berita, negeri, pencapaian pasukan

SMK SANZAC , Johan Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA)

25 Oktober 2019 – 3 pasukan inovasi SMK SANZAC telah menyertai Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) anjuran UMS. Pertandingan ini adalah pertandingan peringkat negeri Sabah dan pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Sabah. Pertandingan PEREKA bertemakan Kitar Semula.

Berikut merupakan nama projek yang telah dihasilkan oleh 3 pasukan SMK SANZAC:

  • Plastool – Kumpulan S.U.P Saviours (Lim Yi Wei) 
  • Q-Vase – Kumpulan Gold Edition (Nowenna Willie)
  • Magic Rope– Kumpulan Titan N.G (Ong Ai Chin)

Kumpulan S.U.P Saviours telah mendapat Johan dan menerima piala berserta  RM 1,000, manakala kumpulan Gold Edition telah mendapat Tempat ketiga, menerima piala berserta RM 500. Kumpulan S.U.P Saviours telah dijemput ke Majlis Makan Malam Anugerah Penyelidik UMS.

Tahniah kepada semua pasukan inovasi SMK SANZAC.

berita, kebangsaan, ko-kurikulum, pencapaian individu, UNICEF

#ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli

Program ini telah diadakan pada 1hb – 3hb Oktober 2019 di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, UNICEF Malaysia dan Projek ID (Impianku Destinasiku). Objektif umum program ini adalah “Ke arah mencegah gejala buli di sekolah”, dan objektif utama buli di sekolah adalah untuk memperkasa suara kanak-kanak (murid) di forum umum mengenai isu buli di sekolah. Aktiviti ini juga menyokong SDG4 (Education 2030) yang memfokuskan SDG4.7 (Kewarganegaraan Global) – Keamanan dan hak kanak-kanak.

Dalam Saringan 1 yang menyediakan video atau esei bertemakan buli. Lebih 100 penyertaan telah diterima oleh penganjur dan hanya 40 peserta yang dipilih ke saringan kedua. Dua peserta yang terpilih adalah dari SMK SANZAC iaitu:

  • Mohd Afiq Iskandar – Tingkatan 4
  • Nur Aisyah binti Jalalemping – Tingkatan 4

Semasa Saringan 2 : #ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli, semua peserta telah menyuarakan pengalaman mereka berkaitan gejala buli, impian mereka untuk belajar dengan aman, mencadangkan usul-usul untuk menangani gejala buli dari pelbagai perspektif serta harapan jika usul-usul mereka diterima untuk dijadikan polisi. Kem ini merupakan tapisan untuk memilih 15 orang murid sahaja ke peringkat yang lebih mencabar.

Adik Mohd Afiq Iskandar dari SMK SANZAC berjaya melayakkan diri ke kem lanjutan dan akan menyertai kem tersebut pada 18 November 2019 hingga 21 November 2019. Adik Mohd Afiq bersama-sama 14 rakan yang lain akan menjadi wakil kepada suara kanak-kanak Malaysia di Parlimen pada 20 November 2019 sempena sambutan ulangtahun ke-30 Konvensyen Hari Kanak-Kanak yang dtandatangani Malaysia pada tahun 1989. Kumpulan ini akan menyuarakan usul dan hasrat kanak-kanak Malaysia berkaitan dengan gejala buli di Parlimen.

kebangsaan, negeri, pencapaian individu, umum

SMK SANZAC raih 2 Anugerah di Majlis Pembestarian Sekolah Peringkat Sabah 2019 – Anugerah Inovasi PdPc dan Anugerah CAKNA

Tahniah diucapkan kepada SMK SANZAC yang telah menerima dua anugerah pada Majlis Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Sabah 2019 pada 24 Ogos 2019 bertempat di IPG Kampus Tawau. Anugerah yang diterima adalah Anugerah Inovasi PdPc dan Anugerah Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA). Penerima Anugerah Inovasi PdPc ialah Pn. Norlyziah Binti Ali Husain dan Pn. Suzanah Jumat. Manakala penerima anugerah bagi CAKNA ialah Cik Surin Bin Jalaluddin yang merupakan guru pembimbing yang berjaya membimbing murid CAKNA meraih Naib Johan dalam Pertandingan CAKNA peringkat kebangsaan 2019.

Pada hari tersebut juga, 5 guru SMK SANZAC telah dijemput untuk menghadiri persidangan TEKNOPEN Kinabalu kali ke-8. Pn. Norlyziah Binti Ali Husain telah dijemput sebagai penceramah jemputan. Empat guru yang lain: Pn.Sinorita @Itah Mait, Pn. Quek Lee Sin, Cik Lim Yi Wei dan Pn. Suzanah Jumat sebagai pembentang Kertas Kajian Tindakan.

 

berita, daerah, pencapaian pasukan

SMK SANZAC Naib Johan Bola Jaring & Bola Tampar di Karnival Sukan Tingkatan 6 Daerah Kota Kinabalu

Pada 21 & 22 Ogos 2019 yang lepas, berlangsungnya Karnival Sukan Tingkatan 6 Peringkat Daerah Kota Kinabalu bertempat di Kolej Tingkatan 6 Kota Kinabalu. Seramai 96 orang pelajar dan 10 orang guru SMK SANZAC terlibat . Karnival Sukan ini disertai oleh 1,400 pelajar Tingkatan 6 dari 9 buah sekolah di Kota Kinabalu.  SMK SANZAC telah dipilih untuk mengendalikan Sukan Futsal di Karnival tersebut. Sebanyak 6 sukan & permainan yang disertai oleh Kontingen SMK SANZAC.

Keputusan kejayaan SMK Sanzac seperti diberikut :

SUKANKATEGORIKEPUTUSAN
Bola TamparPerempuanNaib Johan
Bola BalingPerempuanNaib Johan
DartLelakiTempat Ketiga

Change Malaysia, pencapaian pasukan, umum

2 Projek SANZAC dipilih ke Peringkat Semi Final Design for Change Malaysia 2019

Pertandingan I CAN School Challenge 2019 yang dianjurkan oleh Design for Change Malaysia tahun ini, menggalakkan murid sekolah menyelesaikan masalah bersama komuniti secara berkumpulan dalam bentuk projek.  

Projek murid SANZAC yang terpilih ke peringkat Semi Final baru-baru ini adalah:

  1. Caring Hearts… Cleaner Society
  2. C’mon Let’s Read!

Ayuh, anda dijemput melihat hasil projek murid serta berilah sokongan anda dengan klik LIKE pada Youtube tersebut.


Crowd-funding di NGOhub

Laman berikut adalah crowd-funding bagi Projek Caring Hearts… Cleaner Society. Anda boleh menyalur sumbangan ke NGOhub (https://www.ngohub.asia/campaigns/caring-hearts-cleaner-society?fbclid=IwAR1F-frl3hGESrjiL201TklPh2bRHvqbwvKImz5Dc2jkiSL7eUGKiU1lXI4)

berita, umum

Majlis Penyerahan Zakat Koperasi SANZAC

Pada 9 hb Ogos 2019 (Jumaat) lalu, SMK SANZAC telah mengadakan suatu Majlis Penyerahan Zakat Koperasi kepada murid-murid yang layak bertempat di Dewan Seri Gemilang. Seramai 69 orang murid Islam sekolah ini telah mendapat zakat ini yang telah disampaikan oleh Pentadbir iaitu En Awang Daramat Bin Hj Mattiasin, En Sapri Lakim, En Sofizul Anizam Yusof, En Mohd Othman Yunus dan Wakil Unit Koperasi SMK SANZAC, Puan Suriani Hasyim.

Jumlah zakat Koperasi tahun ini adalah sebanyak RM3,500.00 iaitu RM50.00 seorang. Seramai 69 murid yang layak menerima dan telah diserahkan wang zakat koperasi pada hari tersebut.

daerah, negeri, pencapaian pasukan, umum

SMK SANZAC Johan Keseluruhan PBL Daerah Kota Kinabalu Sempena Karnival PAK21 STEAM

SMK Sanzac telah menghantar 28 pasukan untuk menyertai pertandingan Project-Based Learning (PBL) peringkat daerah Kota Kinabalu pada 24, 25, dan 31 Julai 2019. Keputusan pertandingan PBL adalah seperti berikut :

TARIKHTEMPATKEPUTUSAN
24-25 Julai 2019SM Lok Yuk11 emas, 7 perak, 2 gangsa
31 Julai 2019SM All Saints1 platinum, 2 emas, 5 perak

Sempena Karnival PAK 21 STEAM peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SM Lok Yuk pada 3 Ogos yang lalu, SMK SANZAC telah menghantar 23 pasukan pemenang PBL ke Karnival ini. Rombongan ini merangkumi seramai 140 orang murid dan 25 orang guru.

Pasukan Makeroid dari sekolah kami merupakan salah satu kumpulan terbaik yang membentangkan hasil PBL telah diberi pengikhtirafan untuk membentangkan PBL di hadapan Perasmi, YBhg Dr. Mistrine Radin (Pengarah Pendidikan Negeri Sabah).  Sekolah kita juga dinobatkan Johan Keseluruhan PBL anjuran SM Lok Yuk.

berita, kebangsaan, ko-kurikulum, pautan, pencapaian pasukan, uniform

Tiga Kadet Polis SMK SANZAC terpilih untuk mewakili Kontinjen Sabah ke peringkat Kebangsaan di Selangor

Skuad Elit Kadet Polis SMK SANZAC sekali lagi telah mengharumkan nama SMK SANZAC pada tahun ini. SMK SANZAC telah menghantar wakil ke Perkhemahan peringkat Negeri di Tagal, Kampung Karangan Beaufort pada 25 April 2019 sehingga 29 April 2019 yang lalu. Seramai 26 ahli kadet dan 2 orang guru pengiring yang telah mengikuti perkhemahan tersebut.

Sebanyak 22 daerah yang mengambil bahagian, termasuk MRSM. Kontinjen dari daerah Kota Kinabalu mendapat Naib Johan dalam acara kawad berpasukan yang diketuai oleh SJN/K Mohd Hazzi Bin Halim, seorang kadet polis dari SMK SANZAC. Dalam acara kawad individu lelaki pula SJN/K Mohd Hazzi Bin Halim telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.

Faktor daripada kejayaan yang diperolehi di Perkhemahan Peringkat Negeri, 5 orang ahli dari kontinjen Kota Kinabalu telah terpilih untuk mewakili Kontinjen Sabah ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di Selangor. Ahli kadet dari SMK SANZAC yang terpilih untuk mewakili kontinjen Sabah ialah Mohammad Hazzi Bin Halim (5 Semarak), KPL/K Nur Fadzlyana Rusyadah Biti Rozaidi (4 Teratai) dan KPL/K Mohd Amirul Adzrim Bin Redzme (4 Teratai) dan 2 orang lagi adalah kadet dari SMK Tebobon .

Latihan pusat telah dijalankan di SMK Limbanak pada 24 Jun 2019 sehingga 12 Julai 2019.

Kontinjen Sabah berangkat ke Selangor pada 15 Julai 2019 sehingga 21 Julai 2019. Kontingen ini diiringi DSP/K Sudirman Sinti dari SMK SANZAC.

Diharapkan Kontingen Sabah akan kembali membawa pulang kejayaan yang diimpikan.

berita, ko-kurikulum, pencapaian individu, uniform

Muhammad Fitri Osman berjaya meraih pingat Naib Johan dalam 13th CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia

Seorang pelajar SMK SANZAC yang bernama Muhammad Fitri Osman, pelajar tingkatan 5 Cempaka, telah membanggakan warga sekolah dan mewakili Malaysia dalam satu pertandingan peringkat Antarabangsa Taekwondo baru-baru ini. Adik Fitri telah menyertai 13th CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia, 2019 pada 12 hingga 14 Julai 2019 yang lalu di Stadium Malawati, Shah Alam. Adik Fitri telah mendapat tempat kedua dalam kategori sparring – Male Feather Weight 15-17 tahun.

Tahniah diucapkan kepada adik Fitri! SANZAC amat berbangga dengan pencapaian anda!

Majulah SUKAN untuk NEGARA!