antarabangsa, pencapaian pasukan

2 Pasukan Murid Sekolah dari SMK SANZAC menyertai I Can Children’s Global Summit 2019 di Rome, Itali

Tahniah kepada 2 pasukan murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 yang mengharumkan nama sekolah di I Can Children’s Global Summit di Rome, Itali baru-baru ini. Acara ini telah berlangsung 27 hingga 30 November 2019.

Dua projek murid SANZAC yang dibentangkan di Rome adalah:

  • Caring Hearts… Cleaner Society
  • C’mon Let’s Read

SMK SANZAC mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Penganjur Design for Change World (DFCW) kerana memberi peluang kepada anak-anak muda SANZAC untuk menyampaikan hasil projek dan idea-idea mereka dalam acara antarabangsa ini.

Untuk makluman, sebanyak 94 penyertaan projek daripada sekolah-sekolah seluruh Malaysia, 40 projek dapat memajukan diri dalam saringan pertama dan akhirnya 2 pasukan SANZAC ini muncul sebagai Top 10 Finalists I Can Challenge Malaysia 2019.