berita, pencapaian individu

Majlis Apresiasi Tingkatan 6 SMK SANZAC

Tarikh17 Oktober 2019 (Khamis)
Masa8.00 am – 4.00 pm
TempatHotel Promenade, Kota Kinabalu
PerasmiProf Madya Dr. Bilcher Bala, Fakulti Kemanusiaan dan Seni Warisan, UMS

Intipati :

  1. Penyampaian sijil kokurikulum kepada pelajar yang memegang jawatan tertinggi dalam Persatuan PERTENA, PISPA, PUM, Kelab Alam Sekitar, Kelab Bola Jaring dan Kelab Bola Tampar.
  2. Penyampaian cenderahati kepada 8 orang pelajar dalam pengurusan kelas
  3. Penyampaian sijil serta wang tunai kepada pelajar yang memperolehi markah cemerlang dalam bidang subjek: Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Pengajian Perniagaan, Ekonomi dan MUET
  4. Penyampaian wang tunai (sumbangan dari PUM) kepada 5 orang pelajar yang memperolehi gred terbaik dalam STPM Penggal 2
  5. Penyampaian cenderahati kepada 10 orang pelajar harapan STPM Tahun 2019
  6. Penyampaian sijil dan wang tunai kepada Mohd Haziq Bin Mohd Zamani dan Amir Shah Bin Darwin yang merupakan pelajar terbaik keseluruhan STPM Tahun 2019 2018/2019
berita, negeri, pencapaian pasukan

SMK SANZAC raih 1 Emas, 3 Gangsa dalam Pertandingan Inovasi Kecemerlangan Inovasi Pendidikan Sabah (KIPS)

18-19 Oktober 2019, 4 pasukan daripada SMK Sanzac telah terpilih untuk mengikuti pertandingan Inovasi “Kecemerlangan Inovasi Pendidikan Sabah” (KIPS), anjuran Kementerian Pelajaran Dan Inovasi Negeri Sabah, bertempat di ITCC Penampang.

Keempat – empat pasukan SMK Sanzac telah berjaya mendapat 3 Anugerah Gangsa dan 1 Anugerah Emas. Penyampaian hadiah adalah disampaikan oleh YB Jenifer Lasimbang.

PENCAPAIANPROJEKGURU PENGIRING
EmasLED Indicator for Vehicle System (LIVeS)Ho Nyuk Ting
GangsaPlastoolLim Yi Wei
GangsaNomad ChefSiti Salbiah Binti Jainal
GangsaPina By-ProductSylvia Edwin Boklin & Nur Syafiqah Sandra Abdullah

Pertandingan ini telah melibatkan 6 murid Tingkatan 4, 5 murid Tingkatan 3 dan 3 murid Tingkatan 2.

Syabas kepada semua Pasukan Inovasi SMK Sanzac Kota Kinabalu

berita, negeri, pencapaian pasukan

SMK SANZAC , Johan Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA)

25 Oktober 2019 – 3 pasukan inovasi SMK SANZAC telah menyertai Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) anjuran UMS. Pertandingan ini adalah pertandingan peringkat negeri Sabah dan pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Sabah. Pertandingan PEREKA bertemakan Kitar Semula.

Berikut merupakan nama projek yang telah dihasilkan oleh 3 pasukan SMK SANZAC:

  • Plastool – Kumpulan S.U.P Saviours (Lim Yi Wei) 
  • Q-Vase – Kumpulan Gold Edition (Nowenna Willie)
  • Magic Rope– Kumpulan Titan N.G (Ong Ai Chin)

Kumpulan S.U.P Saviours telah mendapat Johan dan menerima piala berserta  RM 1,000, manakala kumpulan Gold Edition telah mendapat Tempat ketiga, menerima piala berserta RM 500. Kumpulan S.U.P Saviours telah dijemput ke Majlis Makan Malam Anugerah Penyelidik UMS.

Tahniah kepada semua pasukan inovasi SMK SANZAC.

berita, negeri, pencapaian pasukan

Bellatrix SANZAC raih Anugerah Perak dalam Pertandingan Young Innovator Challenge Negeri Sabah

12 Oktober – 3 pasukan Young Innovators Challenge (YIC) Arduino SMK SANZAC telah dibimbing oleh Cik Ho Nyuk Ting, Pn. Emma Francisca Luis dan Pn. Noor Ashikin Binti Ani telah menyertai Pertandingan YIC.

Pertandingan peringkat negeri Sabah ini telah berlangsung di Dewan Kuliah, Universiti Malaysia Sabah.

Berikut merupakan nama projek yang telah dihasilkan menggunakan Arduino oleh 3 pasukan SMK SANZAC.

KUMPULANPROJEK
BellatrixWenduBox
MakeroidLED Indicator for Vehicle System (LIVeS)
Starter2eas

Pasukan Bellatrix telah memenangi Anugerah Perak dengan projek WenduBox yang mengesan suhu dan memberi amaran kepada nelayan tentang tahap kesegaran hasil tangkapan laut/ sungai.

Tahniah kepada semua pasukan Arduino SMK SANZAC.

berita, umum

Majlis Tamat Tingkatan 5 SMK SANZAC

5 Oktober 2019 – Seramai 141 murid Tingkatan 5 diraihkan di Majlis Tamat Tingkatan 5. Murid-murid ini telah menerima  Sijil Tamat Tingkatan 5.  Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Marajoh Bin Haji Unding, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Marmaz Group Holdings Sdn. Bhd.

Tahniah kepada semua penerima graduasi.