berita, umum

Ceramah Profesor Madya Dr. Bilcher Bala Sempena Majlis Penutupan Bulan Bidang Kemanusiaan dan Bidang Teknik dan Vokasional SMK SANZAC 2019

5 Sep – Majlis dimulakan dengan doa pembukaan oleh Ust. Mohd. Termizi dan diikuti dengan ucapan oleh Pengetua SMK SANZAC, Dr. Shirley Tay Siew Hong.

Acara diteruskan dengan ceramah daripada jemputan khas Panitia Sejarah anjuran Bidang Kemanusiaan dengan kerjasama Persatuan Tingkatan 6 (PERTENA) SMK SANZAC iaitu Profesor Madya Dr. Bilcher Bala Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kenapa Pentingnya Belajar Sejarah?’ kepada pelajar SMK SANZAC.

Kemuncak majlis diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang yang telah menyertai aktiviti anjuran semua panitia dibawah Bidang Kemanusiaan dibawah seliaan Ketua Bidang Kemanusiaan Puan Norlyziah Binti Ali Hussein. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengetua SMK SANZAC.

Dalam acara yang sama, penyampaian hadiah bagi semua aktiviti panitia dibawah Bidang Teknik dan Vokasional di bawah seliaan Puan Suriani Binti Hashim juga telah diadakan.

Tahniah kepada semua pemenang dan pelajar yang telah menyertai semua aktiviti.