berita, sekolah, umum, Unit ICT SMK SANZAC

Lawatan Audit oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Pada 30 Jun 2020 yang lalu, Ketua Unit Audit Dalam (ICT), Encik Ali Hassan bin Barahim telah hadir ke SMK SANZAC bagi melaksanakan pemeriksaan fizikal terhadap perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan yang telah dilakasanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada tahun 2019.

Ahli unit ICT SMK SANZAC yang diketuai oleh Pn. Suriani Hashim (Ketua Bidang Teknik dan Vokasional) hadir bersama Dr. Shirley Tay Siew Hong (Pengetua Cemerlang Jusa C), Cik Ho Nyuk Ting (Penolong Kanan Kokurikulum), Pn. Nowenna Willie D Tamsin (Guru Penyelaras Bestari), Pn. Noor Ashikin binti Ani (Ketua Panitia ASK/SK), En. Alfian Dualin (Juruteknik), Pn. Emma Francisca Luis dan Cik Salbiah Jainal sepanjang masa pemeriksaan audit.

Encik Ali Hassan hadir ke sekolah untuk memeriksa Kew.Pa 3, dokumen penyelenggaran dan semua bekalan ICT yang telah diterima pada 27 November 2019. Secara keseluruhan, Encik Ali Hassan amat berpuas hati dengan dapatan pemeriksaan audit di Makmal Komputer dan juga di Pusat Akses SMK SANZAC. 

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Unit ICT SMK SANZAC.

berita, sekolah, umum

Kasih sayang guru menyemai peribadi yang mulia

Hari ini, hari pertama dalam kalendar bagi bulan Julai, guru kelas Encik Binting Bin Abidin bersama dengan guru Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK SANZAC Cik Asnimah Binti Asliey dan Encik Lee Su Tat telah membuat kunjungan ke rumah seorang murid Tingkatan 5. Guru kelas murid berkenaan agak risau atas ketidakhadiran murid berkenaan sejak sekolah dibuka pada 24 Jun yang lalu, iaitu hari pertama pembukaan semula sekolah selepas Perintah Kawalan Pergerakan. Semasa kunjungan tersebut guru kelas yang juga merupakan guru subjek Bahasa Melayu murid berkenaan menyampaikan bahan Pengajaran dan Pembelajaran . Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Binting Abidin, Cik Asnimah binti Aslie, dan Encik Lee Su Tat atas usaha murni ini.

Batik baharu lakaran melati,
Dipakai puteri elok sepadan,
Kasih guru tulus berbakti;
Ilmu diberi tiada sempadan.

#SANZACdiHati

berita, sekolah, umum

Sumbangan cecair dan peralatan pensanitasi kepada SMK SANZAC

SMK SANZAC telah menerima sumbangan pensanitasi daripada Encik Timmy Huang, Pengarah Urusan TK Solutions Enterprise pada 24 Jun 2020. Sumbangan beliau adalah 2 unit penyembur, 2 gelen pensanitasi dan cecair pembersih tangan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Timmy Huang atas sumbangan beliau kerana sumbangan tersebut membantu warga SMK SANZAC bagi mencapai matlamat SOP yang telah ditetapkan bagi memerangi virus Covid-19.

berita, PDRM, umum

Suasana hari pertama pembukaan semula persekolahan selepas PKP di SMK SANZAC

Pada 24 Jun 2020, pembukaan semula sekolah telah dijalankan dengan sempurna di SMK SANZAC. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji telah hadir bersama rombongan polis Daerah Kota Kinabalu hadir bersama ke SMK SANZAC. ACP Habibi telah menjelaskan peranan PDRM selaras dengan slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” selain memberikan taklimat berkenaan dengan pematuhan SOP PKPP kepada para guru dan murid SMK SANZAC. Jabatan Penerangan Sabah juga telah membuat liputan bagi sesi pembukaan semula sekolah di SMK SANZAC.

Sumber Gambar: Polis Daerah Kota Kinabalu dan SMK SANZAC

berita, umum, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sabah

Majlis Penyerahan Pensanitasi Tangan

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah atas sumbangan yang telah diberikan kepada SMK SANZAC.

Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (FSSA, UMS) menyerahkan pensanitasi tangan kepada beberapa agensi kerajaan, pihak sekolah dan badan bukan kerajaan (NGO). Wakil daripada SMK SANZAC, Pn. Wong Leh Ing telah hadir ke majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Profesor Datuk ChM.  Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah pada hari ini, 25 Jun 2020. Pensanitasi tangan ini telah dihasilkan oleh staf FSSA, UMS dan diberi secara percuma kepada golongan B40, petugas barisan hadapan dan perkhidmatan perlu di bawah inisiatif “Function of Science”. Ini merupakan inisiatif “Program Global Innovation through Science and Technology (GIST)”. Pn. Wong Leh Ing, wakil daripada SMK SANZAC telah menerima 80 botol pensanitasi tangan daripada FSSA, UMS.

berita, umum

Lawatan Pemantauan TKPPM bersama Pengarah JPN Sabah dan Pegawai PPDKK ke SMK SANZAC

Pemantauan dan bimbingan TKPPM bersama rombongan di SMK SANZAC telah dijalankan dengan lancar dan sempurna pada 22 Jun 2020. Warga SMK SANZAC telah siap sedia menerima kehadiran TKPPM dan rombongan pada hari tersebut mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara. Yang Berusaha Tuan Haji Adzman bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga SMK SANZAC kerana telah bersedia dari semua aspek bagi persediaan pembukaan sekolah pada 24 Jun 2020.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK SANZAC.