berita, kebangsaan, ko-kurikulum, pencapaian individu, UNICEF

#ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli

Program ini telah diadakan pada 1hb – 3hb Oktober 2019 di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, UNICEF Malaysia dan Projek ID (Impianku Destinasiku). Objektif umum program ini adalah “Ke arah mencegah gejala buli di sekolah”, dan objektif utama buli di sekolah adalah untuk memperkasa suara kanak-kanak (murid) di forum umum mengenai isu buli di sekolah. Aktiviti ini juga menyokong SDG4 (Education 2030) yang memfokuskan SDG4.7 (Kewarganegaraan Global) – Keamanan dan hak kanak-kanak.

Dalam Saringan 1 yang menyediakan video atau esei bertemakan buli. Lebih 100 penyertaan telah diterima oleh penganjur dan hanya 40 peserta yang dipilih ke saringan kedua. Dua peserta yang terpilih adalah dari SMK SANZAC iaitu:

  • Mohd Afiq Iskandar – Tingkatan 4
  • Nur Aisyah binti Jalalemping – Tingkatan 4

Semasa Saringan 2 : #ENDviolence Camp Kidstakeover : Kita Peduli, semua peserta telah menyuarakan pengalaman mereka berkaitan gejala buli, impian mereka untuk belajar dengan aman, mencadangkan usul-usul untuk menangani gejala buli dari pelbagai perspektif serta harapan jika usul-usul mereka diterima untuk dijadikan polisi. Kem ini merupakan tapisan untuk memilih 15 orang murid sahaja ke peringkat yang lebih mencabar.

Adik Mohd Afiq Iskandar dari SMK SANZAC berjaya melayakkan diri ke kem lanjutan dan akan menyertai kem tersebut pada 18 November 2019 hingga 21 November 2019. Adik Mohd Afiq bersama-sama 14 rakan yang lain akan menjadi wakil kepada suara kanak-kanak Malaysia di Parlimen pada 20 November 2019 sempena sambutan ulangtahun ke-30 Konvensyen Hari Kanak-Kanak yang dtandatangani Malaysia pada tahun 1989. Kumpulan ini akan menyuarakan usul dan hasrat kanak-kanak Malaysia berkaitan dengan gejala buli di Parlimen.