berita, umum

Hari Kantin, Hari Koperasi dan Hari Kokurikulum Merdeka 2019 dengan Kerjasama Bank Rakyat

24 Ogos – SMK SANZAC telah mengadakan Hari Kantin, Hari Koperasi dan Hari Kokurikulum Merdeka dengan kerjasama Bank Rakyat. Wakil daripada Bank Rakyat telah menyampaikan ceramah tentang Kad Bank. serta memberi sumbangan kepada 2 program sekolah:

  • Caring Hearts Clean Society
  • Yuk Baca Yuk

Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak guru-guru dan pelajar. Antaranya ialah jualan gerai yang menawarkan berjenis makanan dan minuman, pertandingan gerai tercantik, pertandingan melukis, dan pertandingan menyanyi lagu kemerdekaan. Pengunjung berpeluang menguji kepantasan dan kepintaran dengan mencuba permainan ‘ESCAPE’. Pengunjung kanak-kanak berpeluang mengikuti pertandingan mewarna.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat yang telah memilih SMK SANZAC dalam menjayakan Hari Kantin. Di harap pada masa akan datang program ini dapat diteruskan lagi.