PAMERAN TERBAIK

KETIGA – INFORMASI TERBAIK

KETIGA – BUSANA NEGARA TERBAIK

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN INTERACT CLUB SMK SANZAC!

SYABAS!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PASUKAN KADET BOMBA SMK SANZAC PULANG DENGAN 3 KEJAYAAN.

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Balai Kota Kinabalu
Tarikh : 18 Febuari 2019
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Balai Bomba Sembulan Kota Kinabalu Sabah

Guru pembimbing:
1. En. Irwan Hashimi Mat Nor
2. Pn. Noorhayati Mohd Ghazali
3. Pn. Mazlia Martin

SMK SANZAC telah menghantar seramai 35 orang murid ke pertandingan tersebut. Sebanyak 9 sekolah telah menghantar pasukan masing- masing bagi menyertai pertandingan ini.

Terdapat 3 acara yang dipertandingkan iaitu:
1) Kawad kaki campuran
2) Ikatan dan Simpulan 
3) Kawad Hos ( Kering) 

Pasukan Kadet Bomba SMK SANZAC telah mendapat tempat ketiga bagi semua acara yang telah dipertandingkan. 

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN KADET BOMBA SMK SANZAC KOTA KINABALU.

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC NAIB JOHAN 15TKB, KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT MSSD KOTA KINABALU 2019

 

Tarikh : 18-19 Februari 2019

Hari : Isnin – Selasa

Tempat : Borneo Sports Arena, Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah

Guru Jurulatih dan Pembimbing:

Pn. Sofiah Che Saad dan Pn. Azmahiyah Ab. Rahman

Alumni :
Nurfarahin Arwandi
Nur Irnie Amirah M. Amir
Nur Syakirah Nabilah Ahmad Roshni

SMK SANZAC telah menghantar dua pasukan bola jaring bagi kategori bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Kedua-dua pasukan ini melibatkan seramai 22 orang murid. Pasukan bawah 15 tahun ke bawah telah mara ke peringkat akhir dan berjaya merangkul gelaran Naib Johan di daerah Kota Kinabalu. Manakala pasukan bawah 18 tahun ke bawah hanya berjaya memasuki peringkat suku akhir. 

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLA JARING SMK SANZAC KOTA KINABALU.

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

KARNIVAL STREAM Together SMK SANZAC

Pada perhimpunan pagi ini bertarikh 18 Febuari 2019, satu pengenalan ringkas bagi aktiviti-aktiviti Karnival STREAM (Science Technology Reading Engineering Arts Mathematics) Together bersama pelajar dan guru- guru telah dijalankan selepas Pelancaran Program Jom ke Sekolah di tapak perhimpunan.

Warga SMK SANZAC sama-sama menjayakan Karnival STREAM ini.

#standtogether #streamtogether

Tahniah team STREAM, Bidang Sains dan Matematik SMK SANZAC atas penganjuran karnival ini.

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Pelancaran Program Jom ke Sekolah dan Perutusan dari PDRM kepada pelajar-pelajar SMK SANZAC.

18 Febuari 2019 adalah satu tarikh bersejarah di mana SMK SANZAC menerima kunjungan dari PDRM. Program Jom ke sekolah merupakan program kerjasama diantara KPM (Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti) Bukit Aman. Program ini diwujudkan untuk menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM. Usaha KPM dan PDRM ini berteras dengan slogan yang dimenangi oleh SMK SANZAC iaitu

“Malaysia’s Kindest School.”

Dengan adanya usaha demikian, warga SMK SANZAC akan lebih berdisiplin, beretika dan saling hormat- menghormati antara satu sama lain.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Majlis Pelancaran

#standtogether 2019

Tarikh/Hari/Masa: 30 Jan 2019( Rabu ), 4.00 petang

Penganjur: Star Media Group

Tempat : Setia International Centre, KL Eco City

Mohammad Ikhwan Saiful sekali lagi mewakili SABAH dan SMK SANZAC. Di hadapan lebih kurang 6000 hadirin, Ikhwan bercakap tentang pengalaman berkaitan gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah. Ikhwan adalah jurucakap utama dalam majlis tersebut dan telah bercakap tentang usaha-usaha atau program Kindness School di SMK SANZAC sehingga membawa kepada perubahan yang sangat ketara dalam isu-isu buli di sekolah.

Antara yang disebutkan dalam ucapan Ikhwan adalah:
1. Program kindness SMK SANZAC
2. Program Plogging
3. Aktiviti bersama komuniti setempat dan lain-lain.

TAHNIAH IKHWAN! TAHNIAH SMK SANZAC!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

International Conference on Research in Teaching, Education and Learning

2nd ICRTEL 2019 – International Conference on Research in Teaching, Education and Learning

Tarikh : 5 – 6 Feb 2019
Tempat : KU Home, Kasetsart University, Chatuchak, Bangkok, Thailand.
Guru : Pn. Norlyziah binti Ali Hussein

Cikgu Norlyziah telah terpilih untuk membentang kajian beliau yang bertajuk “The Application of IziiGrid in Facilitating Students Mastery of The Geographic Grid Among in Malaysian Secondary Education” di bawah anjuran Eurasia Research. Dalam pembentangan tersebut Cikgu Norlyziah telah membentangkan kajian tindakan beliau yang pernah dibentangkan di peringkat kebangsaan. Cikgu Norlyziah merupakan wakil dari Negeri Sabah sekaligus wakil untuk Negara Malaysia. Pembentang-pembentang lain terdiri daripada beberapa buah Negara seperti Jepun, Taiwan, Kuwait, Thailand, Filipina, Kanada, Israel, India Turki, Tehran, Ethiopia, United Kingdom, Iran, Jerman, Oman, Bangladesh, China, Vietnam & Pakistan.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN

SMK SANZAC TAHUN 2019

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya SMK SANZAC telah dilaksanakan dengan jayanya pada 28 Januari 2019.

Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya  merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan telah diadakan untuk menyuntuk semangat mereka untuk berkhidmat dengan telus untuk sekolah sekaligus mengiktiraf mereka.

Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas oleh semua pemimpin pelajar dapat melatih mereka menjadi pemimpin yang hebat dan bertanggungjawab. Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

BADAN PENGAWAS SEKOLAH SMK SANZAC

JUMLAH PENGAWAS TERLIBAT KETIKA MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN :

89 orang pengawas

GURU PENGAWAS:

PN. SOFIAH CHE SAAD

PN. NUURUL ATIYYAH ABDUL RAZAK

PN. NAZARINA MOHD NOOR

PN. NOORAIDAH ABDUL GHANI

UNIT PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

JUMLAH PENGAWAS TERLIBAT KETIKA WATIKAH PERLANTIKAN :

17 PENGAWAS

GURU PUSAT SUMBER:

CIK SINORITA MAIT

PN NUR SYAFIQAH SANDRA ABDULLAH

PN ELVISIA BINSON

UNIT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

JUMLAH PRS:

82 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

GURU PRS:

CIK ASNIMAH ASLIE

PN NURUL HUSNA BAHARUDDIN

EN HERMAN BAHAR

PN ROZITA ROSLI

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

STUDENT EXCHANGE PROGRAM

Nama : Mohamad Nizar Mustaqeem Bin Mazlan

Peringkat: Antarabangsa

Tarikh: 14 Januari hingga pertengahan Jun 2019. (6 Bulan)

Pengelola : AFS (ANTARABUDAYA MALAYSIA)

Program : KENNEDY – LUGAR YOUTH EXCHANGED & STUDY (KL-YES)

Tempat:

Marlette Jr/Sr High School

3051 Moore St Marlette, MI 48453-1300

Unites States of America

Tahniah diucapkan kepada adik Nizar Mustaqeem, anak jati SABAH dari SMK SANZAC kerana terpilih dan berjaya untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke Amerika Syarikat selama 6 bulan. Semoga peluang yang diberikan kepada Nizar ini dapat memberikan suntikan semangat kepada anak-anak pelajar SMK SANZAC yang lain.

TAHNIAH NIZAR!

   

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PERKONGSIAN HEBAT DARIPADA SEORANG GURU CEMERLANG SMK SANZAC

Jemputan Perkongsian Amalan Penghasilan Kerja Inovasi Dalam Sesi Penghakiman Pusingan Kedua bagi Pertandingan Anugerah Guru Inovatif (AGI) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019.

Tarikh : 28 Januari 2019
Masa : 8.40 – 9.40am
Tempat : Bilik Seminar 2, Aras 3, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Guru : Pn. Norlyziah binti Ali Hussein

Cikgu Norlyziah, guru cemerlang SMK SANZAC telah berkongsi pengalaman dalam menghasilkan inovasi dari aspek proses penghasilan inovasi, penulisan laporan inovasi & pembentangan inovasi semasa penilaian peringkat negeri & kebangsaan. Ini kerana Cikgu Norlyziah merupakan ketua kumpulan guru inovatif dalam Pertandingan Anugerah Guru Inovatif. Kumpulan Cikgu Norlyziah sebelum ini telah berjaya mendapat Johan Anugerah Guru Inovatif Berkumpulan di peringkat Negeri pada Tahun 2017 & 2018 serta Naib Johan Peringkat Kebangsaan pada Tahun 2017 & 2018.

TAHNIAH CIKGU NORLYZIAH! 

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

GURU-GURU INOVATIF SMK SANZAC 2019

Pembentangan Anugerah Inovatif Guru (pusingan 2)

Tarikh pembentangan:  28 & 29 Januari 2019

Tempat: Wisma Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Peringkat: Negeri

SMK SANZAC adalah sebuah sekolah yang terkenal dengan produk inovasi akademik. Pada tahun ini juga, SMK SANZAC merupakan satu-satunya sekolah yang mempunyai 2 penyertaan yang terpilih untuk penilaian pusingan kedua bagi Anugerah Guru Inovatif.

Produk inovasi yang dipertandingan ialah:
“KIPAS KRONOLOGI” bagi kategori individu. Usaha kreatif Cikgu Suzanah Jumat, seorang guru Tingkatan 6 dari SMK SANZAC.

Kipas kronologi adalah inovasi berkaitan BBM (guru) dan BBB (pelajar) .Keunikannya kipas ini adalah ia dapat menyusun atur peristiwa besejarah tanahair secara berkronologi dari tahun 1400 sehingga tahun 1963. Diharapkan agar inovasi ini dapat menarik minat, motivasi dan meningkatkan kemahiran pelajar menyusun atur peristiwa bersejarah secara tertib. -Suzanah Jumat

“APT – Ruler” bagi Kategori Kumpulan. Produk ini adalah hasil usaha kreatif 3 orang guru bernama

Cikgu Lim Yi Wei, Surin Jalaludin dan Kuit Vui Ket.

APT Ruler merupakan alat yang membantu murid untuk meningkatkan kebolehan dan potensi diri dalam menyelesaikan soalan Integer yang abstrak. APT Ruler atau “aku pun tahu” bukan sahaja untuk matapelajaran matematik malahan untuk matapelajaran lain seperi RBT, Sains, geografi, GKT dan Rekabentuk. APT Ruler mempunyai fungsi 5 dalam 1 iaitu mengira integer, membina dan mengukur sudut, melukis bulatan, membina garis serenjang dan mempunyai panjang 30cm.

TAHNIAH GURU-GURU INOVATIF SMK SANZAC.

MOGA DUA KUMPULAN GURU-GURU INI DAPAT MELANGKAH KE PERINGKAT KEBANGSAAN. 

SYABAS!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

TEMASYA SUKAN SEKOLAH SMK SANZAC KE-47

Pada hari Rabu, 16 Januari 2019 hingga Khamis 17 Januari 2019 yang lepas, SMK SANZAC Kota Kinabalu telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-47 di Stadium Kompleks Sukan Penampang dengan jayanya. Hampir semua pelajar SMK SANZAC telah hadir untuk menjayakan temasya sukan tahun ini. Majlis bermula dengan perhimpunan pagi dan juga aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh pasukan SZC Dance-robic di bawah bimbingan Puan Nowenna Willie. Pelajar yang mengambil bahagian dalam acara sukan itu telah melapor diri. Terdapat 11 acara sukan yang dipertandingkan. Antaranya ialah merejam lembing, lempar cakera, lompat jauh dan sebagainya.

    Raptai bagi acara lintas hormat perbarisan juga telah dijalankan pada hari pertama temasya sukan. Majlis bersurai pada pukul 1.30 tengahari. Acara sukan tahunan SMK SANZAC telah disambung pada hari kedua iaitu pada 17 Januari 2019. Dimulakan dengan acara senamrobik dan seterusnya mempertandingkan 8 lagi acara sukan bagi peringkat akhir iaitu 800 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera, merejam lembing, 200 meter, 400 meter, 4 x 400 meter dan 4 x 100 meter yang telah dimulakan selepas peserta melapor diri pada pagi tersebut.

Acara ibu bapa dan guru telah memeriahkan majlis dan sebelum berlangsungnya acara lintas hormat perbarisan, pasukan lompat tali sekolah di bawah bimbingan Puan Fauziah Haji Moksin telah mempersembahkan persembahan mereka di depan khalayak diikuti dengan pertandingan perbarisan.

Majlis penutupan perasmian dimulakan dengan ucapan perasmian penutup, acara penyampaian hadiah dan upacara menurunkan bendera temasya. Selepas itu, upacara penyerahan bendera  dan penyampaian cenderamata kepada perasmi. Akhir sekali, pada jam 2 petang, semua pelajar dan guru-guru bersurai.

Gambar Sepanjang Hari Temasya Sukan SMK SANZAC

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SUKANTARA SMK SANZAC 2019

Tarikh: 8 Januari 2019 (SELASA)

Tempat: PADANG SEKOLAH DAN DEWAN TERBUKA

Penganjur: UNIT KOKURIKULUM SMK SANZAC

Peringkat: Sekolah

Acara sukantara SMK SANZAC bermula awal pada tahun ini bagi memudahkan guru-guru untuk memilih atlit bagi Sukan Tahunan pada tahun ini. Sukantara bagi sidang pagi bermula pada pukul 6.50 pagi hingga 12.30 tengah hari, manakala acara sukantara bagi sidang petang berlangsung pada pukul 1.30 hingga 5.00 petang. Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh SZC Dance-robic Team di dewan terbuka. Kemudian, murid-murid bergerak mengikut rumah sukan masing-masing ke tempat acara diadakan. Aktiviti “Jaringan Bola Jaring” diadakan di dewan terbuka, manakala empat acara lain berlangsung di padang sekolah iaitu “Sepak Penalti”, “Servis Bola Tampar”, “Lompat Tinggi” dan “Lontar Peluru”.

Keputusan kutipan markah terkumpul setiap rumah sukan diumumkan di akhir acara oleh AJK Statistik.

Tempat pertama diungguli oleh Rumah Temenggung.

Berikut merupakan keputusan rasmi Acara Sukantara SMK SANZAC 2019 :

Tempat Pertama : Rumah Temenggung (574 mata)
Tempat Kedua : Rumah Bendahara (558 mata)
Tempat Ketiga : Rumah Raja (557 mata)
Tempat Keempat : Rumah Laksamana (554 mata)
Tempat Kelima : Rumah Syahbandar (498 mata)

Secara keseluruhan, Acara Sukantara SMK SANZAC berjalan lancar dan mendapat sambutan dan kerjasama yang amat baik dan menggalakkan dari semua guru dan murid.

Unit Kokurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan Sukantara 2019.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

DUTA BAIK HATI SMK SANZAC, SABAH, MALAYSIA.

Pada 1 Disember 2018, seorang pelajar SMK SANZAC telah terpilih mewakili Malaysia, Sabah dan juga SMK SANZAC untuk ke program African Youth Development Summit anjuran AFRICA, JCI, APRM, Global Citizen & UNICEF. South Africa, Brazil, USA, Egypt, Malaysia, Jamaica, dan South Africa adalah merupakan Negara yang terlibat.

Pada hari ini, hari pertama persekolahan, beliau telah berkongsi pengalaman serta memberikan motivasi kepada warga SMK SANZAC pada perhimpunan pagi ini.

Berikut merupakan ringkasan daripada perkongsian beliau pada pagi ini.

“At the end of November, I travelled 10,000 km to Johannesburg South Africa to attend ‘The African Youth Development Summit’. It was the biggest trip of my life and i was nervous at first as I was also afraid that my English was not good enough and no one would be able to understand me but i realized that it was all in my head. Everyone was so friendly and so excited to be at the summit to share their experiences. Oh well, I shared about Kindness as our school is MALAYSIA’S KINDNESS SCHOOL. We were United in our goal which is to make the world a better place for the future generations. Let’s end violence!” – Mohd Saiful Ikhwan.

Tahniah DUTA BAIK HATI SMK SANZAC, SABAH, MALAYSIA.

 

 

 

Adik Danish, 13 tahun, SMK SANZAC – Juara Tuanku Bainun Youth Changemakers Awards 2018

Empat kategori ditampilkan, yang terdiri daripada kategori 6 hingga 12 (Individu), 13 hingga 15 tahun (individu), 6 hingga 18 tahun (Projek Berkumpulan),dan kategori baru ‘Young Changemakers Advocate’ yang dibuka kepada umur 18 tahun keatas.

Majlis itu turut menyaksikan Muhammad Danish Agunawan, 13, dari SMK SANZAC Sabah menjuarai kategori 13 hingga 15 tahun individu, selepas berjaya menyuarakan pendiriannya yang tegas lagi lantang menentang penggunaan bahan plastik.

Penyampaian Anugerah berbentuk trofi, dan replika cek RM2,000 kepada adik Muhammad Danish Agunawan.

TAHNIAH DANISH! TAHNIAH SANZAC!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC MEMBAWA NAMA BAIK SABAH DAN MALAYSIA DI PERSADA ANTARABANGSA

Pada 15 Oktober 2018, pasukan SMK SANZAC telah membentangkan idea proposal mereka di pentas Finalist 2nd Youth Creation Nutrition Competition, South East Asian Ministers of Education Organisation, Regional Centre for Food and Nutrition di hadapan panel hakim pertandingan di Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.

Pada 16 Oktober 2018, pada Hari Penganugerahan, Pasukan SMK SANZAC (Anis Syakirah, Muhammad Aiman dan Halimaatussaadiah) yang telah dibimbing oleh Cikgu Nowenna Willie D. Tamsin telah memenangi Anugerah “Most Favourite Idea”  bagi pertandingan ini. Mereka akan membawa pulang Piala kemenangan, sijil dan wang tunai 250USD.

TAHNIAH SMK SANZAC! SABAHAN BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

DUA PASUKAN SMK SANZAC WAKIL MALAYSIA – SEAMEO RECFON 2ND YOUTH CREATION COMPETITION

 
Dua pasukan daripada SMK SANZAC di bawah bimbingan guru mentor Pn. Nowenna Willie D. Tamsin telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir pertandingan 2nd Youth Creation Competition, South East Asean Ministers of Education, RECFON.

Berikut merupakan nama-nama Pelajar yang mewakili Malaysia:

Pasukan: A journey to Longevity1) Ira Zayreena bt Dusin

2) Nurul Syafiqah bt Abu Bakar

3) Nurleesah Tasha bt Ramlee

Pasukan: A plate of life

1) Anis Syahirah Binti Md. Safri

2) Muhammad Aiman Bin Jamaludin

3) Halimaatusaadiah binti Awang Herman

SEAMEO RECFON adalah Pusat Pelajaran Makanan dan Pemakanan di Asia Tenggara.
Generasi muda terkenal dengan bakat dan kreativiti mereka. Menangkap peluang ini, SEAMEO RECFON menganjurkan Pertandingan “2nd YOUTH CREATION” sebagai media untuk generasi muda untuk menyumbang kepada keadaan pemakanan yang lebih baik dalam komuniti atau suasana sekolah melalui idea inovatif dan kreatif mereka. Tahun ini, persaingan menyerlahkan “Accelerate Zero Hunger” sebagai Tujuan Pembangunan Mampan (SDG) ke-2.

Matlamat pertandingan ini adalah untuk meningkatkan peranan komuniti sekolah dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) 2030 mengenai Zero Hunger untuk menyediakan forum untuk idea dan kreativiti di kalangan komuniti sekolah, termasuk pelajar dan guru, secara aktif memainkan peranan dalam penyebaran maklumat makanan dan nutrisi melalui pembangunan produk atau aktiviti untuk generasi akan datang yang lebih baik.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA 2 PASUKAN SMK SANZAC YANG MEWAKILI MALAYSIA DAN DIHARAPKAN AGAR SMK SANZAC MARA TERUS KE PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN INI.
 
 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

 

PASUKAN YOUNG INNOVATE CHALLENGE, STATE LEVEL COMPETITION

4 pasukan YIC Arduino SMK SANZAC telah dibimbing oleh En. Kuit Vui Ket, Pn. Nowenna Willie D. Tamsin, Pn. Nursastrie Sriyunie Nuruslan dan Pn. Emma Francisca Luis. Pertandingan ini adalah pertandingan peringkat negeri Sabah dan pertandingan ini telah berlangsung pada 18 Ogos 2018 di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Sabah.

Berikut merupakan nama projek yang telah dihasilkan menggunakan Arduino oleh 4 pasukan SMK SANZAC.

1) Th3rd

2) Pet feeder

3) Eyes and ears

4) Quality Food Detector

Satu pasukan telah memenangi Anugerah Perak iaitu kumpulan Th3rd. Th3rd merupakan sebuah alat sensor yang diletakkan di tepi lori trailer panjang untuk mengesan kereta atau motorsikal di kawasan “Blindspot”.

Tahniah kepada semua pasukan Arduino SMK SANZAC.

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Pertandingan Inovasi dan Kreativiti & Pesta “Upcycling Projects” SMK SANZAC

Tarikh : 30 Ogos 2018

Hari     : Khamis

Masa   : 7.00 pagi hingga 12.30 petang

Guru yang terlibat: Dr. Shirley Tay Siew Hong, Hjh. Noraini binti Abdullah, Awang Daramat bin Awang Mattiasin, Sapri Bin Lakim, Sofizul Anizam bin Yusof, Ong Ai Chin, Lim Yi Wei, Surin Jalaluddin, Noorihan Saigan, Samantha Easther Faurillo, Nowenna Willie D. Tamsin, Quek Lee Sin, Irwan Hasyimi B. Md. Nor, Abd. Wahab Ibrahim, Booy Sylvester, Joseph Runggas, Lee Su Tat, Suzana Md. Zain, Sylvia Edwin Boklin, Anisah Ali, Wong Leh Ing , Nazarina Md. Noor, Mitchelle Perera, Natassya Lau, Noor Iediana binti Ahmad, Roziah binti Rusdin, Lorina Ingging, Edia Anak Donald, Emma Francisca Luis, Ustaz Hafiz Datuk Hamzah, Nur Syafiqah Sandra Abdullah, Alfian Bin Dualin, Suzanah Jumat, Kamsiah binti Durin, Vivien Liew

Sebanyak 62 produk inovasi telah menyertai Pertandingan Inovasi dan Kreativiti dan Pesta ”Upcycling Projects” pada tahun ini. Salah satu ciri keistimewaan inovasi-inovasi yang dipertandingkan adalah semua produk yang dihasilkan berasaskan bahan kitar semula seperti botol plastik.

Seramai 10 orang hakim daripada pelbagai agensi telah dijemput khas untuk menilai setiap produk inovasi yang dihasilkan oleh peserta-peserta pertandingan. 10 orang Hakim ini terdiri daripada Tuan Azmy Hj. Ahmad (Ketua Hakim) , Tuan Hj. Janis bin Abdullah, Cik Cynthia C. James, En. Iskandar bin Ahmad, Dr. Syahruddin Hj. Ag. Ahmad, Dr. Khoo Chwee Hoon, Tuan Noor Salleh bin Tamanong, KOL. (PA) Dr. Mohamad Nizam Bin Nazarudin, Puan Ong Ai Chin dan Encik Kuit Vui Ket.

Produk inovasi ditempatkan di empat bilik yang berbeza dan dua orang hakim bertanggungjawab menilai dan mengadili produk yang ditempatkan di setiap bilik semasa sesi Penilaian Fasa 1. Ketua Hakim bersama Tuan Hj. Janis bin Abdullah, Yang Dipertua PIBG, SMK SANZAC pula berpeluang untuk melihat semua produk inovasi yang dipamerkan.

Sebanyak 16 produk yang dipertandingkan layak menerima anugerah iaitu satu penerima anugerah Platinum, tiga penerima anugerah Emas, tiga penerima anugerah Perak, tiga penerima anugerah Gangsa dan enam penerima Saguhati.

Lagu tema Hari Kebangsaan 2018 “Kita Punya Malaysia” dendangan Puan Nowenna Willie D. Tamsin mengakhiri Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah sempena Pertandingan Inovasi dan Kreativiti & Pesta “Upcycling Projects” 2018.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

DIGI YOUTH TALK 2018

Pada 8 Ogos 2018, cikgu Lim Yi Wei bersama dengan dua orang pelajar iaitu adik Nursalwani (5B) dan adik Nizar Mustaqeem (5B) telah dijemput ke Youth Talk #ENDviolence in school: Safe to Learn yang berlangsung di Digi Head Quarters, Shah Alam.

Program ini merupakan salah satu inisiatif #StandTogether bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan murid supaya membuat kebaikan di pelbagai lapisan masyarakat dan juga sebagai salah satu usaha dan sokongan KPM-UNICEF Malaysia memastikan persekitaran yang selamat di sekolah.

Program ini menyediakan platform bagi murid dan para belia berbincang dan bertukar pendapat mengenai isu buli yang semakin meningkat dan tindakan yang positif yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah dan masyarakat.

Perbincangan Youth Talk ini dihadiri oleh beberapa panel jemputan khas iaitu, Yang Berhormat,  Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen), Yang Berhormat, P. Prabakaran (Ahli Parlimen), Choi Si Won (UNICEF Special Representative dari Republik Korea) dan Lisa Surihani (UNICEF Office Malaysia Ambassador).

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

 

SMK SANZAC JUARA KESELURUHAN PINGAT EMAS PERTANDINGAN

“PROJECT BASED LEARNING”

2018

Tarikh: 01 & 02 Ogos 2018

Tempat: SM Lok Yuk, Kota Kinabalu

Penganjur: SM Lok Yuk dan Pejabat Pendidikan Daerah

Peringkat: Daerah

Pencapaian: 4 Emas, 4 Perak dan 2 Gangsa

Bidang: Kurikulum

Peserta SMK SANZAC: 64

Nur Azima Binti Bidin; Mohd. Aliff Iman Bin Zakaria; Lisa Binti Ismail; Nursyazwani Binti Sabdani; Nur Zainab Binti Julniealam; Farah Nazurah Binti Mohd Adie; Murni Alia Binti Norismairwan; Anis Syahirah M.Safri; Siti Aima Binti Binsali; Azua Azzarina Binti Adnan ; Nur Syafiqah Najwa Binti Rosmaidi; Ella Elia Binti Basah; Muhammad Hasbi Bin Hassim; Nur Suhaila Binti Haji Azid; Merleana; Nur Erina Hazwanie Farahain Binti Azhar; Mohd Nurnizam Noordin; Siti Syafiqah Ahmad; Norsimah Razik; Alzimar Bin Ali; Athirah Mohd Zambri; Ahmad Akid Bin Mohammad Nazri; Halimaatussaadiah Binti Awang Herman; Aimi Khairunneisa Binti Mohd Zamani; Nur Sarhanisah Binti Mohd Salman; Muhammad Aiman Bin Jamaludin; Esther Vincent; Ferninah Kodi; Casey Akin; Muaikahh Binti Serang; Suanah; Mohd. Al’azim Bin Alfian; Mohamad Nizar Mustaqeem Bin Mazlan; Ag. Shahairel Bin Ag. Sulaiman; Siti Alia Maisara Binti Shahrulnizam; Hanisah Batrisyia Binti Durahman @ Ramlee; Mohamad Adeil Bin Usly; Muhammad Danial Aiman Bin Sinin; Nazim Alfie Bin Rosdy; Noor Ameera Binti Yusof; Nur Ain Awg Rosli; Mohd Jazry Bin Mohd Jayreh; Mohd Amil Khusairi Bin Abdul Ghani; Daniel Brandon Keong; Siti Aisyah Bt. Alam Shah; Romuald Nivel; Mohd Hariez Hakeem Bin Mohd Yasin; Shahrul Izzat Bin Siamat; Nor Nadia Shakira Binti Salehuddin ; Ahmad Al-Azdi Bin Ahmad Saidul ; Nur Aein Binti Ramli; Mohd Nurriezman Bin Gador; Norbayah Binti Amir Saba

Guru Pengiring: Dr. Shirley Tay Siew Hong, Hajah Noraini binti Abdullah, Ong Ai Chin, Norlyziah binti Ali Hussien, Suzanah Jumat, Nowenna Willie D. Tamsin, Quek Lee Sin, Mitchelle Perera,  Kuit Vui Ket, Lim Yi Wei

Pada 1 & 2 hb ogos, 10 pasukan dari sekolah kita telah menyertai pertandingan dan pameran project based learning peringkat daerah kota kinabalu yang dianjurkan oleh SM Lok Yuk dan PPD KK. Daripada 50 pasukan yang dipertandingkan, sekolah kita telah memenangi 4 emas, 4 perak dan 2 gangsa.

Anugerah Emas Kategori Umum dengan Projek Based Learning ‘Caring Hearts…Cleaner Society’

Anugerah Emas Kategori Subjek dengan Projek Based Learning ‘Magic Rope’

Anugerah Emas Kategori Subjek dengan Projek Based Learning ‘Garis Masa Kemerdekaan Negaraku’

Anugerah Perak Kategori Subjek dengan Projek Based Learning ‘Barkan Curiosity’

Anugerah Perak Kategori Subjek dengan Projek Based Learning ‘Dual Temp Bottle’

Anugerah Perak Kategori Subjek dengan Projek Based Learning ‘Beat the Heat’

Anugerah Perak Kategori Subjek dengan Projek Based Learning ‘Handy Man’

Anugerah Gangsa Kategori Subjek dengan Projek Based Learning ‘For A Better Tomorrow: Q-Vase’

Anugerah Gangsa Kategori Subjek dengan Projek Based Learning ‘Poseidon 2.0’

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

 

 

SMK SANZAC dianugerahkan “2nd Global Sustainable School Awards”

UNESCO dan Project Education menganugerahkan 2nd Global Sustainable School Awards pada 28 Jun 2018.

Daripada 48 pencalonan sekolah di seluruh dunia, SMK SANZAC telah dianugerahkan Sustainable Development Goal 12 Responsible Consumption and Production. Anugerah ini telah disampaikan oleh John Georgakopoulos, Kementerian Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Greece.

Untuk menggalakkan United Nations Sustainable Development Goal 12 Responsible Consumption and Production, sekolah kami mempunyai jaringan dan perkongsian pintar dengan sektor korporat dan komuniti melalui pelbagai aktiviti untuk mengurangkan penjanaan sisa melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan penggunaan semula.

Tahniah SMK SANZAC di atas penganugerahan ini.

Kenangan bersama Profesor Emeritus Dato ‘Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Encik John Georgakopoulos (Greece), Dr. DakshayiniKanna (India) dan Cik Sita Shankar (India).

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

 

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK SANZAC MENGANJURKAN CERAMAH NUZUL AL-QURAN, IFTAR JAMAIE DAN KHATAM AL-QURAN

CERAMAH NUZUL AL-QURAN

Tarikh: 6 Jun 2018

Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK SANZAC

Penganjur: Panitia Pendidikan Islam

Peringkat: Sekolah

Guru terlibat:

Pn. Siti Aliah Ismail
Pn. Fatmawati Mohd Sahari
Cik Azmahiyah Ab Rahman
En. Haji Hafiz bin Datuk Hamzah al-Hafiz
Cik Noorihan Saigan
Pn. Nuurul Atiyyah Abdul Razak
En. Mohd Termezi Ibrahim

Ceramah Nuzul al-Quran diadakan sempena program Ihya Ramadan. Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Samin Ongki, Pengarah YADIM zon Sabah bertajuk Al-Quran pembentuk sahsiah unggul Pelajar. Tn Haji Samin Ongki juga telah merasmikan SUMUR modul Mutadayyin.

“Peserta memperoleh ilmu tentang kepentingan membaca dan mendalami maksud al-Quran untuk diamalkan dalam kehidupan semasa, pendedahan tentang masalah sosial dalam kalangan pelajar dan peranan ilmu dalam kehidupan.”

 

 

IFTAR JAMAIE DAN

KHATAM AL-QURAN

Tarikh: 6 Jun 2018

Tempat: Dewan Seri Gemilang, SMK SANZAC

Penganjur: Panitia Pendidikan Islam

Peringkat: Sekolah

Program merupakan kemuncak aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan ini ialah Tadarus al-Quran, tazkirah, ‘We Love Sunnah’ iaitu amalan solat-solat sunnah seperti solat sunat Dhuha, taubat, tarawih dan hajat, “World Quran Hour”, penyerahan zakat, khatam Al-Quran, sumbangan moreh serta sedekah ‘10 sen Menuju ke Syurga’. Program ini melibatkan semua pelajar , guru dan staf SMK SANZAC dengan kerjasama PIBG dan Persatuan Alumni SMK SANZAC.

Majlis Iftar Jamaie dan Khatam Al-Quran telah dirasmikan oleh Tn Haji Janis bin Abdullah, YDP PIBG SMK SANZAC. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan Dr. Shirley Tay Siew Hong, Pengetua SMK SANZAC. Majlis dirasmikan oleh Tn Haji Janis bin Abdullah, YDP PIBG SMK SANZAC. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta Tadarus Al-Quran, peserta Khatam Al-Quran dan penerima bantuan dari Tabung 10 sen Menuju ke Syurga. Selepas itu, sesi tazkirah, solat Maghrib dan jamuan berbuka puasa diadakan di Dewan Seri Gemilang. . Majlis diakhiri dengan solat Isyak beserta solat sunat Tarawih secara berjemaah.

“Semua pelajar, guru dan staf SMK SANZAC dapat beribadah bersama-sama dan menghayati bulan Ramadhan melalui aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.”

TAHNIAH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMK SANZAC!

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Ziarah Ramadan Panitia Pendidikan Islam SMK SANZAC

Ramadan Kareem 2018

Tarikh: 8 Jun 2018

Tempat: Sembulan dan Kepayan

Penganjur: Panitia Pendidikan Islam

Peringkat: Daerah

Guru terlibat: Semua guru Panitia Pendidikan Islam.

Pelajar – pelajar yang diziarahi:

1) Nur Alya Izani Haizam (2A)
2) Nurul Amirah Md Zain (3T)
3) Siri Nordiana A.Hamid (5A)
4) Mohd Dharil Iwan (4R)
5) Astarina Jamlin (5C)
6) Steve Dose Angal (3B)
7) Nirlie Laciud (4B)
8) Noranatiah Syazliana Natasha Yazied (4K)

Program Ziarah Ramadan merupakan salah satu program Ihya Ramadan anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Kebajikan (HEM). Guru dari Panitia Pendidikan Islam dan Unit Kebajikan telah menziarahi 8 buah rumah keluarga pelajar miskin sekitar Sembulan dan Kepayan. Tujuan program ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, melihat dan menyelami kehidupan pelajar serta memberi sumbangan ikhlas kepada mereka.

Mengeratkan hubungan dua hala antara sekolah dengan keluarga pelajar, melihat secara dekat kehidupan pelajar dan memberi sumbangan barangan makanan sempena sambutan aidilfitri.”

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC NAIB JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN ~ANUGERAH GURU INOVATIF KATEGORI KUMPULAN~

Tarikh: 15 Mei 2018

Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Penganjur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Peringkat: Kebangsaan

Guru Inovatif:

1) Norlyziah binti Ali Hussein
2) Marynah binti Perisin
3) Julizah binti Norimin

Inovasi BBM Iziigrid sangat membantu murid Tingkatan 3 dan 4 mempelajari Sub Tajuk Rujukan Grid 6 Angka iaitu dalam tajuk Kedudukan bagi mata pelajaran Geografi.

“PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI INI SANGAT PENTING KERANA IA MEMBERIKAN PELUANG KEPADA SEMUA GURU UNTUK TERUS BERINOVASI DALAM PDPC DI SAMPING MEMBERI PENGHARGAAN KE ATAS USAHA GURU-GURU.” Pn. Norlyziah (Ketua Bidang Kemanusiaan SMK SANZAC)

Tahniah Guru-Guru Inovatif SMK SANZAC kerana sekali lagi membanggakan nama sekolah serta Negeri Sabah bagi peringkat Kebangsaan.

Plague Kebangsaan.

Guru-guru Inovatif SMK SANZAC


Bersama Barisan Penerima Anugerah.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SMK SANZAC JOHAN

PERINGKAT NEGERI SABAH

ANUGERAH GURU INOVATIF

Tarikh: 17 April 2018

Tempat: Dewan Masyarakat Ranau

Penganjur: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Peringkat: Negeri

Guru Inovatif:

1) Norlyziah binti Ali Hussein
2) Marynah binti Perisin
3) Julizah binti Norimin

Inovasi BBM Iziigrid sangat membantu murid Tingkatan 3 dan 4 mempelajari Sub Tajuk Rujukan Grid 6 Angka iaitu dalam tajuk Kedudukan bagi mata pelajaran Geografi.

Pertandingan ini sangat bermanfaat dan memberikan galakan kepada semua guru untuk terus berinovasi dalam PdPc serta dapat memberikan pengiktirafan kepada guru-guru yang telah berusaha gigih.

Tahniah Guru-Guru Inovatif SMK SANZAC yang membanggakan nama sekolah serta Negeri Sabah.

Majlis Disempurnakan oleh YB Dato Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun.

Guru-Guru Inovatif SMK SANZAC

Bersama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Tuan Hj. Umin

Plague Negeri

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SANZAC JUARA KESELURUHAN – SABAH INVENTION & DESIGN EXHIBITION (SINDEX)

Tarikh: 19 MEI 2018

Tempat: Wisma Wanita

Penganjur: ROTARY CLUB

Peringkat: Negeri

 
 
Tuah SANZAC bukan sahaja dalam memenangi peringkat Zon 1 malahan peringkat keseluruhan di negeri Sabah. SANZAC berjaya membawa pulang “Chief Minister’s Trophy” dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM7000, 4 telefon pintar Huawei, setiap satunya bernilai RM3000 seunit dan 4 telefon pintar Xiaomi setiap satunya bernilai RM1000 seunit.

Pertandingan ini membuka peluang dan ruang kepada pelajar untuk mengetengahkan produk Inovasi hasil ciptaan pelajar. Selain itu, ia dapat membina kreativiti dan keyakinan kepada murid dari segi penghasilan produk berkualiti yang memberi impak kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya dalam mereka yang aktif dalam bidang sukan dan pekerja binaan serta para petani.

YAB Wilfred Madius Tangau berkata, “Saya inginkan anak-anak muda Sabah untuk berkecimpung di dalam bidang inovasi serta menjadi insan kreatif dalam menaikkan STEM untuk mengharumkan nama SABAH.”

Tahniah SMK SANZAC!

SEHATI SEJIWA MEMACU JAYA!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

UNICEF BORNEO MARATHON – SANZAC STAND TOGETHER

Tarikh: 06 MEI 2018

Tempat: Stadium Likas, Kota Kinabalu

Penganjur: UNICEF BORNEO MARATHON

Peringkat: Antarabangsa

Guru Pengiring: Dr. Shirley Tay Siew Hong (Pengetua Cemerlang JUSA C), Hajah Noraini binti Abdullah (Penolong Kanan Pentadbiran), Sapri bin Lakim (Penolong Kanan Ko-Kurikulum), Asnimah binti Aslie, Siti Aliah binti Ismail, Kuit Vui Ket dan Lim Yi Wei.

60 peserta daripada SMK SANZAC telah menyertai Marathon Run ini. Tema UNICEF Borneo Marathon pada tahun ini ialah StandTogether. Seramai 10,000 peserta menyatakan sokongan dengan menyertai larian UNICEF Borneo Marathon sempena kempen #StandTogether. Objektif kempen #StandTogether ini adalah menyeru masyarakat untuk bersama-sama menyatakan sokongan kepada mangsa buli bahawa mereka tidak keseorangan, seterusnya menolak perilaku pembuli.

Memandangkan SMK SANZAC telah dinobatkan sebagai ‘Sekolah Paling Baik Hati di Malaysia’ pada tahun ini, para guru dan para pelajar sekolah kita telah dijemput untuk menyertai UNICEF larian sejauh tiga kilometer bersama dengan kanak-kanak yang kurang upaya. Sepanjang larian, pelajar kita digalakkan untuk menemani dan memberi sokongan kepada peserta kanak-kanak yang kurang upaya, sekaligus menjadi simbolik kepada usaha untuk sentiasa berbaik hati. Selain itu, pelajar kita juga dijemput untuk membentangkan aktiviti-aktiviti baik hati yang telah dijalankan sepanjang minggu baik hati.

Tahniah SMK SANZAC.

“The Kindest School in Malaysia!”

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SANZAC OPEN – SABAH’S RUBIK CUBE COMPETITION HOSTED BY SMK SANZAC

PERTANDINGAN RUBIK CUBE PERINGKAT NEGERI SABAH

 

Tarikh: 5 MEI 2018

Tempat: Dewan Terbuka SMK SANZAC

Penganjur: Panitia Bahasa Inggeris SMK SANZAC

Peringkat: Negeri Sabah

AJK Pertandingan: Guru-guru Bahasa Inggeris, murid dan bekas lepasan SPM yang membantu sebagai Time Keeper and Scrambler

SMK SANZAC sekali lagi telah menjayakan Pertandingan Rubik Cube peringkat Negeri Sabah pada tahun ini. Pertandingan ini telah mendapat banyak sambutan daripada sekolah-sekolah dan organisasi di seluruh Sabah.

Antara sekolah dan organisasi bukan sekolah yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini adalah:

SMK SANZAC, SMK Bahang, SMK Tebobon, SMK Agama KK, SM Tsung Shin, SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Putatan, SMK Tansau, SMK Pitas, SMK Tandek Kota Marudu, SMK Majakir Papar, SM La Salle, SM Maktab Sabah, SMK TUNAS, SK St Anthony Penampang, SK St Joseph Penampang, SK Mutiara Pelajar Universiti Malaysia Sabah dan seorang bukan pelajar sekolah.

Jumlah peserta pada tahun ini adalah seramai 58 orang. Manakala peserta yang paling muda untuk pertandingan pada tahun ini berumur 8 tahun daripada SK St. Joseph Penampang.

Kategori yang dipertandingkan pada tahun ini adalah kategori 2X2, 3X3, 4×4, Pyraminx dan One Handed.

Berikut merupakan pemenang bagi setiap kategori:

Kategori One Handed
Yii Ming Siang – SM Lok Yuk
Vessen Li Vui Cheng – SM Tsung Shin
Darren Luke Lai – SMK Datuk Peter Mojuntin

Kategori 3X3
Ezekiel Kent – SM Lok Yuk
Yii Ming Siang – SM Lok Yuk
Vessen Li Vui Cheng – SM Tsung Shin

Kategori Pyraminx
Muhd Hamizan – SMK Putatan
Arizkhan Amin Kadda
Ezekiel – SM Lok Yuk

Kategori 2X2
Reyvin Ramos – SM Lok Yuk
Yii Ming Siang – SM Lok Yuk
Muhammad Wafiy Mohd Khairul Faizi – SM Agama KK

Kategori 4X4
Yap Zhan Hui -SM Tsung Shin
Tsen Tet Chung  – UMS
Ammar Mahathir  – SMK SANZAC

Tahniah kepada semua pemenang dan juga kepada SMK SANZAC kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya.

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SABAH MALAYSIAN SELECTION FINALS – APTJSO7

ASEAN PLUS THREE JUNIOR SCIENCE ODDYSEY

Tarikh :

14 Mei 2018

Tempat :

Biotech Research Institute, Universiti Malaysia Sabah

Anjuran :

MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation)

Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) telah menganjurkan pertandingan cabaran sains APT JSO Malaysia- Level Science Camp pada 14 Mei 2018 secara serentak di Pusat Sains Negara (zon Semenanjung Malaysia), Universiti Malaysia Sabah (zon Sabah) dan Universiti Malaysia Sarawak (zon Sarawak) bagi pemilihan pasukan kebangsaan yang akan mewakili Malaysia ke Program APT JSO-7 pada 29 Julai hingga 4 Ogos 2018.

MOSTI juga merakamkan ucapan tahniah kepada SMK SANZAC atas kejayaan dua pasukan pelajar dari sekolah yang telah berjaya melangkah ke Peringkat Kebangsaan. SMK SANZAC merupakan sebuah sekolah yang mempunyai dua pasukan yang berjaya mendapat Top Three Best Videos di SABAH bagi pusingan pertama dalam pertandingan ini.

TEAM A TEAM B
NOWENNA WILLIE D. TAMSIN(GURU MENTOR) SAMANTHA EASTHER FAURILLO(GURU MENTOR)
ABDUL QAYYUM ILHAM BIN ZULIZRUL SYAKIRAH ZAWANEE BINTI RAMLEE
ZALYA IRDINA BINTI MOHD JAYREH SITI NURALISSYA IMAN BINTI SHARUL NIZAM
NUR AFISYA BINTI ARIF JULIA HASNA BINTI IDRIS

Sokongan serta semangat dan usaha yang telah dipamerkan oleh pelajar-pelajar sekolah dan guru mentor adalah amat membanggakan. Ia merupakan indikasi positif terhadap usaha seta inisiatif MOSTI bagi menyemarakkan lagi minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Tahniah SMK SANZAC kerana dapat mengharumkan nama Sabah serta membanggakan rakyat SABAH.

“SAINS DAN INOVASI PEMACU TRANSFORMASI”

GAMBAR FINALIST SABAH YANG TERDIRI DARIPADA PELAJAR SMK SANZAC, SEKOLAH SAINS KOTA KINABALU
DAN SEKOLAH SAINS LAHAD DATU.

TEAM A – SMK SANZAC

TEAM B – SMK SANZAC

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Bengkel Modul PdPc STEM , Kemahiran Abad ke-21 Kelas Tanpa Sempadan

Tarikh :

27 April 2018

Tempat :

Bilik Gerakan Utama SMK SANZAC, Kota Kinabalu

Bengkel Modul PDPC Stem ini telah dianjurkan oleh SMK SANZAC. Dalam bengkel ini, Encik Zainuddin Zakaria, penceramah jemputan telah membuat perkongsian tentang modul-modul (atau projek) PdPc STEM berkemahiran abad ke 21 yang bersifat kelas tanpa sempadan yang diusahakan oleh beliau. Antaranya ialah ‘Kodu Games in Classroom” dan “Skype in the classroom”.

Beliau telah menekankan bahawa pelajar mesti dididik supaya mahir belajar sendiri dengan memiliki kemahiran-kemahiran pembelajaran abad ke 21 iaitu “Collaboration, Knowledge Construction, Self regulation, Real world problem solving and innovation, Use of ICT for learning, and Skillful communication”

Encik Zainuddin Zakaria juga telah memperkenalkan satu modul PdPc melalui penggunaan Microsoft One Note. Ini bersifat satu platform bagi guru-guru untuk memuatnaikkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan boleh diakses oleh pelajar pada bila-bila masa. Perkongsian bahan-bahan pembelajaran daripada semua pengguna (pelajar) juga dapat dilakukan melalui platform ini.

Guru-guru telah mempelajari satu kemahiran membina modul PdPc STEM melalui Microsoft One Note  dan boleh dipraktikkan untuk mempelbagaikan proses PdPc bersama pelajar di sekolah.

Guru-guru sedang berbengkel menggunakan Microsoft One Note.

Guru-guru yang mencukupi bengkel.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

LAWATAN ANZAC BEGWA DARI PERTH AUSTRALIA KE SMK SANZAC

PELAWAT ANZAC DARIPADA BEGWA (KUMPULAN PAMERAN BORNEO) PERTH, WESTERN AUSTRALIA

Setiap tahun, pelawat ANZAC akan datang melawat tapak warisan ANZAC yang ada di SMK SANZAC.

Pada 28 April 2018, 16 pelawat Anzac dari Australia yang telah diwakili oleh Encik Ryan Rowland telah hadir ke SMK SANZAC untuk melawat tugu dan juga “Gallery ANZAC” yang ada di SMK SANZAC. Kehadiran mereka dialu-alukan oleh Pentadbir, Guru-Guru Tingkatan enam, Guru-Guru Bahasa Inggeris dan Pelajar Tingkatan enam SMK SANZAC.

Berikut merupakan aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari lawatan tersebut:

Sesi fotografi di hadapan Monumen ANZAC.

Pengunjung ANZAC disambut oleh guru dan pelajar dengan lambaian bendera Malaysia, Sabah dan Australia. Encik Sofizul Anizam Yusof (Penolong Kanan Tingkatan Enam), Encik Awang Deramat Bin Awang Mattiassin (Penolong Kanan HEM), Encik Sapri Lakim (Penolong Kanan Ko-Kurikulum), Encik Jalalemping (Timbalan Pengerusi PIBG SANZAC) dan Madam Mariani (AJK ANZAC), guru-guru dan pelajar Tingkatan 6 yang hadir.

Sesi suai kenal dengan pelawat ANZAC telah dijalankan di Teratak Seri Perak.

Pelawat ANZAC melawat Galeri ANZAC dan dijemput untuk menulis mesej ringkas untuk dipaparkan di papan buletin ANZAC.

Semua pelawat juga telah menerima buletin terkini sekolah sebagai momento.

Pasukan ‘STAND TOGETHER’,  adik Salwani dan Saiful Ikhwan telah mempersembahkan satu persembahan

tentang SMK SANZAC yang telah memenangi anugerah “The Kindest School in Malaysia”.

Perlawanan Petanque antara Pelawat ANZAC dan Pelajar SANZAC dianjurkan oleh pelajar Tingkatan 6.

Gambar-gambar di atas menunjukkan pelawat Australia yang ringkas mengenai peraturan permainan.

Pasukan Petangue (Wanita)

Pasukan Petangue (Lelaki)

Encik Sofizul Anizam Yusof memberi ucapan dan mengucapkan terima kasih kepada pengunjung ANZAC

kerana kehadiran mereka yang ke SMK SANZAC. Beliau juga menyampaikan satu memento kepada Encik Ryan Rowland.

Encik Ryan Rowland memberi cenderahati kepada SMK SANZAC iaitu buku sejarah Sandakan semasa Perang Dunia II (1942-1945) dan “ANZAC BISCUITS” yang dibungkus dalam bekas khas untuk menyambut ulang tahun ke-100 semua warga Australia yang telah berkhidmat dan meninggal dunia dalam peperangan dan perkhidmatan operasi di Sabah.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

 

Kem Kepimpinan 2018 SMK SANZAC

KEM KEPIMPINAN ‘TEAM BUILDING’ PEMIMPIN MURID

SMK SANZAC, 2018

Tarikh :

20 – 22 April 2018

(3 hari 2 malam)

Tempat :

SMK SANZAC, Kota Kinabalu

Anjuran bersama:

Unit Hal Ehwal Murid & Unit Kokurikulum

Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum telah menganjurkan kem kepimpinan yang bertujuan untuk mengukuhkan ciri-ciri kepimpinan sedia ada dalam kalangan pemimpin murid. Kolaborasi diwujudkan antara pemimpin murid yang terdiri daripada unit dan organisasi yang berbeza untuk mewujudkan satu pasukan pemimpin murid yang berkredibiliti dan berketrampilan.

Penglibatan seramai 153 orang peserta yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua-ketua kelas dan Pengerusi GERKO A, B dan C. 

Tahniah kepada semua peserta dan AJK Kem Kepimpinan 2018!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

LAWATAN AMAL KE RUMAH ANAK YATIM & ASNAF AL SAKINAH

Tarikh: 17 Mac 2018

Tempat: Rumah Anak Yatim & Asnaf Al Sakinah, Kinarut, Papar

Penganjur: Jabatan MUET Pra-U Tingkatan 6

Peringkat: Sekolah

Nama Guru Pembimbing: Sofizul Anizam Bin Yusof (Penolong Kanan Pra Universiti SMK SANZAC), Elizabeth Lee Foo Eng (Ketua Guru PISPA SMK SANZAC), Yamin Ediris, Mohd Hisyam Abdullah, Mohd Noorsham Abd Halim, Fatmah Sidek dan Norsyaifiza Bte Mohd Said.

Warga Tingkatan Enam bergerak ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah di Papar untuk menjalankan tugas-tugas amal seperti membersihkan tingkap, menyapu dan mop lantai, membersihkan longkang, mengutip sampah serta daun-daun kering di sekeliling kawasan Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah.

Warga Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah sangat gembira menerima kehadiran dan bersyukur ke atas segala usaha yang dilakukan oleh  warga Tingkatan Enam SMK SANZAC.

JIKA KITA MAMPU BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA, KITA TAK AKAN RISAU DENGAN APA YANG BUKAN MILIK KITA – WARNA PAGI IKIM FM

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SMK SANZAC KALI KE-46

Pada hari Rabu, 11 April 2018 hingga 12 April 2018 yang lepas, SMK SANZAC Kota Kinabalu telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-46 di Stadium Kompleks Sukan Penampang dengan jayanya. Hampir semua pelajar SMK SANZAC telah hadir untuk menjayakan temasya sukan tahun ini. Majlis bermula dengan perhimpunan pagi dan senamrobik. Pelajar yang mengambil bahagian dalam acara sukan itu telah melapor diri untuk acara padang dan balapan. Raptai perbarisan juga telah berlangsung selepas acara padang dan balapan.

Pada hari kedua, acara dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya acara balapan dan padang. Acara diteruskan dengan perbarisan lintas hormat, persembahan Karate-Do dan Silat Gayung Fatani. Temasya sukan diakhiri dengan acara penyampaian hadiah.

Gambar Sepanjang Hari Temasya Sukan SMK Sanzac

Hari pertama: Rabu (11 April 2018)

SENAMROBIK YANG DIKENDALIKAN OLEH CIKGU NOWENNA

PELAJAR -PELAJAR SEDANG BERSENAMROBIK

ACARA PADANG DAN BALAPAN

RAPTAI PERBARISAN SEKOLAH

ACARA PADANG DAN BALAPAN PADA HARI KEDUA

ACARA PENUTUPAN PERBARISAN

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Pertandingan Sketsa Bahasa Inggeris pra-U SMK SANZAC

Tarikh: 14 April 2018

Tempat: Dewan Tertutup SMK SANZAC

Penganjur: Jabatan MUET Pra-U Tingkatan 6

Peringkat: Sekolah

Bidang: Akademik

Nama Guru Pembimbing: Pn. Elizabeth Lee Foo Eng dan Pn. Norsyaifiza bt Mohamed Said

Hakim jemputan: Pn. Nowenna Willie D. Tamsin dan Pn. Rosalind Gima

Pelajar Tingkatan 6 mempersembahkan persembahan sketsa dalam Bahasa Inggeris selama 15 minit bagi setiap kumpulan pada 14 April (Sabtu) yang lalu. Pertandingan ini diadakan di Dewan Tertutup SMK SANZAC. Sketsa adalah sebahagian daripada projek tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan MUET pra-U SMK SANZAC. Pelajar-pelajar ini berusaha keras bukan sahaja untuk menghasilkan prop yang sangat baik tetapi juga persembahan yang menghiburkan oleh pelbagai watak yang dimainkan oleh mereka.

Berikut merupakan pemenang-pemenang pertandingan Drama Sketsa Tingkatan 6:

Tempat Pertama: Friendship & Cooperation

Tempat Kedua: Driving On The Road

Tempat Ketiga: Cinderella 2018

Pelakon Lelaki Terbaik : MUHAMMAD AFFRIZAL BIN NGALIJAN

Pelakon Perempuan Terbaik : CHRISTINE PAUL GINTUU

Skrip Terbaik : DRIVING ON THE ROAD

Props Terbaik: FRIENDSHIP & COOPERATION

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

“MALAYSIA’S KINDEST SCHOOL”

#StandTogether – SMK SANZAC JUARA KEBANGSAAN

Tarikh: 15 April 2018

Tempat: Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam

Penganjur: R.AGE Star Media Group bersama UNICEF dan SP SETIA

Peringkat: Kebangsaan

Bidang: Pengurusan

Nama Guru Pembimbing: Dr. Shirley Tay Siew Hong, Noraini binti Abdullah, Awang Daramat bin Awang Mattiasin,Kamal bin Buyong, Ong Ai Chin, Lim Yi Wei, Surin binti Jalaluddin, Kuit Vui Ket, Katriani binti Maijohn, Azmahiyah binti Ab. Rahman, Suzanah Jumat, Liew Kim Sin, Mushariani binti Ismail, Asnimah binti Aslie, Siti Salbiah binti Jainal, Quek Lee Sin, Nowenna Wille D. Tamsin, Nurul Husna Baharuddin, Siti Aliah binti Ismail, Mohd. Noor Sham bin Abdul Halim, Pavindran A/L Krishnan, Mark Chester, Joseph bin Runggas, Ernie Marina Joe Juakim , Muhd. Hisyam Micheal Abdullah, Yamin bin Ediris, Noor Faidzah binti Sulaiman

Pembentang : Nursalwani binti Sabdani dan Muhammad Saiful Ikhwan Musa

Nama-nama pelajar yang terlibat:

Muhammad Affrizal Ngalijan  (Ketua Murid), Muhammad Saiful Ikhwan Musa (Penolong Ketua Murid), Nursalwani binti Sabdani, Siti Alia Maisara Binti Sharulnizam, Izzah Dania Jasrie, Iman Alyia Exora Suhaini, Siti Nur Hanisah binti Omar, Steve Jose, Amir Ahmad Afiq, Mohd Afiq Iskandar, Nurul Iffat binti Abdullah. Sarah Adybah binti Muhd. Yaaqub, Nur Fathi Ibtisam binti Sofizul Anizam, Nur Hafizah binti Piasim, Dayangku Zazza Siti Hamrianie bt. Hamdan, Eshajeet Gill, Ahmad Daniel bin Divid @Daud, Ahmad Al-Azdi bin Ahmad Saidul, Muhd. Affeil Azzohairrye bin Mohd. Azizan, Mohd. Al Muhaimin bin Jhon, Imran bin Rasid, Mohd. Aliff Iman bin Zakaria @ Yunus, Muhd. Kyril Haiqal bin Aerwan, Mohamad Nizar Mustaqeem bin Mazlan, Khuabib bin Matning, Sharif Anwar Abdul Manap, Siri Nordiana A. Hamid, Dania binti Jeddy, Muaikahh binti Muhamad Serang, Dk. Nur Nilam Sari binti Pg. Mohd. Noor, Nurul Amirah Nadirah Bt. Sulaiman, Sharifah Nur Attasyah Bt. Mohd. Zaiddien, Athirah Mohd Zambri, Norsyafiqah Bt. Shamsuddin  , Dg. Rusyidatussoleha Bt. Salleh, Siti Raiziela Mobin, Nur Solehahtul Ellyzah Bt. Mohd. Salleh, Elsey Marlyna Marcus, Christine Paul

Kempen #STANDTOGETHER bertujuan untuk menangani isu buli di sekolah dan memupuk sikap baik hati di sekolah.

Bersempena National Kindness Week pada 2-6 April, kumpulan R.AGE Star Media bersama UNICEF dan SP Setia telah menganjurkan Pertandingan #standtogether. Sebanyak 120 buah sekolah dari seluruh Malaysia telah menghantar cadangan idea-idea mereka berkenaan aktiviti atau acara lain yang dilaksanakan di sekolah mereka sepanjang minggu tersebut. Sepuluh sekolah dengan cadangan terbaik telah dipilih untuk membentangkan projek baik hati mereka semasa Karnival #StandTogether. SMK SANZAC telah dinobatkan sebagai ‘Malaysia’s Kindest School’ dengan projek yang dinamakan “Inspire Kindness”.

TAHNIAH SMK SANZAC KERANA BERJAYA MENJADI JUARA KEBANGSAAN!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SMK SANZAC

Tarikh:5 April 2018

Tempat: DEWAN SERI GEMILANG  SMK SANZAC

Majlis berlangsung mengikut tentatif yang telah dirancang. Para tetamu tiba pada waktu yang telah ditetapkan. Pihak sekolah telah memastikan semua unit berfungsi dengan lancar dan perjalanan majlis berlangsung dengan penuh gemilang. Semua pihak telah memberikan kerjasama yang baik dan padu dalam memastikan kelancaran dan kejayaan majlis Anugerah Kecemerlangan pada tahun ini. Upacara perasmian telah disempurnakanoleh Setiausaha Politik, Dr. Kibin bin Hj Samad.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan ialah;

  1. Penyampaian Anugerah bagi Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun 2017.

  2. Penyampaian Anugerah bagi Pencapaian Peperiksaan/Pentaksiran Awam.

  3. Penyampaian Anugerah bagi Kecemerlangan Hal Ehwal Murid 2017.

  4. Penyampaian Anugerah bagi Kecemerlangan Kokurikulum tahun 2017.

  5. Penyampaian Anugerah Kategori Bukan Murid.

  6. Penyampaian Anugerah Utama Kecemerlangan tahun 2017.

  7. Penyampaian Anugerah Murid Mithali tahun 2017.

  8. Penyampaian Anugerah Guru Mithali tahun 2017.

  9. Persembahan oleh pelajar-pelajar SMK SANZAC.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC  telah berjalan dengan baik dan lancar hasil dari kerjasama semua pihak. Diharapkan agar majlis ini menjadi pendorong kepada pelajar agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua penerima Anugerah!

KETIBAAN PERASMI

PENDAFTARAN & KETIBAAN


PENYAMPAIAN ANUGERAH

UCAPAN DAN GIMIK


PERSEMBAHAN

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

FAMELAB

Tarikh: 31 Mac 2018

Tempat: Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), Technology Park Malaysia, Bukit Jalil

Penganjur: MIGHT

Peringkat: Kebangsaan

Pencapaian: Penyertaan

Bidang: AKADEMIK/SOKONGAN AKADEMIK

Peserta: Cikgu Kuit Vui Ket

FameLab adalah pertandingan komunikasi sains terbesar dunia anjuran British Council, yang mensyaratkan peserta menggunakan masa tiga minit sahaja untuk bersyarah tentang satu konsep saintifik yang mengambil kira aspek kandungan, kejelasan dan karisma atau 3C (Content, Clarity, Charisma). Topik perkongsian Cikgu Kuit ialah “Fighting Depression”. Beliau telah mendapat bimbingan daripada Dr Shirley Tay Siew Hong, Pengetua Cemerlang JUSA C SMK SANZAC, Puan Elizabeth Foo dan Puan Syaifiza yang merupakan guru Pra-U untuk mata pelajaran MUET.

Peluang menyertai pertandingan ini memberikan pengalaman kepada guru untuk berkomunikasi tentang pengetahuan sains kepada khalayak ramai sekaligus memberi inspirasi kepada murid sekolah untuk mencabar diri sendiri untuk berkeyakinan dalam apa jua situasi.

TAHNIAH CIKGU KUIT KERANA MEWAKILI SMK SANZAC!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

#StandTogether – SMK SANZAC Top Ten Peringkat Kebangsaan Mewakili SABAH

Tarikh: Bermula sejak 2 April 2018

Tempat: SMK SANZAC

Penganjur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Peringkat: Kebangsaan

Bidang: Pengurusan

Nama Guru Pembimbing: Dr. Shirley Tay Siew Hong, Awang Daramat b. Awang Mattiasin, Surin binti Jalaluddin, Katriani binti Majohn, Mushariani bt. Ismail, Siti Salbiah bt. Jainal, Suzanah bt. Jumat, Lim Yi Wei, Liew Kim Sin, Azmahiyah bt. Ad. Rahman, Kamal b. Buyong, Siti Aliah bt. Ismail, Pavindran A/L Krishnan, Kuit Vui Ket

Program #StandTogether mewujudkan budaya sikap baik hati dan saling memahami di kalangan pelajar, guru, kakitangan dan juga komuniti di luar sekolah. 

Program ini bernama Program #StandTogether sempena minggu BaikHati peringkat kebangsaan. Duta selebriti kempen #StandTogether yang bernama Ann Osman bersama wakil pihak R.AGE, the Star, dan 100% project telah melawati sekolah kita pada hari tersebut kerana proposal pertandingan #StandTogether sekolah kita telah terpilih sebagai top 10 yang terbaik seluruh Malaysia. Mereka turut melawati aktiviti-aktiviti cadangan idea pelajar yang tersenarai dalam proposal pertandingan #Standtogether seperti Mural #StandTogether, Speakers’ Corner, Act it Out dan solat berjemaah.

TAHNIAH SMK SANZAC KERANA BERJAYA MEMASUKI PERINGKAT AKHIR!

TOP TEN KEBANGSAAN MEWAKILI SABAH!

Memperkenalkan cabaran kebaikan kepada pelajar.



Atlit MMA Ann Osman dan pengasas bersama Andrew Yong muncul di perhimpunan sekolah kami.

Murid sekolah menjalankan aktiviti “Plogging”di kawasan Taman Sempelang.

Sekumpulan murid bercakap tentang kebaikan untuk mengelakkan buli di sudut “Speaker’s Corner” semasa rehat di kantin sekolah.

Pelajar dan Guru bekerjasama untuk menghasilkan mural sekolah tentang berdiri bersama-sama menentang buli. Slogan utama kami adalah “Be a Buddy, not a Bully”.

Nota tentang amalan kebaikan kepada pelajar dan guru.

Poster amalan kebaikan.

Guru makan bersama pelajar di kantin sekolah.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Tarikh: 28 Mac 2018

Tempat: SMKA TUN AHMAD SHAH

Penganjur: PPDKK

Peringkat: DAERAH

Bidang: AKADEMIK/SOKONGAN AKADEMIK

Nama Guru Pembimbing: En. Rizuan bin Mohd. Pulah


SITI ALIA MAISARA BINTI SHARULNIZAM telah mewakili sekolah bagi pertandingan ini.

Pertandingan PIDATO BM peringkat daerah Kota Kinabalu telah disertai oleh 9 orang peserta sahaja dari daerah Kota Kinabalu. Pertandingan ini telah diadakan di SMKA TUN AHMAD SHAH. Pada jam 8 pagi pendaftaran peserta dan perntandingan bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 12 tengahari. Pada jam 12.30, majlis penutupan dan penyampaian hadiah yang telah dirasmikan oleh Pengetua SMKA TUN AHMAD SHAH.

 
Pertandingan ini berjaya membuka mata dan melatih murid untuk bercakap di depan khalayak ramai serta mengasa kemahiran murid berfikir secara kritis dan kreatif. 

TAHNIAH SITI ALIA MAISARA KERANA MEWAKILI SMK SANZAC!

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SYABAS! SMK SANZAC LAYAK KE MSS SABAH BAGI KATEGORI BOLING TENPIN PEREMPUAN 15TKB.

KEJOHANAN BOLING TENPIN TERBUKA PERINGKAT MSS BAHAGIAN BARAT

Tarikh: 27- 29 Mac 2018

Tempat: CPS BOWL, KOTA KINABALU

Penganjur: PPD dengan kerjasama SM Maktab Sabah

Peringkat: BAHAGIAN

Bidang: SUKAN & PERMAINAN

Nama Guru Pembimbing: Cik Sinorita Mait dan Pn Nowenna Willie D. Tamsin


Pelajar-pelajar yang mewakili sekolah bagi pertandingan ini adalah:

Nurul Amirah Bt Amirul
Nurul Asyiqin Bt Hamimi
Intan Qistina Bt Tamring
Siti Nursyafiqah Najwa Bt Matzin
Muhammad Ariq B. Ahmed
Muhammad Ammar Fikri B. Hamimi

Seramai 6 orang peserta telah menyertai Kejohanan Boling Tenpin Terbuka peringkat MSS Bahagian Barat.

Dua orang peserta bagi kategori Perempuan Bawah 15 tahun telah berjaya melayakkan diri ke peringkat MSS Sabah.

Kategori Perempuan Bawah 15 tahun :

Intan Qistina Bt Tamring (Johan) & Nurul Amirah Bt Amirul (Ketiga)

Pertandingan ini telah dilaksanakan bertujuan untuk memilih atlet ke peringkat MSS Sabah 2018 (wakil Bahagian Barat)

KEPUTUSAN KEJOHANAN BOLING TENPIN
PERINGKAT MSSB BARAT 2018

KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN

RANK NAMA SEKOLAH
1  INTAN QISTINA BINTI TAMRING SMK SANZAC
 2 CARA LOH WAI THENG  SMK ST FRANCIS CONVENT(M)
 3 NURUL AMIRAH BINTI AMIRUL SMK SANZAC

TAHNIAH PASUKAN BOLING TENPIN SMK SANZAC!

KATEGORI PEREMPUAN 15TKB

KATEGORI PEREMPUAN 18TKB


KATEGORI LELAKI 18TKB

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Sambutan Hari Polis Ke-211

Tarikh: 25 Mac 2018

Tempat: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu

Penganjur: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu

Peringkat: DAERAH

Bidang: Unit Beruniform

Nama Guru Pembimbing: ASP/Kadet Sudirman Bin Sinti

S.Inspektor/K Alzimar Ali dan Sarjan Mejar/K Nur Erina Hazwanie Farahain Binti Azhar telah diberi penganugerahan sempena Sambutan Hari Polis yang ke-211.

Penganugerahan Sijil Penghargaan atas khidmat cemerlang anggota Kadet Polis dari tahun 2013-2017 – Alzimar Ali

Penganugerahan Sijil Penghargaan anggota Kadet Cemerlang sepanjang penglibatan dari 2014-2017 – Nur Erina

Penganugerahan ini dijadikan contoh kepada anggota kadet yang lain untuk terus berada dalam satu pasukan elit dan komited dalam melaksanakan tugas. Alzimar dan Nur Erina telah menerima penghargaan di IPD Kota Kinabalu oleh OCPD IPDKK SUPT GEORGE ABD.RAHMAN.

TAHNIAH PASUKAN KADET POLIS SMK SANZAC!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

KARNIVAL STEM 2018

Nama program: Karnival Stem

Tarikh: 16 Mac 2018

Tempat: SMK SANZAC

Penganjur: Bidang Sains dan Matematik

Peringkat: Sekolah

Bidang: Science, Technology, Engineering, Mathematics

Para pelajar telah bertanding untuk membina bangunan paling tinggi menggunakan surat khabar, membina catapult menggunakan kayu aiskrim dan getah yang boleh melemparkan guli dengan jauh, membina jambatan gantung menggunakan straw dan tali rafia yang boleh menahan beban, serta membina roket air yang boleh menghampiri target.

Karnival ini memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu STEM dalam kehidupan seharian, meneroka kreativiti para pelajar dan memberi pendedahan akan kepentingan “Science to Action”.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

NUR FATHIHA JOHAN PERTANDINGAN TAEKWONDO ACARA KYORUGI

Tarikh: 3 Mac 2018

Tempat: Putrajaya Invention Convention Centre

Penganjur: World Taekwondo

Peringkat: Antarabangsa

Nama pertandingan: World Taekwondo Malaysia Open G1

Nur Fathiha mendapat Global License untuk mewakili Taekwondo di peringkat antarabangsa. Beliau telah menyertai Pertandingan Taekwondo acara Kyorugi kategori berat badan Bantam (44kg-46kg) 15-17 tahun dalam pertandingan World Taekwondo Malaysia Open G1.

Fathiha telah membanggakan rakyat Sabah dan juga SMK SANZAC kerana beliau telah menjadi JOHAN dalam acara yang disertainya.

Tahniah adik Nur Fathiha!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Tarikh: 11 Mac 2018

Tempat: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Penganjur: Persatuan Karate Hayashi-Ha Malaysia

Peringkat: Antarabangsa

Nama pertandingan: Kejohanan 9th Silent Knight Karate Cup 2018

Muhammad Rafiuddin Faiz Bin Razmi, pelajar SMK SANZAC dari kelas 3 Teratai telah berjaya memenangi 3 kali perlawanan hingga ke perlawanan akhir dan berjaya merangkul Pingat Emas dalam acara Kategori Kumite Ind. Cadet 14-15 years -70Kg.

Rafiuddin juga telah membantu menaikkan kedudukan Sabah Ke tempat ke-2 dalam senarai keseluruhan yang terdiri daripada 29 pasukan.

Pasukan dari negara luar juga turut sama bertanding iaitu India, Sri Lanka, Nepal, Indonesia dan Singapura. Pelajar ini telah mengharumkan nama Negeri Sabah dan juga SMK SANZAC.

Tahniah Rafiuddin!

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN “AKTIVITI I SEE YOU”

Tarikh: 2 Mac 2018

Tempat: DEWAN TERTUTUP

Penganjur: ANJURAN BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UNIT KELAS RANCANGAN KHAS DAN PIBG SMK SANZAC

Peringkat: Sekolah

Guru Terlibat: GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING, GURU TING 5 KRK , GURU AJK ASRAMA & GURU TING 6 ATAS

Program I See You merupakan program mentoring yang melibatkan guru-guru PDPc sebagai mentor dan murid sebagai mentee.

Program ini melibatkan penglibatan ibu bapa atau penjaga murid agar permuafakatan strategik dapat diwujudkan bagi menyokong pembelajaran murid ke arah kecemerlangan. Ini adalah seiring dengan keperluan SKPMg2 pada standard 2.7.1.

Manfaat program:
1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
3. Membina keyakinan diri murid dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mereka.
4. Menerima bimbingan dan galakan daripada mentor untuk terus berusaha dan berjaya.
5. Memotivasikan diri murid setelah diberi sokongan dan penghargaan daripada warga sekolah.
6. Mewujudkan permuafakatan strategik antara guru, murid dan ibu bapa murid.

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

Pra-Pelancaran e-Majalah SMK SANZAC

TARIKH: 10 MAC 2018 (SABTU)

MASA: 9.45 PAGI

TEMPAT: DEWAN SERI GEMILANG, SMK SANZAC

Mesyuarat Agung PIBG telah dijalankan pada hari ini dan pra- pelancaran e-Majalah SMK SANZAC telah dijalankan. Taklimat e-majalah juga telah diberikan oleh Pn. Emma Francisca Luis selaku setiausaha Sidang Redaksi Majalah SMK SANZAC kepada sidang hadirin Mesyuarat Agung PIBG.

Matlamat yang ingin dicapai dengan penghasilan e-Majalah SMK SANZAC adalah untuk menyokong inisiatif ‘Komuniti Pintar’ yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Selain itu, ia dapat mencetuskan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam kalangan warga pelajar dan warga pendidik terhadap teknologi       maklumat dan komunikasi. Ia juga menyumbang kepada satu bentuk          kemahiran IT baru kepada murid dalam menghasilkan sebuah                             majalah secara digital.

Terakhir sekali, ia dapat membina repositori maklumat sekolah yang dapat diakses bukan sahaja untuk komuniti sekeliling tetapi juga masyarakat  seluruh dunia.

Tahniah kepada unit Sidang Redaksi Majalah SMK SANZAC atas pra-pelancaran e-Majalah SMK SANZAC.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2018

TARIKH: 10 MAC 2018 (SABTU)

MASA: 8.00 PAGI

TEMPAT: DEWAN SERI GEMILANG, SMK SANZAC

Dengan ini berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK SANZAC. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Shirley Tay Siew Hong, Pengetua Cemerlang JUSA C SMK SANZAC.

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi menjana kemajuan seterusnya meningkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum sekolah.

Tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru, sesebuah sekolah itu tidak akan mencapai kejayaan. Diharapkan agar jalinan hubungan yang terbentuk antara kedua-dua pihak akan menjadi satu pemangkin yang akan meletuskan kejayaan dan kegemilangan SMK SANZAC pada tahun 2018.

Suasana yang dirakamkan semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK SANZAC 2018.

   

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

SUKANTARA SMK SANZAC 2018

Tarikh: 28 Febuari 2018

Tempat: PADANG SEKOLAH DAN DEWAN TERBUKA

Penganjur: UNIT KOKURIKULUM SMK SANZAC

Peringkat: Sekolah

Acara sukantara bagi sidang pagi bermula pada pukul 6.50 pagi hingga 12.30 tengah hari, manakala acara sukantara sidang petang berlangsung pada pukul 1.30 hingga 5.00 petang. Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik di dewan terbuka. Kemudian, murid-murid bergerak mengikut rumah sukan masing-masing ke tempat acara diadakan. Aktiviti “Jaringan Bola Jaring” diadakan di dewan terbuka, manakala empat acara lain berlangsung di padang sekolah iaitu “Sepak Penalti”, “Servis Bola Tampar”, “Lompat Tinggi” dan “Lontar Peluru”.

Keputusan kutipan markah terkumpul setiap rumah sukan diumumkan di akhir acara oleh AJK Statistik.

Tempat pertama diungguli oleh Rumah Raja.

Berikut merupakan keputusan rasmi Acara Sukantara SMK SANZAC 2018 :

Tempat Pertama : Rumah Raja (579 mata)
Tempat Kedua : Rumah Laksamana (567 mata)
Tempat Ketiga : Rumah Bendahara (564 mata)
Tempat Keempat : Rumah Temenggung(547 mata)
Tempat Kelima : Rumah Syahbandar (502 mata)

Secara keseluruhan, Acara Sukantara SMK SANZAC berjalan lancar dan mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan dari semua guru dan murid.

Unit Kokurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan Sukantara 2018.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PERTANDINGAN RUBIK CUBE PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh: 10 Febuari 2018

Tempat: Dewan Tertutup SMK SANZAC

Penganjur: Kelab Permainan Dalaman dan PIBG

Peringkat: Sekolah

Guru Penasihat: Pn. Katriani Maijohn, Pn. Nor Syafiqah Sandra Abdullah, Cik Surin Jalaluddin, Cik Noorihan Saigan, Cik Samantha Faurillio, Cik Siti Salbiah Jainal dan Pn. Nor Affidah Japnar.

Pertandingan ini untuk mencungkil bakat baru sebagai persediaan ke pertandingan yang bertaraf antarabangsa. 3 kategori dipertandingkan dan setiap kategori dimenangi oleh individu yang berjaya mencatatkan masa terbaik. Program ini dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk menonjolkan kemahiran dan mewujudkan persaingan yang sihat dalam pertandingan Rubik.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL KEPADA CALON TERBAIK

PEPERIKSAAN DELF SCOLAIRE 2017

Tarikh: 5 Febuari 2018

Tempat: ALLIANCE FRANÇAISE KUALA LUMPUR (AFKL)

Penganjur: AFKL BERSAMA LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Peringkat: KEBANGSAAN

Guru Pembimbing: CIK NUR AINI BINTI SAININ

NURSALWANI BINTI SABDANI

Antara 22 orang calon terbaik dalam Peperiksaan DELF Scolaire A1 bagi tahun 2017 di Malaysia

Majlis tersebut dimulakan dengan “Pengenalan kepada AFKL di Malaysia”. Kemudian disusuli dengan “Penyampaian Sijil DELF Scolaire A1 dan A2 bagi tahun 2017”. Nursalwani merupakan antara penerima sijil DELF Scolaire A1. Manfaat program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid untuk mengenali komuniti yang bertutur bahasa Perancis (wakil sekolah lain, pihak kedutaan, pihak AFKL dan pihak LPM sendiri). Selain dari itu, ia juga dapat memberi motivasi dan semangat kepada murid untuk cemerlang dalam bidang akademik secara keseluruhan terutamanya Peperiksaan SPM.

WhatsApp Image 2018-02-24 at 9.02.57 AM (1)WhatsApp Image 2018-02-24 at 9.03.15 AM

04 Penerima A1 - Nur Aini Sainin (1)

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

Tarikh: 7 Febuari 2018

Tempat: SMKA TUN AHMAD SHAH

Penganjur: PPD KK DAN BALAI BOMBA KK

Peringkat: ZON Balai Kota Kinabalu

Guru Penasihat dan Jurulatih: Pn. Noorhayati binti Mohd Ghazali dan
En. Irwan hasyimi bin Mat Nor

SMK SANZAC telah menghantar 37 orang peserta 14 Perempuan dan 23 lelaki.

Pasukan Bomba SANZAC telah menyertai 3 acara iaitu:
1) Acara ikatan dan simpulan
2) Acara kawad kaki
3) Acara kawad kering

Pencapaian: NAIB JOHAN – Kawad Kaki Campuran

Program ini dapat meningkatkan kerjasama dikalangan pelajar serta mendedahkan kerjaya bomba dikalangan pelajar SMK SANZAC.

866e0c1e-fe6d-4a5e-a6fd-9dcb6c8a7c338201bd89-6e1d-4362-8347-4b8e457a6fe385c5c175-64a0-41cc-8e16-6df13d62f8089577c145-9ec0-44c8-9fe0-77da88b52ca2a901a8c0-a053-4c03-bcc7-096d1179a9ef76046d61-0622-4509-ba0d-54a5702a9740

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

BENGKEL PENGURUSAN KO-KURIKULUM

Tarikh: 24 Februari 2018

Hari: Sabtu

Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat: Bilik Gerakan/Mesyuarat Utama

Jemputan: Tuan Adli bin Haji Mahali,

Ketua Unit Pembangunan dan Sumber Manusia PPD Kota Kinabalu.

Puan Suzana Awang Husin,

Penyelia Kokurikulum PPD Kota Kinabalu

Peserta: 100 guru penasihat unit Gerko ( 12 peserta dari SM St.Francis, Lok Yuk dan Maktab Sabah )

Matlamat bengkel ini adalah untuk memberi  kesedaran dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran guru mengurus semua aspek yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Berikut merupakan objektif bengkel ini dilaksanakan.

  1. Mengasah kemahiran mengurus organisasi dalam kalangan guru
  2. Meningkatkan pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti
  3. Meningkatkan tahap kualiti pengurusan organisasi dalam kalangan guru berdasarkan SKPMg2
  4. Membina kerjasama erat dalam kalangan guru dan pentadbir mengurus aktiviti kokurikulum
  5. Meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab, intergriti dan kebolehlaksanaan program dalam kalangan guru.

Dengan harapan program ini akan mencapai objektif dan matlamatnya. semoga selepas ini sistem pengurusan dan pelaksanaan program kokurikulum di SMK. SANZAC akan lebih efisien dan mantap, selari dengan standard kualiti yang ditetapkan di dalam SKPMg2, iaitu membentuk sekolah yang berkualiti dan sumber tenaga manusia ( guru ) yang lebih cekap dan berkemahiran serta berilmu pengetahuan.

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, EN. SAPRI BIN LAKIM SEDANG MENYAMPAIKAN TAKLIMAT.

PESERTA BENGKEL PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK SANZAC

TAKLIMAT SKGMP2 OLEH TUAN ADLI BIN HJ. MAHALI,

KETUA UNIT PEMBANGUNAN DAN SUMBER MANUSIA PPD KOTA KINABALU.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PROGRAM GOTONG-ROYONG

SEK. MEN.KEB SANZAC

TARIKH: 10 FEBRUARI 2018 (SABTU)

Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC telah mengadakan Program Gotong-royong di sekitar kelas dan bilik-bilik khas. Program ini telah dapat mengeratkan semangat bekerjasama antara warga sekolah dan menaiktaraf kebersihan dan keceriaan sekitar kelas dan bilik-bilik khas.

Objektif :

1) Mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara warga sekolah dengan komuniti selaras dengan kehendak SKPMg2 pada standard kualiti 2.6.1 iaitu merancang dan melaksanakan program yang berteraskan perpaduan.

2)Mewujudkan kelas yang lebih ceria dan harmonis untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Negara.

3) Menceriakan persekitaran kelas dan sekolah seiring dengan motto kelas Pembelajaran Abad ke-21.

Laporan Program

Pada 10 Februari 2018 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan SANZAC telah mengadakan Program Gotong-Royong di sekitar kelas dan bilik-bilik khas. Program ini bertujuan untuk mengeratkan semangat bekerjasama antara warga sekolah dan menaiktaraf kebersihan dan keceriaan sekitar kelas dan bilik-bilik khas. Pada pukul 7.00 pagi murid-murid telah berkumpul di Dewan terbuka untuk mendaftar kehadiran, mendengar taklimat Program dan melakukan senaman aerobik.

Pada pukul 8.00 pagi, murid-murid dan guru-guru bergerak ke tempat lokasi masing-masing yang telah ditetapkan dan aktiviti gotong-royong dimulakan. Lokasi-lokasi tersebut ialah bilik khas tekvok, bilik khas Sains, Makmal Bahasa, Pusat Sumber, Surau, Bilik Guru Disiplin, Pejabat Am, Galeri ANZAC, Blok ANZAC, Papan kenyataan Gerko, Koperasi, Bilik Alatan Sukan, Bilik Guru Petang, Bilik Guru Pagi, Bilik Guru Ting. 6, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Kelas-kelas, Pondok Kitar Semula, Dewan Tertutup, Dewan terbuka, Teratak Agathis, Teratak Sri Perak dan Bilik PPDA.

Pada pukul 11.00 pagi aktiviti gotong royong ditamatkan. Program ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang serta memberi manfaat kepada semua murid dan guru.

Aktiviti Senamrobik oleh murid dan guru sebelum aktiviti gotong-royong dijalankan.

Aktiviti melakukan pembaikan meja yang rosak oleh YDP PIBG dan Pengerusi Alumni SMK SANZAC.

Aktiviti membersihkan dan menceriakan kelas dan bilik khas oleh guru dan murid.

Membersihkan makmal dan stor sukan oleh murid yang ditugaskan.

Aktiviti membuang dan memungut sampah oleh DBKK.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN

SMK SANZAC TAHUN 2018

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya SMK SANZAC telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 Januari 2018.

Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya  merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan wajar diadakan.

Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih mereka menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

 

BADAN PENGAWAS SEKOLAH SMK SANZAC

PENGERUSI:
NUR ERINA AZWANIE FARAHAIN BT AZHAR ( 5A )

TIMBALAN PENGERUSI I:
PRICILIA JIA YI PANDIKAR ( 5A )

TIMBALAN PENGERUSI II:
MOHD HIDAYAT B JAYA ( 5C )

SETIAUSAHA :
DYG BAIYINAH BASIRAH ( 5B )

JUMLAH PENGAWAS TERLIBAT KETIKA MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN :

77 orang pengawas

GURU PENGAWAS:

EN IRWAN HASYIMIE

PN NOORHAYATI MD GHAZALI

EN NURISMAIRWAN ISMAIL

UNIT PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGERUSI:
NUR ADILAH BINTI DANON (5B)

TIMBALAN PENGERUSI :
NURSALWANI BINTI SABDANI (5B )

SETIAUSAHA :
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN IBRAHIM ( 5B )

JUMLAH PENGAWAS TERLIBAT KETIKA WATIKAH PERLANTIKAN :

13 PENGAWAS

GURU PUSAT SUMBER:

CIK SINORITA MAIT
CIK NOORIHAN SAIGAN

UNIT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

PENGERUSI :
ROID NURSHAMRIE B. RANNIS 5A

NAIB PENGERUSI :
SITI NUR HAFIDAH BT OSMAN 5C

SETIAUSAHA:
NOR HANNAH HIDAYA BT MD.HIDAYAT

JUMLAH PRS:

45 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

GURU PRS:

CIK ASNIMAH ASLIE

PN NURUL HUSNA BAHARUDDIN

PN SITI NORREZAN MERAH

WhatsApp Image 2018-02-02 at 12.01.21 PM
UNIT PENGAWAS SEKOLAH
WhatsApp Image 2018-02-02 at 12.03.40 PM
UNIT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
WhatsApp Image 2018-02-02 at 12.05.25 PM
UNIT PENGAWAS PUSAT SUMBER
WhatsApp Image 2018-02-03 at 2.34.14 PM
PERUTUSAN PENGETUA KEPADA BAKAL PEMIMPIN YANG BAKAL DILANTIK
WhatsApp Image 2018-02-03 at 2.34.59 PM
BACAAN IKRAR WATIKAH PELANTIKAN

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

MAJLIS PERSARAAN

USTAZAH NGATIAH SEJU

DSC_0050

 

PENGALAMAN MENGAJAR:

 

(1989 – 1994) SRK(P) BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR (WP)

SUBJEK YANG DIAJAR:

-PENDIDIKAN ISLAM
-BAHASA MELAYU
-PENDIDIKAN MORAL

 

(04 DISEMBER 1994 – 31 JANUARI 2018) SMK SANZAC KOTA KINABALU

SUBJEK YANG DIAJAR:

-PENDIDIKAN ISLAM
-PENDIDIKAN SENI

KEPAKARAN:

JURULATIH KUMPULAN NASYID IFTIKHIRI SMK SANZAC ( 2000-2017 )

Tua kelapa berguna
Tua manusia bermakna
Tuai padi di hujung bendang,
          Padi masak diintai tiak;
Belai budi disanjung datang,
          Sisi baik dikongsi  bijak.
Perigi  tuan semak siratan,
          Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan, 
          Luhur budi tidak dilupa.
Amat ketara pucuk siantan,
          Rasa segar tepian titi;
Selamat bersara ufuk ingatan,
          Mekar jasa di taman bakti. 
Tuai padi tinggal jerami,
          Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
          Moga tenang nikmati hidup.
Pahat papan serupa dulu,
          Bawah kain daun cermai;
Rehatlah tuan di dunia baru,
          Ukhuwah terjalin usah terurai.
Pandai terbilang putera perkasa,
          Tengok puteri akar dicari;
Andai ada ruang dan masa,
          Jenguklah kami bugarkan memori.
 
 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

MERENTAS PANTAI

SMK SANZAC 2018

TARIKH: 26 JANUARI 2018

TEMPAT: PADANG RAGBI, TANJUNG ARU

ANJURAN: UNIT KO-KURIKULUM

VVIP:

ALUMNI SANZAC

TUAN NOOR SALLEH TAMAMNONG,

PN. HJH LILAH HJ. AWANG,

PROF MADYA DR. MARINAH AWANG

YDP PIBG SANZAC

TN. HAJI JANIS BIN ABDULLAH

OBJEKTIF:

Kejohanan Merentas Pantai ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama.

  1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas pantai sebagai acara tahunan bagi rumah- rumah sukan.
  2. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi  membentuk     individu yang cergas dan sihat.
  3. Memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga SMK SANZAC dalam  mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk  menjayakannya.
  4. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan  serta semangat berjuang dalam  kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .
  5. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah dan yang lebih tinggi.

KEPUTUSAN KEJOHANAN MERENTAS PANTAI 2018

JOHAN: Rumah Raja (Kuning)

NAIB JOHAN: Laksamana (Merah)

KETIGA: Temenggung (Hijau)

KEEMPAT: Syahbandar (Ungu)

KELIMA: Bendahara (Biru)

SPONSORSHIP:

ALUMNI SANZAC – LUCKY DRAW

TRITONIC

 

This slideshow requires JavaScript.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PROGRAM PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN MURID PENDAFTARAN LEWAT SMK SANZAC 2018

TARIKH : 15 JAN 2018 / ISNIN

TEMPAT : DEWAN TERTUTUP DAN DEWAN TERBUKA

SASARAN : 118 ORANG PELAJAR YANG DIGANTUNG ATAS                                      KESALAHAN DISIPLIN DAN PONTENG

AGENDA PROGRAM :

7.00 PG – PENDAFTARAN IBU BAPA DAN MURID
8.00 PG – UCAPAN PENGETUA
8.15 PG – UCAPAN PERASMIAN YDP PIBG
8.30 PG – CERAMAH KEIBUBAPAAN OLEH PW2 USTAZ ABDUL LATIF BIN ABU BAKAR,     PEGAWAI AGAMA KEM LOK KAWI,KK
9.30 PG – TAKLIMAT IKRAR AKU JANJI DAN PENDAFTARAN NAIK KELAS OLEH PK HEM
10.00 PG – TANDATANGAN IKRAR AKU JANJI DAN PENDAFTARAN NAIK KELAS
11.00 PG – TAMAT

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

(NATIONAL CODE CHALLENGE)

27-30 NOVEMBER 2017

SMK SANZAC

 

JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN

“SPECIAL AWARD”

TOP TEAM: SABAH

 

GURU DAN PELAJAR YANG TERLIBAT:

NAMA PENUH TUGAS
AAFI ZAINAL BIN SHAMSUL ALFIAN PESERTA
MOHD AFIQ ISKANDAR BIN MOHD AFFAIDI PESERTA
AMIR AHMAD AFIQ BIN IDRIS SANI PESERTA
NOOR CHEYAM AZWALIZA BTE MOHAMAD WALI PESERTA
NURUL IFFAT BINTI ABDULLAH PESERTA
KUIT VUI KET

GURU PENGIRING

JURULATIH UTAMA

Hackathon mensasarkan sekolah-sekolah di pinggir bandar dan bandar melibatkan pelajar sekolah menengah rendah dan pelajar sekolah rendah. Enam siri Hackathon telah dirancang pada tahun ini dan mensasarkan seramai 1,500 pelajar. Setiap Hackathon mempunyai 250 peserta dan mereka akan belajar membina aplikasi menggunakan LiveCode selama 2 hari.

Zon Sabah yang disertai oleh lebih 60 pasukan yang mana 3 Pasukan Terbaik “Top Team” yang akan terpilih untuk melayakkan diri ke peringkat kebangsaan.

Pasukan SANZAC CODERS dari SMK SANZAC berjaya mengharumkan nama sekolah SMK SANZAC apabila diumumkan sebagai Johan untuk Kategori Hackathon yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam (IDCC), November lepas. Selain itu, SMK SANZAC telah terpilih untuk menerima Anugerah Khas (Special Award) atas usaha membudayakan budaya pengaturcaraan di peringkat sekolah sehingga membimbing sehingga lebih kurang 200 murid yang mempunyai kemahiran coding asas. Selain itu, SMK SANZAC telah berkolaborasi dengan sekolah di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dengan membuat bimbingan intensif secara mentoring kepada murid sekolah rendah dari SJK (C) Anglo Chinese, Kota Kinabalu.

Kod Kebangsaan ini adalah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan cabaran peringkat kebangsaan kali kedua pernah diadakan. SMK SANZAC pernah membawa cabaran untuk Kategori Terbuka pada tahun 2016 dan mendapat Naib Johan. Cabaran Kod Kebangsaan ini bertujuan memperkenalkan murid berusia 13-15 tahun dunia pengkomputeran dan pengaturcaraan serta menggalakkan murid menengah rendah menjadi penyumbang kepada internet.

Pasukan ini telah berjaya menghasilkan suatu aplikasi mobil Treax yang merupakan suatu aplikasi dalam telefon bimbit yang membolehkan orang awam yang menyalurkan informasi tentang pilihan gimnasium kepada pengguna.  Aplikasi ini telah berjaya menarik minat juri serta guru-guru sekolah lain melalui hasil pitching pasukan ini yang membolehkan mereka layak ke peringkat akhir. Semoga kejayaan ini akan memotivasikan murid-murid lain supaya mencipta kejayaan SMK SANZAC walaupun hanya berada dalam Tingkatan 2 dan 3. Selain ini, diharapkan kejayaan ini akan menjadi dorongan kepada murid-murid lain untuk membudayakan kemahiran pengaturcaraan (coding) secara menyeluruh yang sangat penting dalam dunia pengkomputeran yang semakin rancak menuju abad ke-21.

 

Dorongan dan usaha yang telah dijalankan oleh SMK SANZAC dalam membudayakan coding di bawah pimpinan Pengetua Cemerlang JUSA C, Dr.Shirley Tay Siew Hong telah diiktiraf dengan penganugerahan “Anugerah Istimewa” sempena National Code Challenge 2017.

ncc5

Hasil kemenangan pasukan SANZAC CODERS!

ncc7

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PASUKAN SEPAK TAKRAW SMK SANZAC

TEMPAT KE-TIGA

PERINGKAT ZON DAERAH KOTA KINABALU TAHUN 2018

TARIKH PERTANDINGAN : 23 & 24 JANUARI 2018 (SELASA & RABU)
PENGELOLA : SMK AGAMA TUNAS KOTA KINABALU, SABAH

SENARAI NAMA PASUKAN SEPAK TAKRAW SMK SANZAC

BAWAH 18 TAHUN

  1. MOHAMAD YUS AKMAL FIRZA BIN MUSLIMAT
  2. HAIRUN BIN MOHD.HAKIM
  3. MOHAMAD FADZIL BIN AHMAD
  4. MOHAMMAD ADWA NURFAIRUS BIN ISMAIL
  5. SYAFIE BIN SYAWAL

BAWAH 15 TAHUN

  1. MUHAMMAD ALIFF ALFIAN BIN SHAFAWI
  2. MOHAMAD QUZAIR IFFAT BIN ZULKARNAIN
  3. MUHAMMAD DANISH ABDULLAH
  4. MUHAMMAD RAFIUDDIN FAIZ BIN RAZMI
  5. MOHAMAD HASRINSAH BIN SALEHEN

JURULATIH : USTAZ ABD.GHAFFAR BIN ISMAIL
PEN. JURULATIH : PG.EZADDIN PG.ZAINAL ABIDIN

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PROGRAM PENDISIAH TZU CHI

KEJAYAAN MEMERLUKAN USAHA DAN KERAJINAN

18 Januari 2018 – Program ini bertujuan untuk memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Pihak sekolah berharap dari program pendisiah ini, boleh meyakinkan pelajar bahawa kemiskinan bukan alasan untuk kegagalan.

39 orang pelajar telah menerima bantuan berbentuk wang dan juga makanan daripada Tzu Chi bersama dengan ibu bapa mereka.

Penceramah jemputan:

1) Pn. Lim Sat Chu
Sukarela, Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi

                                                         2) Tuan Noor Salleh Tamamnong                                                              Pengerusi Alumni, SMK SANZAC

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

KOR KADET POLIS SMK SANZAC

Seramai 30 orang ahli Kor Kadet Polis SMK SANZAC telah dijemput oleh DBKK melalui JPN SABAH untuk bersama-sama menjayakan Majlis Memperingati Mangsa-Mangsa Perang Petagas Peringkat Negeri Sabah 2018.

Kontingen Kor Kadet Polis SMK Sanzac diketuai oleh ASP KADET SUDIRMAN SINTI & Cik Natassya Lau. Ahli Kor Kadet Polis di ketuai oleh Sarjan Mejar Erina Hazwanie Azhar.

 

This slideshow requires JavaScript.

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

KERJASAMA DENGAN JABATAN KESIHATAN

Lawatan daripada Jabatan Kesihatan bagi membincangkan proses pelaksanaan Pemeriksaan Kesihatan bagi pelajar Tingkatan 3, Suntikan HPV bagi pelajar Tingkatan 1 dan Saringan Talasemia serta Soal Selidik Saringan Status Kesihatan Remaja bagi pelajar Tingkatan 4.

 

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

TAKLIMAT ORIENTASI DAN DISIPLIN TINGKATAN 3, 2018

Dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Disiplin SMK SANZAC.

 

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

PERBINCANGAN PROFESSIONALISME

Kunjungan Dr. Roslee Talip, Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa ke SMK SANZAC. Sesi perbincangan profesionalisme di antara beliau dan juga guru-guru inovatif Subjek Geografi.

 

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

GURU INOVATIF SMK SANZAC

 

Pembentangan “IziiGrid” Peringkat Negeri SABAH.

“IziiGrid” adalah satu BBM bagi subjek Geografi untuk membantu pelajar mencari rujukan grid 6 angka dengan lebih tepat dan cepat.

Tahniah Cikgu Norlyziah, Cikgu Marynah dan juga Cikgu Julizah.

WhatsApp Image 2018-01-09 at 5.26.51 PM

WhatsApp Image 2018-01-09 at 5.26.47 PM

elegant-luxury-vintage-gold-floral-border-hand-drawn-decorative-frame-white-background-refined-vignette-element-banner-76610327

GURU PENYAYANG SMK SANZAC

Setiap pagi, guru-guru SMK SANZAC menyambut kehadiran pelajar ke sekolah. Tujuan guru-guru menyambut kehadiran pelajar adalah untuk memberikan salam, semangat dan kasih sayang kepada pelajar SMK SANZAC. Pelajar merasa disayangi semasa berada di sekolah.

 

This slideshow requires JavaScript.

il_fullxfull.792343644_g44h

AL-FATIHAH

2017-36

il_fullxfull.792343644_g44h

CERAMAH MOTIVASI INOVASI,

ROTARY CLUB KOTA KINABALU

SINDEX 2018

SMK SANZAC telah menjadi tuan rumah untuk ceramah motivasi SINDEX 2018. Terdapat juga peserta jemputan daripada sekolah-sekolah kawasan Kota Kinabalu iaiatu pelajar dan guru-guru dari SMK Perempuan Likas, KK High School, SMK Maktab Sabah dan jua SMK Bandaraya.

 

This slideshow requires JavaScript.

il_fullxfull.792343644_g44h

Caring Hearts…

Cleaner Society Programme

Objectives:

– to instill environmental awareness and responsibility towards a clean society.

-To inculcate a habit to recycle plastics in students and the communities’ daily lifestyle.

– to help and assist poor and needy students by giving redemption vouchers in exchange of used plastics.

– to create a networking and smart partnership with the corporate sectors and community to make this a successful and sustainable project.

– to educate students to identify different types of plastics for recycle purposes.

– to reduce and gradually eliminate plastic waste in the school compound and surrounding areas.

IMG_6384Caring hearts…Cleaner Society booth during SANZAC’s Canteen Day.

IMG_6412Sorting plastic bottles to recycle.

 

Fund raising with the ANZAC visitors from Australia.

 

Fund raising during SANZAC’s award giving ceremony.

IMG_6655Support and encouragement given by the Head of Quality of Assurance, JPNS Sabah Education Sector

 

Encouragement given by the State of Kelantan’s Education Department officer.

il_fullxfull.792343644_g44h

 

 

Website edited by NWDT, GPB, Unit ICT SMK Sanzac