antarabangsa, guru, pencapaian individu

Cikgu Lim Yi Wei, seorang guru matematik daripada SMK SANZAC membawa nama baik sekolah ke persada antarabangsa

SEAMTRICAL mengalukan guru-guru di Asia Tenggara untuk menghasilkan yang berpusat pada pendidikan matematik, pendidikan, atau matematik dalam pendidikan pra-kolej. Setiap rubrik ini memerlukan artikel yang memusatkan perhatian pada tema tertentu. Artikel yang telah dihasilkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan oleh Cikgu Lim Yi Wei, seorang guru matematik daripada SMK SANZAC Kota Kinabalu Sabah telah terpilih dalam jilid 1 bagi buletin SEAMETRICAL (SEAQIM Tribune on Mathematics and Life) peringkar antarabangsa pada bulan Julai 2020.


Tahniah diucapkan kepada Cikgu Lim Yi Wei yang telah membawa nama baik sekolah, negeri dan Malaysia ke persada antarabangsa.

berita, pencapaian individu, sekolah

Amirshah Darwin, Pelajar Terbaik STPM SMK SANZAC Tahun 2019

Seorang pelajar SMK SANZAC bernama Amirshah Darwin telah menerima bantuan RM500 dan elaun tiket daripada YB Awang Hussaini, Ahli Parlimen Putatan pada 2 September 2020 untuk melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di Universiti Malaya. Pelajar tingkatan enam SMK SANZAC ini telah berjaya memperoleh NGPA 4.00 (4A) pada tahun 2019. Pelajar ini juga merupakan seorang pelajar terbaik (top ten) peringkat Negeri Sabah . Pelajar ini juga menerima biasiswa kerajaan negeri Sabah. YB Awang Hussaini melawat pelajar ini di rumahnya di Kg. Kesuapan Pulau Gaya.

Tahniah diucapkan kepada Amirshah Darwin.

Semoga anda akan lebih cemerlang di masa akan datang.

berita, guru, kebangsaan, pembelajaran, pencapaian individu

Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein satu-satunya guru dari Negeri Sabah yang terpilih sebagai panel Webinar Bicara Profesionalisme KPM

Siaran secara langsung melalui YouTube Webinar Bicara Profesionalisme Kementerian Pendidikan Malaysia membincangkan topik menarik iaitu Normal Baharu Guru Satu Realiti. Bersama Yang Berusaha Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Dianjurkan oleh Bahagian Profesionalisme Guru pada 5 Jun 2020 hari Jumaat pukul 10.00 pagi. 8 orang panel yang telah dijemput terdiri daripada guru-guru sekolah menengah, sekolah rendah, SJKT, SJKC, Pra sekolah & PPKI. Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein satu – satunya guru dari Negeri Sabah yang terpilih sebagai panel. Pihak KPM telah memilih Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein sebagai panel yang pertama semasa Bicara Profesionalisme tersebut. Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein merupakan Ketua Bidang Kemanusiaan SMK SANZAC, Guru Cemerlang Geografi & Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Sabah. Semasa Bicara Profesionalisme tersebut Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein banyak berkongsi pengalaman beliau sepanjang melaksanakan PdPJJ semasa PKP dan lebih menariknya beliau berkongsi mengenai Project Based Learning (PBL) semasa PKP dalam PdPJJ beliau. Pada hari ke-4 selepas Bicara Profesionalisme tersebut YouTube telah ditonton mencecah 160,146 kali dan mendapat 10 ribu yang menekan tanda suka.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Norlyziah binti Ali Hussein!

antarabangsa, guru, pencapaian individu

Cikgu Fatmah menghadiri Asia Pacific Natural Agriculture Network International Workshop di Saraburi, Thailand 2019

Tahniah kepada Puan Fatmah binti Datuk Hj. Sidek yang telah menghadiri bengkel pertanian di Thailand pada 17 hingga 21 November 2019. Bengkel ini telah diadakan di Kyusei Nature Farming Center, Saraburi, Thailand yang merupakan acara antarabangsa.

SMK SANZAC dipilih kerana telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Sustainable Garden 2019. Kami amat berterima kasih kepada penganjur, DBKK bersama Rakan Strategik “To Earth With Love” kerana memberi pelawaan ini kepada beberapa sekolah di Sabah. Pihak sekolah berharap dengan peluang ini SANZAC dapat mengaplikasikan ilmu pertanian yang lebih teratur dan mantap serta dapat memberi impak kepada komuniti Sabah pada masa yang akan datang.

antarabangsa, berita, pencapaian individu

Workshop on Southeast Asia Mathematics Teaching and Learning Model (SEA-MTLM)

11 Nov – SEAMEO Regional Centre for QITEP in Mathematics has organised this workshop on 11-16 November 2019 at Yogyakarta, Indonesia.

Our teacher, Miss Lim Yi Wei has represented our school to attend the workshop:

1. Ni Made Anita Widjaja, SDN 2 Dangin Puri, Bali
2. I Made Ari Purwadi, SMP Laboratorium Undiskha, Bali
3. Imroatusani Nur Khasanah, SDI Ma’arif Kota Blitar, Jawa Timur
4. Lim Yi Wei, SMK Sanzac, Kota Kinabalu, Malaysia
5. Nguyen Thu Ha, Le Quy Don Secondary High School, Vietnam
6. Nur Aziah binti Nasir, SMK Jalan Empat, Selangor
7. Pedro Montecillo Jr, San Joaquin National High School, Palo, Philippines
8. S. Fatimah Mohammad, Labuan International School, Labuan Federal Territory, Malaysia
9. Saifunizah bin Che Ismail, Sekolah Kebangsaan Raja Bahar, Kelantan, Malaysia
10. Yusdi Afandi, SMPN 3 Purwodadi, Pasuruan, Jawa Timur

The Southeast Asia Mathematics Teaching and Learning Model (SEA-MTLM) is a competition for teachers from SEAMEO member countries to participate by presenting their best lesson plan that incorporate the following topics:

  • Science, Technology, Engineering, Mathematics
  • Energy Efficiency, Resiliency, and Security
  • Mathematical Modelling, Local cultural context
  • coding/programming/computational thinking
  • hands-on activity

By the end of this program, the organiser has chosen 3 best lesson plans that served as the model of innovative lesson plans for teacher, especially to incorporate energy issues, STEM, mathematical modelling, hands-on activity, local cultural context, and computational thinking in their classroom.

We are proud that Miss Lim has won the Second Best Participant during the event.

Congratulations!

berita, pencapaian individu

Majlis Apresiasi Tingkatan 6 SMK SANZAC

Tarikh17 Oktober 2019 (Khamis)
Masa8.00 am – 4.00 pm
TempatHotel Promenade, Kota Kinabalu
PerasmiProf Madya Dr. Bilcher Bala, Fakulti Kemanusiaan dan Seni Warisan, UMS

Intipati :

  1. Penyampaian sijil kokurikulum kepada pelajar yang memegang jawatan tertinggi dalam Persatuan PERTENA, PISPA, PUM, Kelab Alam Sekitar, Kelab Bola Jaring dan Kelab Bola Tampar.
  2. Penyampaian cenderahati kepada 8 orang pelajar dalam pengurusan kelas
  3. Penyampaian sijil serta wang tunai kepada pelajar yang memperolehi markah cemerlang dalam bidang subjek: Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Pengajian Perniagaan, Ekonomi dan MUET
  4. Penyampaian wang tunai (sumbangan dari PUM) kepada 5 orang pelajar yang memperolehi gred terbaik dalam STPM Penggal 2
  5. Penyampaian cenderahati kepada 10 orang pelajar harapan STPM Tahun 2019
  6. Penyampaian sijil dan wang tunai kepada Mohd Haziq Bin Mohd Zamani dan Amir Shah Bin Darwin yang merupakan pelajar terbaik keseluruhan STPM Tahun 2019 2018/2019
berita, kebangsaan, ko-kurikulum, pencapaian individu, UNICEF

#ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli

Program ini telah diadakan pada 1hb – 3hb Oktober 2019 di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, UNICEF Malaysia dan Projek ID (Impianku Destinasiku). Objektif umum program ini adalah “Ke arah mencegah gejala buli di sekolah”, dan objektif utama buli di sekolah adalah untuk memperkasa suara kanak-kanak (murid) di forum umum mengenai isu buli di sekolah. Aktiviti ini juga menyokong SDG4 (Education 2030) yang memfokuskan SDG4.7 (Kewarganegaraan Global) – Keamanan dan hak kanak-kanak.

Dalam Saringan 1 yang menyediakan video atau esei bertemakan buli. Lebih 100 penyertaan telah diterima oleh penganjur dan hanya 40 peserta yang dipilih ke saringan kedua. Dua peserta yang terpilih adalah dari SMK SANZAC iaitu:

  • Mohd Afiq Iskandar – Tingkatan 4
  • Nur Aisyah binti Jalalemping – Tingkatan 4

Semasa Saringan 2 : #ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli, semua peserta telah menyuarakan pengalaman mereka berkaitan gejala buli, impian mereka untuk belajar dengan aman, mencadangkan usul-usul untuk menangani gejala buli dari pelbagai perspektif serta harapan jika usul-usul mereka diterima untuk dijadikan polisi. Kem ini merupakan tapisan untuk memilih 15 orang murid sahaja ke peringkat yang lebih mencabar.

Adik Mohd Afiq Iskandar dari SMK SANZAC berjaya melayakkan diri ke kem lanjutan dan akan menyertai kem tersebut pada 18 November 2019 hingga 21 November 2019. Adik Mohd Afiq bersama-sama 14 rakan yang lain akan menjadi wakil kepada suara kanak-kanak Malaysia di Parlimen pada 20 November 2019 sempena sambutan ulangtahun ke-30 Konvensyen Hari Kanak-Kanak yang dtandatangani Malaysia pada tahun 1989. Kumpulan ini akan menyuarakan usul dan hasrat kanak-kanak Malaysia berkaitan dengan gejala buli di Parlimen.

berita, pencapaian individu

Kolokium Akademik SMK SANZAC 2019

25 Sep – Syabas SMK Sanzac yang julung-julung kalinya menganjurkan Kolokium Akademik kali Pertama. Majlis yang diadakan adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu akademik .

Antara sekolah yang hadir dalam Kolokium Akademik ini:

  • SMK Inanam
  • SM Tinggi Kota Kinabalu
  • SMK Tebobon
  • SM All Saint
  • SMK Agama

Majlis telah dirasmikan oleh Puan Jahiah @ Jalilah Apiang, Pegawai SIP+ PPD KK, wakil kepada Puan Tah Nia Hj. Jeman, Pegawai Pendidikan Daerah KK.

PEMBENTANGTAJUK
Norlyziah Binti Ali HussienPeningkatan Kompetensi Guru Mata Pelajaran Geografi Menengah Rendah
Janimah Suhaimin Peningkatan Kompetensi PDPc Guru Sejarah
Rusana AbdullahLonjakan Kompetensi Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Kamsiah DurinPeningkatan Kemahiran Guru Mata Pelajaran Matematik
Quek Lee SinMeningkatkan kemahiran Murid Tingkatan 1 Anggerik Dalam Menambah Dan Menolak Dua Atau Lebih Ungkapan Algebra Melalui Aplikasi “A-Board ”
Suzana Jumat Penggunaan Kipas Kronologi Dalam Meningkatkan Penguasaan Fakta Dan Konsep Subjek Sejarah Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam SMK SANZAC