berita, daerah, ko-kurikulum, pencapaian pasukan, sukan

Pingat Gangsa menjadi milik SMK SANZAC bagi Kejohanan Bola Jaring MSSD Kota Kinabalu 2020

Pengetua memberi sokongan kepada pasukan bola jaring di BSA, Kolombong

SMK SANZAC telah menghantar dua pasukan bola jaring ke Kejohanan Bola Jaring MSSD Kota Kinabalu yang telah dilatih oleh Puan Sofiah Che Saad dan Puan Azmahiyah binti Ab Rahman pada 29 – 31 Januari 2020 di BSA, Kolombong.

Pemain 15 TKB

  1. DAYANG NUR SHAFIQAHAZMERAH AIN BINTI JOFRY
  2. DEVYNIA DENYCA DAVID
  3. FATIN ATHIRAH BINTI ABDUL WAFIE
  4. NORSHAHLIZA BINTI IRWAN
  5. NUR FADHILAH UMAYRAH BINTI SELIUS
  6. NUR NURI BINTI SUHARMIN
  7. NURUL AMIRAH NATASYA BINTI MOHD YUSOF
  8. NURUL HASLINDA BINTI BEN
  9. SHAFIQAH NURASYIQIN BINTI SHAMSUL KAMA
  10. SITI AISYAH
  11. WAN ARISYA SOFEA BINTI WAN KAMROL HISHAM

Pemain 18 TKB

  1. ARISA SYUHAILAH BINTI ARIFIN
  2. DAYANGKU ZAZZA SITI MARHAMNIE BINTI HAMDAN
  3. FATINNABILAH BINTI NURHUSIN
  4. NOR SAIDATUL NISHA BINTI MOHD ZAKI ANUAR
  5. NUR A’ALIYAH MASITAH BINTI RUDYWAN
  6. NURALIYYAH BINTI MOHD AZRIE
  7. NUR IRDINA KAMILIA BINTI SOPHIAN
  8. NUR SHAHMIRAH BINTI MOHD FADZIL
  9. REBECCA RICHARD
  10. SITI NUR ATIQQAH BINTI MOHAMAD
  11. SUHAILA BINTI BERNADUS
  12. YUSOFHEA BINTI YUS

Laporan Kejohanan

Pada hari pertama pemain SMK SANZAC 15 TKB bertemu Kumpulan B iaitu SMK Likas, SM Sains Sabah, SMK Bandaraya, dan SMK Inanam. Manakala pemain 18 TKB juga akan bertemu Kumpulan B iaitu SMK Lok Yuk, SMK Likas, SM All Saint dan SMK Inanam.

Bagi Kategori 15 TKB, pemain SMK SANZAC berjaya mara ke suku akhir dengan memenangi 10-2 lawan SMK Likas,10-4 lawan SMK Bandaraya , dan 7-2 lawan SMK Inanam, dengan menempatkan pemain Bola Jaring SMK SANZAC dikedudukan k-2 dalam Kumpulan B ini iaitu 9 Mata. Manakala kategori 18 TKB, pemain SMK SANZAC menjuarai Kumpulan B kerana berjaya mengalahan pemain dari SMK Likas dengan 7-0, SM All Saint 14-4  dan SMK Inanam 14-4 dengan keseluruhan mata 12.

Pada hari kedua 31 Januari 2020 pemain SMK SANZAC 15 TKB mara ke suku akhir untuk bertemu pemain Maktab Sabah. Pertemuan dengan Maktab Sabah menamatkan pemain SMK SANZAC untuk mara ke peringkat separuh akhir dengan jaringan 10-11. Manakala 18 pemain 18 TKB SMK SANZAC Berjaya mara ke peringkat seterusnya dengan berjaya mengalahkan SM Stella Maris dengan 13-11 dan Berjaya mengalahkan SMP Likas dengan 22-19 untuk melayakkan pemain SMK SANZAC kategori 18TKB ini menduduki tempat ketiga bagi Kejohanan Bola Jaring MSSD Daerah Kota Kinabalu pada tahun ini.

Keputusan Rasmi bagi Kejohanan Bola Jaring MSSKD Kota Kinabalu pada tahun 2020 ialah sekolah rendah tempat Pertama ialah SK Likas, Naib Johan ialah SK Malawa, Ketiga SK Kepayan dan keempat SK Tebobon. Manakala katogori sekolah menengah pula bagi 15 TKB Tempat Pertama dijuari oleh SMK Tebobon, Naib Johan Stella Maris, Ketiga Sains Sabah, dan Keempat Maktab Sabah. Kategori 18 TKB pula Johan ialah SMK Tebobon, Naib Johan ST F. Convent, Ketiga SMK SANZAC dan keempat SMP Likas.