sekolah, umum

Majlis Apresiasi Sahabat SANZAC

SMK SANZAC telah meraihkan banyak kejayaan pada tahun 2019.  Kejayaan tertinggi adalah kejayaan yang merentas benua Asia Tenggara. Sebuah Majlis Apresiasi Sahabat SANZAC telah dijalankan pada 8 Januari 2020 (Rabu) bertempat di Dewan Sri Gemilang SMK SANZAC. Majlis ini diadakan untuk meraikan kejaayan warga SANZAC yang dilakarkan sepanjang 2019. Salah satu usaha pihak sekolah merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dana daripada pihak Yang Berhormat, YBhg. Dato’ Seri/ Tuan-tuan/Puan-puan dalam menyokong dan menjayakan pelbagai program sekolah bukan sahaja di peringkat Negeri Sabah, peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2019.

Antara kejayaan yang telah dilakar pada tahun 2019 ialah Second Prize Winner dalam SEAMEO-Japan ESD Award 2019 yang merupakan satu anugerah berprestij bukan sahaja untuk SMK SANZAC, Sabah malah Malaysia. Ini adalah kerana dalam Majlis yang gilang gemilang yang telah diadakan di Bangkok, Thailand daripada beberapa anugerah yang disampaikan, hanya satu anugerah yang dimenangi Malaysia dan anugerah tersebut telah dimenangi oleh sekolah kita. Penolong Kanan Pentadbiran SMK SANZAC, Puan Hjh Noraini bt Abdullah telah hadir mewakili Pengetua untuk menerima anugerah ini. Kemenangan anugerah ini adalah berdasarkan semua aktiviti murid yang telah berjalan sejak tahun 2016 hingga 2019 yang menepati  tema pertandingan 2019 : Building Peace in Schools and Communities.

Kejayaan yang seterusnya adalah kemenangan beberapa Gold Medal serta anugerah khas oleh Kumpulan Guru Inovatif SMK SANZAC di Korea Selatan yang diketuai oleh Puan Norlyziah bt Ali Hussein dan rakan-rakan beliau iaitu Cikgu Marynah Persin dan Puan Julizah binti Norimin. Tidak dilupakan kejayaan DUA pasukan SMK SANZAC yang mewakili Malaysia sebagai Top 10 Finalists dalam ‘I Can Children Global Summit’ di Rome, Italy pada 26 November 2019 hingga 01 Disember 2019.

Harapan program ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sekolah dengan komuniti.  Sumbangan dana dari pelbagai pihak ini amat bermakna dalam menjayakan pelbagai program sekolah. Semoga usaha baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan seterusnya meningkatkan lagi nama baik SMK SANZAC!

Majlis juga turut dihadiri oleh  Y.B. Tuan Awng Husaini Mohd Sahari, Ahli Parlimen P.173. Putatan. Di antara inti pati ucapan adalah beliau sangat berbangga dengan pencapaian yang ditonjolkan oleh pelajar SMK SANZAC. Beliau memuji usaha guru-guru dalam mengilap bakat pelajar yang sudahpun berjaya membuat pembentangan bersama-sama pelajar di kalangan 40 buah negara lain di Rome, Itali. Kefasihan pelajar dalam membuat pegucapan umum sangat dalam bahasa Inggeris amat mengagumkan. Beliau juga menekankan kepentingan menguasai bahasa Inggeris sebagai medium pertuturan.

Berikut merupakan senarai tetamu yang hadir:

Y.B. TUAN AWANG HUSAINI BIN MOHD. SAHARI Pejabat Pusat Khidmat,
Ahli Parlimen P.173 Putatan,
Y.BHG. DATO’ SERI MARAJOH BIN HAJI UNDING Pengerusi Eksekutif,
MARMAZ Group Holdings Sdn. Bhd.
Y.BRS TUAN TAN KIM POH Pemimpin Pembangunan Masyarakat,
N. 14 Likas
TUAN MOHAMMAD IMRAN SHAHPenolong Pengarah,
Sektor Pengurusan Sekolah,
JPN Sabah
PUAN AMINAH LIMAN Penolong Pengarah,
Sektor Pembelajaran, JPN Sabah
TUAN ABDUL ZANI BIN EBNU HASSANPenolong Pegawai Pembangunan,
Sektor Pembangunan Bakat Murid,
PPD Kota Kinabalu
TUAN  HJ. JANIS  ABDULLAHYang Dipertua PIBG ,
SMK SANZAC
TUAN NOOR SALLEH BIN TAMANONGPengerusi Alumni,
SMK SANZAC
antarabangsa, umum

SMK SANZAC, Naib Johan SEAMEO – Japan ESD Award 2019

Tahun lalu merupakan tahun yang sangat membanggakan bagi semua warga SMK SANZAC kerana SMK SANZAC telah memenangi tempat kedua bagi Japan ESD Award. Majlis ini telah dianjurkan oleh Southeast Asian Minister of Education Secretariat pada 27 November 2019 di Berkeley Hotel, Pratunam, Bangkok, Thailand.

SMK SANZAC yang telah diwakilkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Noraini Abdullah telah menerima anugerah ini bagi pihak seluruh warga SMK SANZAC. Projek “Let’s Inspire Kindness and Shower Love” bertemakan “Building Peace in Schools and Community” telah menambat hati para juri dan penganjur. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMK SANZAC atas kejayaan di peringkat Southeast Asian ini.

antarabangsa, guru, pencapaian individu

Cikgu Fatmah menghadiri Asia Pacific Natural Agriculture Network International Workshop di Saraburi, Thailand 2019

Tahniah kepada Puan Fatmah binti Datuk Hj. Sidek yang telah menghadiri bengkel pertanian di Thailand pada 17 hingga 21 November 2019. Bengkel ini telah diadakan di Kyusei Nature Farming Center, Saraburi, Thailand yang merupakan acara antarabangsa.

SMK SANZAC dipilih kerana telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Sustainable Garden 2019. Kami amat berterima kasih kepada penganjur, DBKK bersama Rakan Strategik “To Earth With Love” kerana memberi pelawaan ini kepada beberapa sekolah di Sabah. Pihak sekolah berharap dengan peluang ini SANZAC dapat mengaplikasikan ilmu pertanian yang lebih teratur dan mantap serta dapat memberi impak kepada komuniti Sabah pada masa yang akan datang.

antarabangsa, pencapaian pasukan

2 Pasukan Murid Sekolah dari SMK SANZAC menyertai I Can Children's Global Summit 2019 di Rome, Itali

Tahniah kepada 2 pasukan murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 yang mengharumkan nama sekolah di I Can Children’s Global Summit di Rome, Itali baru-baru ini. Acara ini telah berlangsung 27 hingga 30 November 2019.

Dua projek murid SANZAC yang dibentangkan di Rome adalah:

  • Caring Hearts… Cleaner Society
  • C’mon Let’s Read

SMK SANZAC mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Penganjur Design for Change World (DFCW) kerana memberi peluang kepada anak-anak muda SANZAC untuk menyampaikan hasil projek dan idea-idea mereka dalam acara antarabangsa ini.

Untuk makluman, sebanyak 94 penyertaan projek daripada sekolah-sekolah seluruh Malaysia, 40 projek dapat memajukan diri dalam saringan pertama dan akhirnya 2 pasukan SANZAC ini muncul sebagai Top 10 Finalists I Can Challenge Malaysia 2019.

antarabangsa, berita, pencapaian individu

Workshop on Southeast Asia Mathematics Teaching and Learning Model (SEA-MTLM)

11 Nov – SEAMEO Regional Centre for QITEP in Mathematics has organised this workshop on 11-16 November 2019 at Yogyakarta, Indonesia.

Our teacher, Miss Lim Yi Wei has represented our school to attend the workshop:

1. Ni Made Anita Widjaja, SDN 2 Dangin Puri, Bali
2. I Made Ari Purwadi, SMP Laboratorium Undiskha, Bali
3. Imroatusani Nur Khasanah, SDI Ma’arif Kota Blitar, Jawa Timur
4. Lim Yi Wei, SMK Sanzac, Kota Kinabalu, Malaysia
5. Nguyen Thu Ha, Le Quy Don Secondary High School, Vietnam
6. Nur Aziah binti Nasir, SMK Jalan Empat, Selangor
7. Pedro Montecillo Jr, San Joaquin National High School, Palo, Philippines
8. S. Fatimah Mohammad, Labuan International School, Labuan Federal Territory, Malaysia
9. Saifunizah bin Che Ismail, Sekolah Kebangsaan Raja Bahar, Kelantan, Malaysia
10. Yusdi Afandi, SMPN 3 Purwodadi, Pasuruan, Jawa Timur

The Southeast Asia Mathematics Teaching and Learning Model (SEA-MTLM) is a competition for teachers from SEAMEO member countries to participate by presenting their best lesson plan that incorporate the following topics:

  • Science, Technology, Engineering, Mathematics
  • Energy Efficiency, Resiliency, and Security
  • Mathematical Modelling, Local cultural context
  • coding/programming/computational thinking
  • hands-on activity

By the end of this program, the organiser has chosen 3 best lesson plans that served as the model of innovative lesson plans for teacher, especially to incorporate energy issues, STEM, mathematical modelling, hands-on activity, local cultural context, and computational thinking in their classroom.

We are proud that Miss Lim has won the Second Best Participant during the event.

Congratulations!

berita, pencapaian individu

Majlis Apresiasi Tingkatan 6 SMK SANZAC

Tarikh17 Oktober 2019 (Khamis)
Masa8.00 am – 4.00 pm
TempatHotel Promenade, Kota Kinabalu
PerasmiProf Madya Dr. Bilcher Bala, Fakulti Kemanusiaan dan Seni Warisan, UMS

Intipati :

  1. Penyampaian sijil kokurikulum kepada pelajar yang memegang jawatan tertinggi dalam Persatuan PERTENA, PISPA, PUM, Kelab Alam Sekitar, Kelab Bola Jaring dan Kelab Bola Tampar.
  2. Penyampaian cenderahati kepada 8 orang pelajar dalam pengurusan kelas
  3. Penyampaian sijil serta wang tunai kepada pelajar yang memperolehi markah cemerlang dalam bidang subjek: Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Pengajian Perniagaan, Ekonomi dan MUET
  4. Penyampaian wang tunai (sumbangan dari PUM) kepada 5 orang pelajar yang memperolehi gred terbaik dalam STPM Penggal 2
  5. Penyampaian cenderahati kepada 10 orang pelajar harapan STPM Tahun 2019
  6. Penyampaian sijil dan wang tunai kepada Mohd Haziq Bin Mohd Zamani dan Amir Shah Bin Darwin yang merupakan pelajar terbaik keseluruhan STPM Tahun 2019 2018/2019
berita, negeri, pencapaian pasukan

SMK SANZAC raih 1 Emas, 3 Gangsa dalam Pertandingan Inovasi Kecemerlangan Inovasi Pendidikan Sabah (KIPS)

18-19 Oktober 2019, 4 pasukan daripada SMK Sanzac telah terpilih untuk mengikuti pertandingan Inovasi “Kecemerlangan Inovasi Pendidikan Sabah” (KIPS), anjuran Kementerian Pelajaran Dan Inovasi Negeri Sabah, bertempat di ITCC Penampang.

Keempat – empat pasukan SMK Sanzac telah berjaya mendapat 3 Anugerah Gangsa dan 1 Anugerah Emas. Penyampaian hadiah adalah disampaikan oleh YB Jenifer Lasimbang.

PENCAPAIANPROJEKGURU PENGIRING
EmasLED Indicator for Vehicle System (LIVeS)Ho Nyuk Ting
GangsaPlastoolLim Yi Wei
GangsaNomad ChefSiti Salbiah Binti Jainal
GangsaPina By-ProductSylvia Edwin Boklin & Nur Syafiqah Sandra Abdullah

Pertandingan ini telah melibatkan 6 murid Tingkatan 4, 5 murid Tingkatan 3 dan 3 murid Tingkatan 2.

Syabas kepada semua Pasukan Inovasi SMK Sanzac Kota Kinabalu