berita, umum

Program Integrasi – Majlis Penutupan Minggu Kesihatan , Program Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dan Majlis Perpisahan Penolong Kanan HEM SANZAC

20 Sep – Program Integrasi – Majlis Penutupan Minggu Kesihatan, Program Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih dan Majlis Perpisahan Penolong Kanan HEM SMK SANZAC 2019 telah diadakan di Dewan Sri Gemilang SMK SANZAC.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar-pelajar. Diikuti dengan persembahan murid, antara persembahan murid adalah Bicara Berirama, Sketsa Gaya Hidup Sihat, Nyanyian Duet “ Bahtera Merdeka” dan persembahan PBL AB61x (Kitaran Haid).

Majlis diteruskan dengan memberi hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Minggu Kesihatan. Hadiah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Sapri Bin Lakim dan Guru Kesihatan, Pn. Rosneh Binti Abidin.

Antara aktiviti minggu kesihatan:

  • Ceramah “Berhenti Merokok”
  • Pameran Kesihatan
  • Pertandingan menghias topi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Pertandingan membuat salad
  • Kuiz Kesihatan
  • Pemeriksaaan gigi

Majlis diteruskan dengan perarakan masuk insan yang diraihkan En. Awang Daramat, PK HEM SANZAC. Beliau akan bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan di Sektor Pengurusan  (HEM), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Majlis dimulakan dengan persembahan pantun oleh pasukan pantun SANZAC. Kemudian diteruskan dengan  persembahan sketsa oleh pelajar tingkatan 5B, ucapan Pengetua Cemerlang, Dr. Shirley dan diakhiri dengan ucapan En. Awang Daramat. Semoga En. Awang Daramat B. Mattiasin terus maju dan cemerlang walau dimana berada.  Jasa dan pengorbanan akan terus dikenang. Jutaan terima kasih diucapkan daripada Warga SMK SANZAC.