berita, kebangsaan, ko-kurikulum, pencapaian individu, UNICEF

#ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli

Program ini telah diadakan pada 1hb – 3hb Oktober 2019 di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, UNICEF Malaysia dan Projek ID (Impianku Destinasiku). Objektif umum program ini adalah “Ke arah mencegah gejala buli di sekolah”, dan objektif utama buli di sekolah adalah untuk memperkasa suara kanak-kanak (murid) di forum umum mengenai isu buli di sekolah. Aktiviti ini juga menyokong SDG4 (Education 2030) yang memfokuskan SDG4.7 (Kewarganegaraan Global) – Keamanan dan hak kanak-kanak.

Dalam Saringan 1 yang menyediakan video atau esei bertemakan buli. Lebih 100 penyertaan telah diterima oleh penganjur dan hanya 40 peserta yang dipilih ke saringan kedua. Dua peserta yang terpilih adalah dari SMK SANZAC iaitu:

  • Mohd Afiq Iskandar – Tingkatan 4
  • Nur Aisyah binti Jalalemping – Tingkatan 4

Semasa Saringan 2 : #ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli, semua peserta telah menyuarakan pengalaman mereka berkaitan gejala buli, impian mereka untuk belajar dengan aman, mencadangkan usul-usul untuk menangani gejala buli dari pelbagai perspektif serta harapan jika usul-usul mereka diterima untuk dijadikan polisi. Kem ini merupakan tapisan untuk memilih 15 orang murid sahaja ke peringkat yang lebih mencabar.

Adik Mohd Afiq Iskandar dari SMK SANZAC berjaya melayakkan diri ke kem lanjutan dan akan menyertai kem tersebut pada 18 November 2019 hingga 21 November 2019. Adik Mohd Afiq bersama-sama 14 rakan yang lain akan menjadi wakil kepada suara kanak-kanak Malaysia di Parlimen pada 20 November 2019 sempena sambutan ulangtahun ke-30 Konvensyen Hari Kanak-Kanak yang dtandatangani Malaysia pada tahun 1989. Kumpulan ini akan menyuarakan usul dan hasrat kanak-kanak Malaysia berkaitan dengan gejala buli di Parlimen.

berita, pencapaian individu

Kolokium Akademik SMK SANZAC 2019

25 Sep – Syabas SMK Sanzac yang julung-julung kalinya menganjurkan Kolokium Akademik kali Pertama. Majlis yang diadakan adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu akademik .

Antara sekolah yang hadir dalam Kolokium Akademik ini:

  • SMK Inanam
  • SM Tinggi Kota Kinabalu
  • SMK Tebobon
  • SM All Saint
  • SMK Agama

Majlis telah dirasmikan oleh Puan Jahiah @ Jalilah Apiang, Pegawai SIP+ PPD KK, wakil kepada Puan Tah Nia Hj. Jeman, Pegawai Pendidikan Daerah KK.

PEMBENTANGTAJUK
Norlyziah Binti Ali HussienPeningkatan Kompetensi Guru Mata Pelajaran Geografi Menengah Rendah
Janimah Suhaimin Peningkatan Kompetensi PDPc Guru Sejarah
Rusana AbdullahLonjakan Kompetensi Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Kamsiah DurinPeningkatan Kemahiran Guru Mata Pelajaran Matematik
Quek Lee SinMeningkatkan kemahiran Murid Tingkatan 1 Anggerik Dalam Menambah Dan Menolak Dua Atau Lebih Ungkapan Algebra Melalui Aplikasi “A-Board ”
Suzana Jumat Penggunaan Kipas Kronologi Dalam Meningkatkan Penguasaan Fakta Dan Konsep Subjek Sejarah Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam SMK SANZAC
berita, umum

Majlis Solat Hajat Perdana & Pohon Restu SMK SANZAC

6 Sep – SMK SANZAC telah menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana dan Pohon Restu bagi pelajar yang bakal menduduki PT3, SPM dan STPM. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin. Kemudiaan diteruskan dengan Solat Dhuha, Solat Taubat dan Solat Hajat.

Setelah selesai Majlis Solat Hajat Perdana, semua pelajar tingkatan 3 dan 5 melaksanakan Majlis Pohon Restu. Wakil Tingkatan 3, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 diberikan peluang memberikan ucapan. Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan alat tulis kepada calon-calon PT3, SPM dan STPM dan diakhiri dengan salam restu para guru, ibu bapa dan pelajar.

Seterusnya, pelajar dan ibu bapa bergerak ke kelas untuk berjumpa dengan guru kelas bagi menerima slip keputusan Percubaan SPM/ Slip Pecutan Akhir PT3. Semoga semua calon-calon PT3, SPM dan STPM mendapat keputusan yang cemerlang.

berita, ko-kurikulum, negeri, pencapaian pasukan, persatuan

SMK SANZAC sertai Sabah Plogging Run 2019

29 Sept – Warga SMK SANZAC tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam program Sabah Plogging Run, Go Green With Sabah yang telah diadakan di Perdana Park, Tanjung Aru.

Pelajar- pelajar SANZAC berasa seronok kerana turut sama membantu dalam usaha membersihkan Bandar Kota Kinabalu. Pada hari tersebut juga, SMK SANZAC telah membuka 2 gerai:

  • PERTENA (Persatuan Pelajar Tingkatan 6) menjual air Roselle yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang datang
  • Program Cleaning Hearts dan Cleaning Society di bawah seliaan Cikgu Lim Yi Wei. Pelbagai hasil barangan terbuang daripada botol mineral dipamerkan dan dijual

SMK SANZAC berbesar hati menerima kunjungan Datuk Yeo Boon Hai, Bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu. Diharap warga SMK SANZAC diberi peluang lagi menyertai Sabah Plogging Run pada masa yang akan datang.

berita, umum

Program Integrasi – Majlis Penutupan Minggu Kesihatan , Program Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dan Majlis Perpisahan Penolong Kanan HEM SANZAC

20 Sep – Program Integrasi – Majlis Penutupan Minggu Kesihatan, Program Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dan Majlis Perpisahan Penolong Kanan HEM SMK SANZAC 2019 telah diadakan di Dewan Sri Gemilang SMK SANZAC.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar-pelajar. Diikuti dengan persembahan murid, antara persembahan murid adalah Bicara Berirama, Sketsa Gaya Hidup Sihat, Nyanyian Duet “ Bahtera Merdeka” dan persembahan PBL AB61x (Kitaran Haid).

Majlis diteruskan dengan memberi hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Minggu Kesihatan. Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Sapri Bin Lakim dan Guru Kesihatan, Pn. Rosneh Binti Abidin.

Antara aktiviti minggu kesihatan:

  • Ceramah “Berhenti Merokok”
  • Pameran Kesihatan
  • Pertandingan menghias topi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Pertandingan membuat salad
  • Kuiz Kesihatan
  • Pemeriksaaan gigi

Majlis diteruskan dengan perarakan masuk insan yang diraihkan En. Awang Daramat, PK HEM SANZAC. Beliau akan bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan di Sektor Pengurusan  (HEM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Majlis dimulakan dengan persembahan pantun oleh pasukan pantun SANZAC. Kemudian diteruskan dengan  persembahan sketsa oleh pelajar tingkatan 5B, ucapan Pengetua Cemerlang, Dr. Shirley dan diakhiri dengan ucapan En. Awang Daramat. Semoga En. Awang Daramat B. Mattiasin terus maju dan cemerlang walau dimana berada.  Jasa dan pengorbanan akan terus dikenang. Jutaan terima kasih diucapkan daripada Warga SMK SANZAC.

berita, pencapaian pasukan

SMK SANZAC dapat tempat ke-5 di Edible Architecture Competition 2019

16 Sep – 2 pasukan SMK SANZAC telah menyertai Edible Architecture Competition anjuran Persatuan Arkitek Malaysia (PAM)  di Sabah Trade Centre.

Pasukan The Tavan Tower telah mendapat tempat ke -5 dengan saguhati RM100, manakala pasukan Tringular City mendapat tempat ke-8 daripada 20 pasukan.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

berita, umum

Program One Step To University 2019 anjuran SMK SANZAC Tingkatan 6

10 Sep – SMK SANZAC telah menganjurkan satu program ‘One Step To University ‘ bersama Siswa dan Siswi dari Universiti Malaysia (UMS).

Pelajar Tingkatan 6 didedahkan dengan Ceramah Motivasi masuk universiti , pengenalan UMS dan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan.

Tujuan perkongsian ini dapat menjadikan pelajar Tingkatan 6 lebih bersemangat dalam menghadapi peperiksaan STPM dan lebih matang dalam membuat keputusan dalam kehidupan.