berita, umum

Majlis Solat Hajat Perdana & Pohon Restu SMK SANZAC

6 Sep – SMK SANZAC telah menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana dan Pohon Restu bagi pelajar yang bakal menduduki PT3, SPM dan STPM. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin. Kemudiaan diteruskan dengan Solat Dhuha, Solat Taubat dan Solat Hajat.

Setelah selesai Majlis Solat Hajat Perdana, semua pelajar tingkatan 3 dan 5 melaksanakan Majlis Pohon Restu. Wakil Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 diberikan peluang memberikan ucapan. Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan alat tulis kepada calon-calon PT3, SPM dan STPM dan diakhiri dengan salam restu para guru, ibu bapa dan pelajar.

Seterusnya, pelajar dan ibu bapa bergerak ke kelas untuk berjumpa dengan guru kelas bagi menerima slip keputusan Percubaan SPM/ Slip Pecutan Akhir PT3. Semoga semua calon-calon PT3, SPM dan STPM mendapat keputusan yang cemerlang.

berita, umum

Program Integrasi – Majlis Penutupan Minggu Kesihatan , Program Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dan Majlis Perpisahan Penolong Kanan HEM SANZAC

20 Sep – Program Integrasi – Majlis Penutupan Minggu Kesihatan, Program Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dan Majlis Perpisahan Penolong Kanan HEM SMK SANZAC 2019 telah diadakan di Dewan Sri Gemilang SMK SANZAC.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar-pelajar. Diikuti dengan persembahan murid, antara persembahan murid adalah Bicara Berirama, Sketsa Gaya Hidup Sihat, Nyanyian Duet “ Bahtera Merdeka” dan persembahan PBL AB61x (Kitaran Haid).

Majlis diteruskan dengan memberi hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Minggu Kesihatan. Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Sapri Bin Lakim dan Guru Kesihatan, Pn. Rosneh Binti Abidin.

Antara aktiviti minggu kesihatan:

  • Ceramah “Berhenti Merokok”
  • Pameran Kesihatan
  • Pertandingan menghias topi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Pertandingan membuat salad
  • Kuiz Kesihatan
  • Pemeriksaaan gigi

Majlis diteruskan dengan perarakan masuk insan yang diraihkan En. Awang Daramat, PK HEM SANZAC. Beliau akan bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan di Sektor Pengurusan  (HEM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Majlis dimulakan dengan persembahan pantun oleh pasukan pantun SANZAC. Kemudian diteruskan dengan  persembahan sketsa oleh pelajar tingkatan 5B, ucapan Pengetua Cemerlang, Dr. Shirley dan diakhiri dengan ucapan En. Awang Daramat. Semoga En. Awang Daramat B. Mattiasin terus maju dan cemerlang walau dimana berada.  Jasa dan pengorbanan akan terus dikenang. Jutaan terima kasih diucapkan daripada Warga SMK SANZAC.

berita, umum

Program One Step To University 2019 anjuran SMK SANZAC Tingkatan 6

10 Sep – SMK SANZAC telah menganjurkan satu program ‘One Step To University ‘ bersama Siswa dan Siswi dari Universiti Malaysia (UMS).

Pelajar Tingkatan 6 didedahkan dengan Ceramah Motivasi masuk universiti , pengenalan UMS dan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan.

Tujuan perkongsian ini dapat menjadikan pelajar Tingkatan 6 lebih bersemangat dalam menghadapi peperiksaan STPM dan lebih matang dalam membuat keputusan dalam kehidupan.