antarabangsa, guru, pencapaian individu

Cikgu Lim Yi Wei, seorang guru matematik daripada SMK SANZAC membawa nama baik sekolah ke persada antarabangsa

SEAMTRICAL mengalukan guru-guru di Asia Tenggara untuk menghasilkan yang berpusat pada pendidikan matematik, pendidikan, atau matematik dalam pendidikan pra-kolej. Setiap rubrik ini memerlukan artikel yang memusatkan perhatian pada tema tertentu. Artikel yang telah dihasilkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan oleh Cikgu Lim Yi Wei, seorang guru matematik daripada SMK SANZAC Kota Kinabalu Sabah telah terpilih dalam jilid 1 bagi buletin SEAMETRICAL (SEAQIM Tribune on Mathematics and Life) peringkar antarabangsa pada bulan Julai 2020.


Tahniah diucapkan kepada Cikgu Lim Yi Wei yang telah membawa nama baik sekolah, negeri dan Malaysia ke persada antarabangsa.

berita, guru, kebangsaan, pembelajaran, pencapaian individu

Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein satu-satunya guru dari Negeri Sabah yang terpilih sebagai panel Webinar Bicara Profesionalisme KPM

Siaran secara langsung melalui YouTube Webinar Bicara Profesionalisme Kementerian Pendidikan Malaysia membincangkan topik menarik iaitu Normal Baharu Guru Satu Realiti. Bersama Yang Berusaha Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Dianjurkan oleh Bahagian Profesionalisme Guru pada 5 Jun 2020 hari Jumaat pukul 10.00 pagi. 8 orang panel yang telah dijemput terdiri daripada guru-guru sekolah menengah, sekolah rendah, SJKT, SJKC, Pra sekolah & PPKI. Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein satu – satunya guru dari Negeri Sabah yang terpilih sebagai panel. Pihak KPM telah memilih Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein sebagai panel yang pertama semasa Bicara Profesionalisme tersebut. Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein merupakan Ketua Bidang Kemanusiaan SMK SANZAC, Guru Cemerlang Geografi & Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Sabah. Semasa Bicara Profesionalisme tersebut Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein banyak berkongsi pengalaman beliau sepanjang melaksanakan PdPJJ semasa PKP dan lebih menariknya beliau berkongsi mengenai Project Based Learning (PBL) semasa PKP dalam PdPJJ beliau. Pada hari ke-4 selepas Bicara Profesionalisme tersebut YouTube telah ditonton mencecah 160,146 kali dan mendapat 10 ribu yang menekan tanda suka.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein!