kebangsaan, negeri, pencapaian individu, umum

SMK SANZAC raih 2 Anugerah di Majlis Pembestarian Sekolah Peringkat Sabah 2019 – Anugerah Inovasi PdPc dan Anugerah CAKNA

Tahniah diucapkan kepada SMK SANZAC yang telah menerima dua anugerah pada Majlis Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Sabah 2019 pada 24 Ogos 2019 bertempat di IPG Kampus Tawau. Anugerah yang diterima adalah Anugerah Inovasi PdPc dan Anugerah Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA). Penerima Anugerah Inovasi PdPc ialah Pn. Norlyziah Binti Ali Husain dan Pn. Suzanah Jumat. Manakala penerima anugerah bagi CAKNA ialah Cik Surin Bin Jalaluddin yang merupakan guru pembimbing yang berjaya membimbing murid CAKNA meraih Naib Johan dalam Pertandingan CAKNA peringkat kebangsaan 2019.

Pada hari tersebut juga, 5 guru SMK SANZAC telah dijemput untuk menghadiri persidangan TEKNOPEN Kinabalu kali ke-8. Pn. Norlyziah Binti Ali Husain telah dijemput sebagai penceramah jemputan. Empat guru yang lain: Pn.Sinorita @Itah Mait, Pn. Quek Lee Sin, Cik Lim Yi Wei dan Pn. Suzanah Jumat sebagai pembentang Kertas Kajian Tindakan.